seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Santan Kelapa Sawit


Salam Aidiladha buat para pembaca....
Setiap kali aku menulis aku kadang kala menjadi binggung apa yang seharusnya aku tuliskan kat cni dan aku tau hanya beberapa ciput jerr yang membaca dan yang lainnya hanya singgah meninggalkan tapak yang kadang kala aku sangat pasti tapa itu hanyalah untuk mengabuli mata aku kerana ianya adalah palsu.....
Apa pun terima kasih sebab masih setia men follow aku insan yang langsung tak ada istimewanya..Ahu hanya menjalani kehidupan yang aku sendiri tak pasti entah kemana li tidak seperti orang lain punyai tujuan dihadapannya...
So hari nie aku nak bercerita tentang SANTAN KELAPA SAWIT.
Tentu korang pernah mendengar tentang santan kelapa sawit ini dimana2 media atau akbar tempatan bukan??


Inilah rupanya bungkusan santan kelapa sawit dan sebagai pengguna setia santan ini satu peket santan ini  dengan harga hanya RM7.90 atau mungkin kat area korang harga agak berbeza atau aku pon tau kau...santan ini sangat bagus untuk pengamal hidup yang sihat.... sebabnya kurang kolestrol.
Malah kalau biasa kita masak lemak kita menggunakan 1 cawan santan untuk satu2 hidangan tapi bila menggunakan santan kelapa sawit kita hanya menggunakan setengah cawan sahaja.....rasanya???
Pada aku sangat sedap....
Jangan kata tak sedap sebab kalau biasa sangat dengan sesuatu rasa tu ssh kita...zaman makin maju dan permakanan kita harus lebih berhasiat agar kita dapat menjalani kehidupan yang leih bermakna dimasa akan datang....
Bukan kita nak melupakan makanan2 tradisi tapi kita ubah supaya hidup kita lebih sihat...bukankah itu amalan yang baik?? Wah......terasa mcm pakar permakanan saka aku nie hahaha.....
Aku hanya ingin berkongsi benda baik ini bersama2 pembaca yang setia kekadang dok bukak blog tak ada yang berfaedah pon yang dorang dapat...dapat info tentang permakanan sihat kan suatu ilmu....
Ok tentu ada yang dh menguap sekarangkan??
Disebabkan beberapa hari yang lepas kita baru saja menyambut raya haji jom tengok juadah aku masak bersama2 bonda kesayangan aku...

Daging masak rendang cilipadi


Dan

Ayam masak kurma...



Maka kalau x ada nasi impit adalah rasanya tak sedap kan nak anyam ketupat aku tak pandai cian kat mak nanti kena anyam sengsowang so hamik jerr mcm nie sama gak masuk mulut hahahaaa.....



Selamat Hari Raya Qurban buat semua dan raya haji kepada para jemaah haji kita.....





Semangkuk Kata:
Apalah erti raya jika tiada sanak saudara....... ^_____^

Sunday, February 27, 2011

Join Jantung Sihat Malaysia! Weeee....

Tergerak hati nak join Jantung sihat nie...Tah lah apasal la tetiba terpanggil untuk menjoinkan diri ( konon baru nak sedar diri haha *dush kasik lempang sekali....)

Meh...Meh....kita tengok apa yang aku dapat hasil dari diuji kaji nieh....

Layannn......






 Bagus gak kan ada nasihat dan tips2 yang baik untuk diikuti kan?? kan?? kan??






Semangkuk Kata :

Terlalu sayangkan nyawa.......

Saturday, December 11, 2010

Lakukan PSP

Korang tau apa tu PSP?
Hello bukan mcm game yang PS2 tu ok!!
PSP ialah singkatan bagi (Permeriksaan Sendiri Payudara)...
Tentu korang rasa malu bila kita bercakap tentang payudara..Tapi harus di ingatkan ia adalah sangat penting dan kesannya sangat merbahaya...ok...MERBAHAYA!

