seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Sunday, December 22, 2013

Ber DA jom!!!

Salam Pembaca sekalian...

Nak cerita sikit cerita baru kat korang... ok sekarang aku dah seminggu berdiet.. eceh....terasa bangga lak sebab mula mengamalkan DA nie... terima kasih pada teman2 yang banyak menggalakkan sy untuk terus kuat mengamalkan diet DA ini...

Ramai yang tertanya2 apa itu DA??
DA adalah singkatan bagi Diet Atkins...

Alahamdulillah sekarang dah seminggu aku ber DA turun 4KG... suka!! suka!! suka!!

jom kekawan kita sihat dan cantik sama2 :)


ATKINS DIET
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet):
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  8. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  10. SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  11. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  12. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  13. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)
Boleh Makan:
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.
  11. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  12. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  13. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  14. Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
Syarat-syarat Induction:
  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda.  (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)

Contoh sarapan / Breakfast
  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. 

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet:

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. 

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kg dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan. berjalan sudah memadai bagi yg tidak mampu bersukan.

Peringatan: Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)

Testimol aku sendiri (4 BULAN 97KG TO 67KG):

Simple tips by me, 
  1. Makan makanan yg tersenarai dalam list yg boleh dimakan sahaja, & minum air secukupnya.
  2. Jgn skip makan, jgn berlapar, jgn takut makan banyak.

    NOTA TAMBAHAN

    You may choose to stay in Induction if . . .??
    • You still have more than 30 pounds to lose. You should stay in Induction for now if . .
    • You still have a large amount of weight to lose.
    • You’re still struggling with carb cravings
    • You’ve not been fully compliant with Induction.
    • You still have elevated blood sugar or blood pressure levels.
    • Your weight loss is slow and you aren’t physically active.TERUSKAN INDUCTION...!


    Fasa induksi direka untuk 
    • Menukarkan daripada metabolisme membakar karbohidrat kepada metabolisme membakar lemak
    • Menstabilkan gula dalam darah anda dan menghentikan pelbagai gejala-gejala yang menunjukkan gula dalam darah tidak stabil, seperti keletihan, perubahan emosi, kabus otak dan ketidakupayaan untuk berfungsi pada tahap yang terbaik.
    • Bendung keinginan anda dengan menstabilkan gula dalam darah anda.
    • Hentikan ketagihan kepada makanan seperti gula, gandum atau jagung derivatif, alkohol, kafein, gandum atau mana-manamakanan yang lain. Untuk orang-orang yang ketagih manis, makanan tinggi karbohidrat atau tinggi glycemic.

    Peraturan Induksi Satu lagi maksud fasa Induksi adalah untuk menunjukkan kepada anda bahawa walaupun anda boleh mengurangkan berat badan walaupun makan banyak. Tetapi ia mesti diikuti dengan disiplin untuk mencapai kejayaan! Jika anda melakukan kesalahan(langgar pantang), anda boleh mengelakkan kehilangan berat badan dan akhirnya berkata, "Ini adalah satu lagi rancangan penurunan berat badan yang tidak berfungsi." Jadi saya mahu anda menghafal dua belas kaedah-kaedah berikut:
    1. Makan sama ada tiga saiz berkala kali sehari atau empat atau lima hidangan yang lebih kecil. Jangan melangkau waktu makan atau pergi lebih daripada enam jam bangun tanpa makan.
    2. Makan liberal kombinasi lemak dan protein dalam bentuk ayam, ikan, telur dan daging merah, serta lemak yang tulen(bukan segera).
    3. Makan tidak lebih daripada 20 gram sehari karbohidrat, kebanyakan yang mesti datang dalam bentuk sayur-sayuran salad dan sayur-sayuran lain. Anda boleh makan kira-kira tiga cawan salad, atau dua cawan salad campur, satu cawan sayur-sayuran lain.
    4. Jangan makan buah-buahan, roti, pasta, bijirin berkanji sayur-sayuran, atau produk tenusu selain keju, krim atau mentega.Jangan makan kacang atau bijirin dalam dua minggu pertama. Makanan yang menggabungkan protein dan karbohidrat, seperti kacang kuda, kacang buah pinggang dan kekacang lain, tidak dibenarkan pada masa ini. 
    5. Jangan makan apa saja yang tidak ada dalam senarai makanan atkins. ini  adalah faktor kegagalan semasa fasa ini 
    6. Sukat kuantiti yang anda makan sesuai dengan selera anda. Apabila lapar, makan jumlah yang membuat anda merasa berpuas hati. 
    7. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap pakej)
    8. Makan seberapa kerap yang anda mahu tetapi berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi di sos dan kuah. Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
    9. Elakkan makanan atau minuman yang manis.
    10. Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan telah ditunjukkan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat anda inginkan gula.
    11. Minum sekurang-kurangnya lapan 8 gelas air setiap hari, untuk mengelakkan sembelit dan meningkatkan pembakaran lemak  
    12. Jika anda sembelit, campurkan satu sudu besar atau lebih psyllium dalam cawan atau minum lebih banyak air setiap hari. Atau makan lebih banyak sayur-sayuran.





