seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa; tiada sesiapa berhak memiliki diri kita kecuali Dia. Dia mengasihi hambaNya... .Dia memiliki hambaNya.... Dan ke pangkuan Dia kita kembali.......

Followers

Friday, May 25, 2012

Abang PosLaju


Hari nie dok depan umah tunggu abang Poslaju lagik…
Tunggu punya tunggu sampailah abang Poslaju tu hantar barang aku…
Sampai dia(abg Poslaju) tu dah kenal aku dah dari jauh dah panggil aku dengan nama penuh yang tertera kat bungkusan aku tu..
Kali nie abang Poslaju siap cakap wah banyak beli kali nie?? Aku tersingai mcm hari2 selalu dia hantar barang aku tanpa berkata sepatah pon.. Lepas sain aku terus sambut barang dan cakap terima kasih daun keladi… sampaikan abg poslaju tu cakap laa… sama2 lain kali order la online lagik boleh sy hantar selalu….
J Aku terus masuk ke dalam lalu membuka berang yang aku pesan tempoh hari… Hurm… puas..puas hati aku dapat gak beli barang2 supply keychain aku.. tak ada lah aku dok melangak jerr pasal barang tak ada…hahaha
Termenung jap……
Amik buku…
Check dulu barang yang di order… takut ada terlebih atau terkurang jerr sebab barang yang di order nie memang nak pakai sangat..
Ok check! (semua barang ada)
So proses menyusun barang ke tempatnya agar nak carik pon senang ckit dah la meja menjahit nie penuh ngan segala datuk nenek benang adoi ai…penin aku hari nie kemas petang dah berkumbah dah…tak pernah nak tersusun betul la barang2 aku nie…
Mak lak dok bebel jerr kata aku tak pandai kemas…
Tapi bila kemas mesti tak tahan lama petang jerr dah berkumbah dah…haiyaaa…. Soli la maaa kalau nak tgk aku berkemas tahan lama jangan kasik aku duduk kat tpt nie…comform aku x kan semakkan meja hahahaha…. 

Aku malas nak amik gambo so pinjam kat cik google jerr lah

Hasil curik dari Cik Google

Thanks Cik Google




Semangkok Kata :
Nak buat apa yerr??

Tuesday, May 22, 2012

Felt Ucapan Part 1


Salam pembaca semua…

Aku suka permulaan n3 aku dimulakan dengan salam kepada semua yang sudi bertandang membaca n3 aku yang tak lah berapa seronok kan??

Aku doakan semoga teman2 semua sihat dan gembira selalu…

Beberapa bulan nie aku memang sangat sibuk walaupon bukan lah sesibuk korang yang berkerjaya serta punyai bisnes sendiri kan??..

Bisnes korang sekali masuk ratus riban aku lak ciput walaupon tak sekali masuk tapi aku bersyukur…sebab ianya berpanjangan..

Sekarang nie tengah buat Felt Ucapan yang mana aku hanya menjual murah untuk sekeping Felt Ucapan tersebut dengan harga RM2.50 sekeping kepada budak2 sekolan yang ingin member ucapan tersebut sempena hari IBU dan hari GURU. 








Alhamdulilah syukur pada Ilahi memberi aku rezeki yang tak pernah putus… Malah aku berniat nak terukkan sehingga aku benar2 dapat berdiri dengah hasil rezeki aku sendiri.

Kalau aku tak tau aku anak carik ilmu biar aku berusaha sendiri…mungkin aku tak sepandai mana tapi aku punya keinginan macam orang lain aku nak punya sebuah perniagaan yang boleh menyenangkan aku satu hari ini dan aku nampak inilah minat aku malah selama 2 tahun ini aku belum pernah rasa jemu akannya…

Semoga aku tak kan pernah jemu dan aku harap dengan tulang empat kerat inilah yang bias merubah kehidupan aku satu hari nanti…




Semangkok Kata:
Semoga aku diberi rezeki yang berpanjangan Amin...

Sunday, May 20, 2012

Rindu Kamu!

Rindu la kat makcik nie...



Menghilang dan menyepikan diri...

Bila la nak habis merajuk nie???

bila kita nak spend time together gether.... mihahaha...


Bila tengok gambar nie sumpah aku jadik rindu kat ko...gelak ko aksi2 lucu ko.... Alahai nasib baik la aku nie x berkaki sangat kalu tak panjang kaki aku dok menyemak kat umah ko tiap2 malam sampai ko jemu ngadap muka aku...

Serius aku mmg rindu kat ko.....

Kalau aku ada buat salah aku mintak maaf weh...kita kat pernah gado2... X best la kalau kita gado2...


Semangkok Kata :
Haiya.....kenapa aku masukkan muka bulat aku tu yek?? kikiki....

Saturday, May 19, 2012

Lagi2 Keychain Nama :)

Cerita pasal tempahan Keychain Nama jom kita layan mata :)




Terima kasih pada yang sudi menempah dengan aku :)

terima kasih daun keladi 
kalau sudi meh la tempah lagi :)


Semangkok Kata:
Kan bagus kalau ada tempahan seribu psc kerr kikiki...

Wednesday, May 16, 2012

Melaka Bandaraya Bersejarah


Melaka bandaraya bersejarah…

Salam mesra pembaca

Tengok tajuk macam menakutkan hahah masuk air lak hari nie

Bukan apa saja jerr bagi tajuk mcm nie nak promote keychain aku yang dalamnya tak pakai fiber kiranya flat jerr dan untuk awal permulaan dengan tulisan yang comot aku menulis pakai fiber paint atas felt keychain aku




Alahai comotkan??