 Siapa yang layak membuat PSP ini??
-Setiap wanita yang berumur 20 tahun ke atas.. Anda layak melakukan PSP
-Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
-Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun


Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara. 

Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.

Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.


Bila Mesti Melakukan PSP ? 


Anda misti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.


Bagaimana Melakukan PSP

Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.







A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin 

Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara.



Kedudukan 1Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.

Kedudukan 2 Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.

Kedudukan 3 Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara. 

Kedudukan 4 Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah. 
Tanda tanda Amaran Yang Perlu Di perhatikan Semasa Pemeriksaan.

  • Benjolan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  • Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
  • Puting payudara tertarik ke dalam
  • Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara.


B. Mengesan Perubahan Dengan cara berbaring

Langkah 1: Persedian Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda.Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.
Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN
Periksa Payudara anda dengan menggunakan Kaedah- Urutan Menegak (Vertical Strip) don Kaedah Pusingan (Circular).

Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan MenegakPeriksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antara kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda Megunakan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.
Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah ke arah garis-kutang menggunakan pusingan ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di-bahagian bawah garis-kutang bergerak lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang di tunjukkan.

Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat sekurang--kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam).

Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara.

Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
PEMERIKSAAN PAYUDARA KIRI 

Mula sekali lagi dengan langkah 1 hingga kelangkah 5 untuk PAYUDARA KIRI dengan cara yang sama menggunakan tangan kanan.


Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan kenser?


9 dari 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walaubagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika anda mengesan sebarang benjolan.

RAYUAN KEPADA SEMUA WANITA 

  • CEGAH KANSER PAYUDARA DENGAN PSP SETIAP BULAN.
  • JADIKAN PSP SEBAHAGIAN DARI CARA HIDUP ANDA
  • JIKA ANDA MERASA SEBARANG BENJOLAN LUARBIASA DI PAYUDARA ANDA SILA JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA.
  • INGAT ! KANSER PAYUDARA BOLEH DISEMBUHKAN JIKA DIKESAN AWAL DAN DIRAWAT SECEPAT MUNGKIN.


Kanser Payudara - Punca, Gejala dan Rawatan

Kita selalu dengar penyakit Kanser payudara semakin berleluasa....So aku ada ckit info untuk kongsi ngan korang..jom!



Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. 


Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”. 

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.


Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak. 

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.


Rawatan



Rawatan termasuk pembedahan, rawatan radiasi, rawatan hormon dan kemoterapi. Perlu diingati bahawa pengesanan awal kanser payudara bererti rawatan lebih berkesan dan mungkin boleh dipermudahkan dan pembedahan konservatif boleh dijalani. Pembedahan konservatif adalah merujuk kepada pembuangan sebahagian daripada payudara sahaja, iaitu, bahagian di mana kanser berada. Mastektomi merupakan pembedahan di mana seluruh payudara “dibuangkan”.
Pembentukan semula payudara (breast reconstruction) boleh dijalankan untuk mereka yang melalui mastektomi. Perbincangan mengenai ini harus berlaku awal-awal lagi sebelum terapi yang lain bermula. Ini membolehkan perancangan rawatan anda secara menyeluruh dan akan melibatkan pakar pembedahan plastik.
Jangan lupa, kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin.
Rawatan alternatif termasuk rawatan menggunakan herba dan rawatan secara pemakanan. Apa-apa jenis rawatan tidak harus dicampuraduk. Beritahulah doktor anda kalau anda juga menggunakan herba atau rawatan alternatif. Selalunya, adalah disyorkan bahawa, seseorang itu patut menghabiskan rawatan “konvensional” terdahulu sebelum berpaling kepada rawatan alternatif.
Pengawasan sesudah hentinya rawatan juga penting.
Kejayaan sesuatu rawatan juga dipengaruhi oleh kesihatan umum dan sikap seseorang terhadap penyakitnya.




Thursday, December 9, 2010

Tentang Sakit Tulang Belakang.