    Semangkok Kata :
    Jom percuma untuk sihat...kita ubah pandangan orang terhadap diri kita...

    Tuesday, December 10, 2013

    Hadiah Hari Lahir Ku

    Assalamualikum semua hi...

    Maaf sekarang nie aku memang agak sibuk.. Alhamdulillah job masuk dan itu membuatkan aku terpaksa mencuri masa untuk menulis di blog ini... Jam menunjukkan dah hampir jam 4.43am. Masa nie aku baru jer siap2 kemas2 barang nak rehatkan mata aku yang dah pon berpinar2 nie...

    Nak cerita sikit baru2 nie aku dapat hadiah dari En.Tunang..

    Hadiah nie sepatutnya aku dapat pada bulan sepuluh tapi aku baru jerr menerimanya baru2 ini...

    Terima kasih En.Tunang sebab sy ingatkan awk lupa hari lahir sy sbb masa hari lahir awk langsung tak wish apa2 pon kat sy... rupanya awk terlalu sibuk hinggakan x ada ruang untuk awk menghubungi sy..

    Terima kasih walaupon barang nie lambat sampai tapi warna dia jerr cukup untuk menghilangkan rajuk aku selama ini...

    Korang layan la aku nak bubum dulu nite2 ^___^









    Semangkok Kata:
    Tido senyum @___#

    Friday, December 6, 2013

    Roti buatan Mak

    Assalamualaikum pembaca setia ku...

    Baru2 nie mak aku buat roti naik berintikan kelapa.. 

    Memang best rasanya....

    Malah sejak kebelakangan nie mak agak rajin membuat juadah2 berat untuk anak nya walaupun kekadang dia selalu mengadu pening kepala dan sakit kaki..

    Terima kasih maa... Roti nie memang sedap sangat...

    Jom usha... "/







    Semangkok Kata:
    Macam roti la aku gamaknya....

    Wednesday, December 4, 2013

    Handmade Fridge Magnet

    Assalamualaikum buat pembaca setia ku...

    Hari nie nak ajak usha FM yang dah lama aku tak buat...

    FM nie diorder oleh coust yang telah pun repet order ngan aku dari Batu Pahat,Johor.. 
    Terima kasih Pn.Aini kerana masih mempercayai sy untuk menyediakan FM utk Majlis adiknya baru2 ini.

    Sebanyak 300pcs telah selamat sampai ketangan Pn.Aini.
    FM Burung Love

    Jom cuci mata jom


    Ok FM Stokin tu pulak untuk diri sendiri ngeh2...

    Semoga Majlis Perkahwinan adik PN.Aini berjalan dengan lancar...Amin...



    Semangkok Kata:
    Ngantuk lak... nite2 ^___^

    Thursday, November 14, 2013

    It`s mine!


    Assalamualaikum Semua...

    Hari nie aku nak cerita tentang kepunyaan aku.. Dinaz Collection.


    Atas nie adalah lable yang pertama masa aku berkecimpung dalam dunia kraft felt ini... Alhamdulillah sampai sekarang ia menjadi kerja aku sepenuh masa jahit dan menjahit..

    Kemudian setelah masuk tahun kedua aku makai label ini dan sehingga sekarang aku masih menggunakan label ini sebab start dari label pertama aku mula order banyak2 label yang kedua ini..



    Berwajah baru kan??




    Ini pula name card aku yang aku buat sendiri dan sehingga sekarang aku masih menggunakan card ini yang aku buat sendiri dan aku print kat opis Along aku mihahaha....

    InsyaAllah kalau ada rezeki lagi aku akan buat name card yang baru dan mungkin lebih cantik..tunggu lah bila ada rezeki nanti ye..


    Ini pula label pacaging aku yang sekarang.
    Alhamdulillah....
    Semoga rezeki aku akan sentiasa ada untuk keluarga aku... 
    Terima kasih Allah..




    Semangkok Kata:
    Rezeki yang diberi tak pernah aku sia-siakan...Alhamdulillah dan semoga aku tak menjadi orang yang lupa pada asal usul ku dulu...Amin...

    Monday, November 11, 2013

    Aku rindu ko Zue!!

    Salam pembaca,

    Hari nie aku nak cerita tentang sebuah persahabatan yang aku punya.

    Pada aku sahabat, teman ataupun kawan sangat besar pengaruhnya. Korang tentu ada kawan baik yang rapat ngan korang...Ada orang ada cuma seorang, ada yang hanya 2 orang dan tak kurang jugak yang ada sampai 5 ke 8 orang kawan baik...

