seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Tuesday, February 15, 2011

Apa itu Felt??

Ok....

Sebenarnya aku tengah menjahit keychin yang dioder oleh kawan-kawan adik2 aku...

Niat sebenar nak cek mail jerk n jengah2 blog so ada lah beberapa kawan2 yang tanya apa itu felt...

Ini adalah apa yang aku tahu...so aku harap korang semua faham ek....apa itu Felt...:)

Kain flanel atau lebih dikenali sebagai felt adalah jenis kain yang dibuat dari serat wol, tanpa ditenun. 



Flanel atau felt adalah jenis kain tertua dalam sejarah manusia, lebih tua dari kain tenun dan rajut. 




Kain Flanel atau kain felt dapat digunakan untuk membuat aneka kreasi menarik seperti dompet, gantungan kunci... seperti ini ni............ ^_^



8sumber dr cik google

Sekian... :) harap x ada yang tertinggal yek!


Felt merupakan fabrik yang dihasilkan daripada bulu biri-biri (wool). Oleh sebab itu, fabrik jenis ini boleh menarik kehadiran serangga perosak. Sekiranya kain felt yang kita simpan sebagai stok itu diserang serangga perosak ini, rendamkan sahaja di dalam air suam lebih kurang 10 minit bagi membunuh larva yang terdapat di celah-celah fabrik tersebut.

Setelah felt direndam, perah felt dengan lembut untuk mengelakkan felt mengalami regangan yang boleh menyebabkan bentuk dan kualiti felt berubah. Antara tips memerah felt adalah dengan menggunakan tangkupan tuala di atas dan di bawah felt seterusnya digulung perlahan-lahan untuk mengeringkan airnya.


Sekiranya felt terkena kotoran, basuh dengan menggunakan air suam dan gunakanlah pencuci atau detergen seminima mungkin. Jangan sekali-kali menggunakan air panas kerana boleh menyebabkan kain felt mengecut.


Felt juga haruslah dikendalikan dengan teliti kerana fabrik jenis ini mudah regang dan berbulu. Oleh itu, sekiranya kita hendak menghasilkan produk felt untuk kegunaan sehari-hari gunakanlah felt yang lebih tebal. Felt yang telah regang sukar untuk dipulihkan. Tetapi sekiranya produk felt itu fabriknya mulai berbulu dan menggumpal, rapikan sahaja dengan menggunakan gunting yang tajam.

Felt sebenarnya lebih mesra dan mudah dikendalikan dengan jahitan tangan berbanding mesin. Apabila kita hendak menjahit felt, pastikan jarum yang digunakan tidak terlalu besar dan tidak terlalu halus. Apabila kita menggunakan jarum yang terlalu besar, lubang-lubang jarum akan jelas kelihatan pada jahitan kita dan ini akan menjejaskan rupa jahitan. Sebaliknya, apabila jarum yang digunakan terlalu halus, jarum tersebut berkemungkinan besar akan patah. Oleh itu gunakanlah jarum yang sederhana besar.

Antara gam dengan jahitan mana yang lebih baik? Kedua-duanya boleh digunakan. Tetapi sekiranya produk yang digunakan itu digunakan dengan kerap maka lebih baiklah dijahit. Kerana dengan penggunaan gam, lama-kelamaan gam tersebut akan mengeras, rapuh dan fabrik tersebut akan tertanggal. Gam lebih sesuai digunakan untuk menghasilkan produk felt yang digunakan sebagai hiasan semata-mata. 




Akhir sekali, jauhkan felt daripada haba yang tinggi kerana felt boleh mencair dan hilang bentuk asalnya.











Semangkuk Kata :

nak tunjuk sendiri punya lom siap lagik...helo apasal aku nya x cantik nie?? kalu nak jual pon owang kata buat malu jerk hikhikhik....

9 comments:

Rohani Hashim said...

dinaz, tengkiu untuk info ini. ummm kalau buat selimut kain mcm ni mesti sgt besh kan, sbb jenis wool. hany ada 1slimut yg jenis ni.ahahah sblm ni taktahu kain ape ;)

DiNaZ said...

HA AH...mmg sangat sesuai buat selimut tau...:)

Dinaz said...

ok dear my fren..dah tahu ttg felt ni, tq banyak2....

DiNaZ said...

Dynaz : good!

Awok's Kiter Craft (Awin) said...

As'kum..thanx for dropping by...

labeltu saya tempah ngan kucinpurple.blogspot.com

anyway, HAPPY CRAFTING :)

Unknown said...

oo...bru hana tau..biasa kt ne erk ada jual felt ni?

farhana said...

mohon share ... tq.. :)

DiNaZ said...

Hana Hazel felt sekarang senang jumpa online pon ada n kedai jual barang kawen pon rasanya ada

DiNaZ said...

Farhana silakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...