Puas aku jelajah seluruh laman untuk mengetahui dengan lebih dalam tentang sakit tulang belakang...
Ini gunanya internet jika kita sentiasa mencari ilmu yang baik intuk diri kita sekurang-kurangnya kita dapat belajar sedikit tentang tulang belakang kita....
Melindungi adalah lebih baik dari merawat..(cewah mcm doc gg aku cakap semalam..hahahaa.....) 
Ok aku tiru ayat Doc Nurul kejap....
ini info yang aku ambil dari sesawang maya yang memberi ilmu yang sangat berguna untuk aku...so aku nk kongsi ngan korang....


Sakit tulang belakang
Tulang belakang kita mengandungi 33 tulang-tulang yang berasingan. Tulang-tulang ini dikenali sebagai vertebra. Antara dua vertebrae terletaknya disk. Vertebrae dan disk ini dilekatkan oleh ligamen.
Di tengah-tengah tulang belakang kita ada satu ruang yang menempatkan spinal cord dan saraf-saraf yang menyambungkan anggota-anggota badan kita.
Ada beberapa sebab kenapa anda merasa sakit belakang :
  • Kemalangan, jatuh dsb. Sekiranya pesakit merasa kebas-kebas pada anggota kaki atau tangan, susah untuk menggerakkan kaki atau tangan, ataupun pesakit menghadapi masalah mengawal pembuangan air kencing atau air besar, dikhuatiri berlaku kerosakan pada spinal cord. Sekiranya ini berlaku, pastikan pesakit tidak digerakkan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera. Sekiranya kemalangan tidak disertai dengan tanda-tanda serius di atas, kemungkinan berlaku cedera ringan sahaja. Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol, aspirin, dsb. di samping menggunakan cara-cara luaran seperti penggunaan ‘hot water bottle’ pada tempat yang rasa sakit. Bagaimanapun sekiranya kemalangan tersebut menyebabkan sakit yang kuat atau tidak sembuh dalam masa yang sewajarnya (12 jam) sila dapatkan rawatan segera.
  • Jangkitan kuman yang akute (acute) pada buah pinggang. Selalunya pesakit merasa sakit pada kawasan kecil di bahagian belakang, atas sedikit daripada aras pinggang. Jangkitan kuman juga menyebabkan pesakit merasa tidak selesa, demam, dsb. Dapatkan rawatan segera dan doktor anda mungkin akan memberikan antibiotik untuk membunuh kuman tersebut.
  • Aktiviti lasak. Aktiviti lasak seperti mengangkat benda berat dsb memberikan tekanan pada tulang belakang anda. Anda boleh menghalang kejadian ini dengan mengamalkan langkah-langkah yang perlu semasa duduk, tidur atau mengangkat barang-barang berat.
  • Slipped disk. Ia boleh berlaku selepas aktiviti-aktiviti lasak. Antara tanda ‘prolapse slipped disc’ ini ialah sakit yang kuat sehingga pesakit tidak boleh bergerak dengan baik atau sakit sehingga ke bawah kaki. Dapatkan rawatan dari pakar. Pembedahan mungkin diperlukan dalam kes tertentu.
  • Ankylosing spondylitis. Sakit yang berlaku mula secara beransur-ansur. Ia selalunya berlaku pada mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun. Rawatan segera diperlukan. pesakit mungkin perlu menjalankan rawatan phisioterapi
  • Lumbar spondylitis. Penyakit ini adalah sejenis penyakit arthritis. Ia berlaku kerana proses penuaan dan kerapa berlaku pada mereka yang berusia 45 tahun ke atas. Dapatkan rawatan segera.
  • Cervical spondylitis. Ia juga seperti lumbat sponylitis tetapi menyebabkan rasa sakit di bahagian tengkok. Dapatkan rawatan segera.
  • Osteoporosis
  • Mengandung.
 Perkara-perkara lain
  • Penggunaan kasut tumit tinggi boleh menyebabkan tekanan pada bahagian belakang, bawah anda.
  • Berat berlebihan juga memberikan tekanan yang lebih kepada tulang belakang anda. Cuba turunkan berat badan sekiranya berlebihan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...