    Aku?? ...
    Aku ada sorang...
    Kawan yang aku kenal sejak dari sekolah dan dia juga orang yang banyak bagi semangat dalam kehidupan aku...
    Dia kawan aku yang paling aku sayang..

    Terima kasih sebab kau sentiasa ada saat aku perlukan seseorang teman
    15 tahun adalah satu masa yang sangat lama...
    Kita pernah sama2 ketawa, pernah sama2 menangis, kita percerita tentang apa saja tanpa ada halangan...kita kongsi bersama dan antara kita tak pernah ada rahsia...

    Rasanya aku rindu saat kita pergi sekolah sama2
    Gelak sama2 (gelak tanpa batas gila kan???)
    Kau adalah teman yang paling aku percaya yang banyak memberi jalan pendapat serta kritikan...
    N3 kali ini aku khas untuk kau....

    Baru2 nie kita ada selisih faham...
    Mungkin kita sama2 ada masalah dan aku faham sangat kau punya masalah besar...dan aku tak nak disebabkan benda remeh kita boleh jadi jauh sejauhnya...

    Ada kala aku pon pandai merajuk tapi aku tak perlu di pujuk sebab aku merajuk tak lama...
    Tapi nampaknya kau masih tak kenal aku dan aku rasa kau pulak yang merajuk...so aku nak bagi tau yang aku memang tak pandai pujuk orang...dan aku harap kau tak merajuk lama sebab kalau lama2 siapa nak gelak bila aku buat lawak kalau tak kau kan??
    Lagi pon tak yah la merajuk lama2... aku rindu nak tgk ko gelak hahahah

    Apa pon aku nak bagi tau kau aku dah bertunang...kau pernah bg tau aku kalau aku nak kawen jgn lupakan kau dan aku tak pernah sekali pon lupakan kau sebab kau kawan yang terbaik yang pernah aku ada dalam hidup aku....Tanpa kau aku bukan siapa2 sebab kau banyak membuka mata aku untuk terus menghadapi hidup yang sukar...kita susah sama2 dan kalau boleh bila aku senang aku nak kau pon senang sama2 aku...

    Aku doakan semoga kepayahan yang kau alami beransur menjadi kesenangan di suatu hari nanti...Semoga semua yang berlaku ada hikmah dan kau menjadi orang yang tabah dan kuat di masa akan datang...Dan aku berharan suatu hari nanti kita pasti akan bertemu dan menjadi sahabat semula.... Maafkan aku andai terlalu banya kekilafan yang terlah aku lakukan sepanjang kita menjadi sahabat dan teman yang rapat.. Mungkin aku terlupa sebanyak masalah yang aku hadapi kau jua menghadapi masalah yang sama.... 

    Always miss the frenship with u Zuraini Kusnin.



    Semangkok Kata:
    Persahabatan itu penting seperti mempunyai keluarga dan aku fikir kau juga begitu...

    Sunday, November 10, 2013

    Bertunang Part 3



    Lamanya nak sambung part 3 kan?? 

    Assalamualaikum pembaca setia blog Aku Adalah Aku....

    Semoga kalian Semua sihat dan gembira selalu....Amin.....

    Kali ni aku nak cerita pasal aku buat vail aku sendiri dan x de lerr nk beli or sewa2 nie... sebab aku memang teringain nak pakai vail nie dan tak pernah sebenarnya berangan nk bertunang dalam waktu terdekat nie...tp aku percaya ajal maut jodoh dan pertemuan nie semuanya telah di rancang oleh Allah s.w.t... 
    Malah aku berterima kasih kerana akhirnya bertemu dengan seseorang yang aku x sangka dialah jodoh aku....
    Terima kasih dan Alhamdulilallah Tuhan atas kurniaan Mu ini...
    Hamba sangat bersyukur...
    Ok berbalik pada Vail tadi aku beli vail nie semeter dalam RM4.90 kot...aku x berapa pasti..dn vail ini adalah jenis yang sedikit keras.. sedikit manik dan bunga2 serta bunga sulam....maka sesi menjahit pn berjalan sehingga menjadi...
    tada.... 
    x la cantik sangat tp pada aku cukup ringkas dan tak serabut........






    Ok pasal tudung pulak.. Tudung nie aku beli kat Mydin Ayer Keroh jerr Manik lak aku beli kat Anyang kat Kg. Jawa kalau x silap laa.... so bermula sesi menjahit manik kekonon nak la berjurai2 kan?? Haa...bila time tunang nebes datang semua tak ingat dan smpaikan aku pakai tudung pon dah senget menget kikiki... Ah x kisah la bantai janji aku dah selamat jadi tunang orang..Amin..itu yang penting sebenarnya..
    Jom tgk tudung semasa aku tunang tu...