Semangkuk Kata:
Orang seni lukis apa pon jadi tapi aku?? hampah jadinya hukhukhuk

Monday, May 14, 2012

Jalan-Jalan


Salam Pembaca yang disayangi..

2 hari lepas aku ke Aeon Bandaraya Melaka bersama dua orang adik perempuan ku..

Tujuan pertama adalah sebab nak jalan2 jerr so bermula lah edisi mencuci mata kat Aeon Bandaraya Melaka yang punyalah jauh berjalan…

Setelah puas berjalan kami singgah ke Popular mencari buku2 yang berkenan di hati…
Si adik bongsu nak buku cerita malah aku belikan dia buku rujukan semoga dengan adanya buku rujukan tersebut tak lah dia susah mancari bahan bacaan bila belajar serta mengilang kali pelajaran…

Lepas beli buku kami terus pulang kerana si adik yang bongsu dah tak sabar nak membaca buku cerita yang dibeli itu….



Semoga Siti menjadi orang yang lebih berguna dan dapat membantu maa, mak serta ayah… Tentu Arwah Abah bangga dengan siti… Belajar pandai2 yerr Siti.. J

Kak Bebeh, Maa, Kak Bboy, Abang, Kak Pink Serta Arwah abah sayang Siti tak ada batasnya…
Kami sentiasa berdoa Siti menjadi anak yang baik, berjaya serta murah rezekinya..

Ok lah all nak sambung menjahit laa….




Semangkok Kata
Balik jerr umah tetiba kaki lenguh2...haiyaa....banyak lemak nie...asyik dok umah jerr....

Sunday, May 13, 2012

Gelang Manik


Salam pembaca..

Hari tu aku tolong Mokteh aku buat gelang tangan sumbangan untuk pengadil yang dating membuat pemeriksaan Kampung tercantik…erm aku tak pasti kampong tercantik or Desa ku cantik…. Erm…apa2 lah yek….

So kena la buat dalam 10 utas gelang tangan untuk 10 orang pengadil yang akan bertandang ke Kampung Ayer Merbau minggu lepas.

Hari nie disebabkan order semua dah siap dan ada sedikit kelapangan si aku tulis blog n nak la tunjuk ckit separuh gelang yang masih dalam proses pembuatan… sebab separuh darinya dah pon selamat sampai ke tangan Mokteh aku…

Jom sama2 tengok… buat2 cuci mata J











Cantikkan?? Hiuhiuhiuh……
(Masuk bakul angkat sendiri)





Semangkok Kata
Asyik buatkan untuk orang jerr kan?? aku sendiri bila yek??

Saturday, May 12, 2012

Benci


Salam pembaca…

Hari nie dok tunggu Abang Poslaju bila masuk umah check lek tracking number laa… kat JB tak gerak2 pon aiya…. Alamatnya esok la sampai barang2 aku tu….

Termenung punya termenung teringat nasi tak masak lagik…haiyaa….. tutup lappy terus ke dapur apa yang penting nasi kena masak dulu lauk2 kendian baru fikir haaa……

Masak dengan penuh kasih sayang barulah dari tak sedap mesti jadi sedap masakan itu….
Ngeeee….(Perasan….)

Bila cerita pasal kasih sayang teringat pula pada satu perasaan benci.
Benci…
Aku pernah punyai perasaan benci itu.. Malah aku simpan terlalu lama sehingga bila berdepan dengan seseorang yang kita benci membuatkan rasa menyampah.. Nak pandang pon tak sudi…
Korang pernah simpan perasaan benci?
Benci yang korang rasa tak boleh dimaafkan??
Dah tu?... Agak2 bila nak maafkan??
Sampai mati?

Benci itu seperti racun…
Racun dalam hati kita..
Racun yang memusnahkan kita
Benci tu sangat merugikan kita… dan benci itu sebenarnya tak mendatangkan apa2 faedahnya..

Sedangkan Nabi a.s pon mengampunkan umatnya malah tiada rasa benci sesame sendiri…

Korang pernah dengarkan 3 hari tak mintak maaf pon dan dosa..
Agak2 korang dah mintak maaf tak? Takkan nak tunggu raya baru nak minta maaf?
Kalau umur panjang sempat tunggu raya kalau tak sempat tunggu raya? Macam mana? Haaa…. Tanggung la korang sampai kiamat nanti yek…

Alhamdulilah aku sempat mintak maaf kat orang yang pernah aku benci… Semoga Dia tenang disana nanti…Amin…

Sekarang aku tak nak simpan kebencian pada sesiapa…
Biarlah aku berubah menjadi seorang yang pemaaf…InsyaAllah semoga Allah menberi aku kekuatan untuk terus kuat mengadapi segala dugaan yang boleh membawa aku kepada kebaikan…

Kalau boleh biarlah jadi lebih baik dari yang sebelumnya…
Walaupon bukan yang terbaik…
Korang….
Janganlah simpan kebencian itu terlalu lama…
Kebencian itu tak akan mendatangkan apa2 pada diri kita..
Dan..
Jangan benci keluarga korang…
Termasuklah adik beradik
Ibu bapa kita..
Lagi dasyat suami atau isteri kita
Dan yang paling penting
Keluarga yang melibatkan darah daging kita…

Benci itu hanya merugikan kita
Aku tau korang mesti kata benci itu bagus utk korang kan??
Mesti korang salahkan orang yang korang benci tu…
Sabar…..
Duduk sejenak….
Fikirkan baik buruknya
…………………
Selamat berfikir aku nak sambung masak dulu….



Semangkok Kata:
Benci yang sangat merugikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...