    Huhuhuhu.... Malu la pulak letak pic nie...tapi sebab nak tunjuk tudung yang telah aku manikkan serta vail so terpaksa la gak letak pic yang tak berapa cantik nie...Kalau tak larat tgk sila tutup mata anda hihihi

    Aku bertunang hanya menggunakan wakil Ayah saudara aku.. Sidang tak dapat hadir dan aku dah berkali2 pergi kerumah sidang tapi rumahnya bertutup mungkin sidang menghadiri majlis dimana2..
    Konon nak buat cincai tapi sebelah lelaki ckp lebih baik beradat terus so ada lah hantaran.. 5 berbalas 7. Dan rancangan nak buat sebentuk cincin je mewakili merisik dan tunang tapi belh lelaki bawak 2 bentuk cincin....Alhamdulillah rezeki aku...
    Hantaran dari pihak perempuan

    Hantaran dari pihak lelaki

    Terima kasih aku ucapkan pada ayah2 serta ibu2 saudara aku, sepupu sepapat aku serta akak ipar aku juga mak, abang serta adik2 aku yang menjadi orang kuat dalam melancarkan Majlis ini...Alhamdulillah dan Terima Kasih semua...

    Dengan ini pada 30 Jun 2013 rasminya aku menjadi tunangan orang YeY!! ^___^



    Semangkok Kata:
    ^___^ Doakan aku ye!...

    Saturday, July 20, 2013

    Bertunang Part 2

    Salam pembaca yang disayangi...

    Sakit tengkuk ngan punggung duduk kat semen nie sambil mengunting.. tapi yang pasal nie nanti kendian aku ceritakan k.

    Kita sambung cerita yang x habis ni n3 lepas yang bertajuk Bertunang Part 1.

    Tiba-tiba...(cewah suspen lak kn??...)

    Aku tertarik sehelai kain yang mmg aku suka sgt sbb simple dan pulak tu warnanya mmg tema warna tunang nanti
    Aku tarik dn terus acu kat badan dalam hati..."em mcm kecik jerr nie..... 
    muka dah mula nk mcm senduk...:-(

    Promoter Firdt Lady datang dan tanya "...kak nak cuba saiz??, Akak pakai saiz apa??"...
    ".....XXXL boleh tak??...." aku belum sempat bukak mulut dia dah bg jawapan untuk soalan dia tadi...
    aku ckp "..erm...ada keh dik saiz utk badan akak nie??" Promoter tu senyum terus bawak baju ke kaunter... dia belek tag baju tu terus masuk store cari stock...

    Alamak pap! aku tepuk dahi apasal la tak tgk harga dulu.... kalau mahal mcm mana aku ckp dengan adik aku.... si adik angkat bahu saja...
    Promoter keluar dengan sebungkus baju di tangan dia dan ckp "...akak cuba dulu yerr kalau x muat kita bg saiz lain k.."

    Masuk dalam fiting room ngan si adik dan terus tgk harga dulu... fuhh....sangat berpatutan murah gila...baru aku test.
    Sedang elok je baju tu dengan badan aku... apa lagi bergeger2 la bilik fitting room tu aku ngan si adik melompat2...seronok laaa satu masalah dh selesai...

    Inilah dia baju yang aku pakai masa aku tunang


    Inilah kain ela yang kekonon nak buat baju tunang tapi malangnya tempahan ditutup :-(


    Siap repose lagik kau!!


    Aku suka sebab baju nie sangat simple


    cantik sangat sebab ringkas...




    Semangkok Kata:
    Nantikan bertunang part 3 aku ceritakan pasal tudung dan vail yang aku buat sendiri :-) xoxo

    Thursday, July 18, 2013

    Bertunang Part1

    Salam

    Buat pembaca yang sudi singah menghabiskan masa untuk menjengah blog aku yang x seberapa nie......... semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam....

    Mesti korang tekejut kalau aku ckp aku dh pn bergelar tunangan orang... Tak sangka pula dalam usia mcm nie masih ada yang sudi mengikat hati yang kosong ini...

    Alhamdulillah pada 30 Jun 2013 jam 11.21am aku telah mengikat tali pertunangan dengan lelaki yang selalu ku gelar Mr.Right..

    Lepas nie dh tak panggil dia Mr.Right lg dh sebab dia dh jd tunang aku so aku akan mula menggelar dia sebagai En.Tunang...

    Memang aku dan En.Tunang merancang hujung bulan Jun atau bulan 6 akan mengikat tali pertunangan tp di sebabkan orang tua En.Tunang x compomkan dengan keluarga aku tarikh yang sebenar so aku tak bg tau siapa2 tentang rancangan aku termasuk mak aku.. Dalam masa yang sama aku beli kain ela rancangnya nk buat baju tunang tp last2 kedai dh x amik tempah lg sbb taya dh dekat....waaaaa meraung aku dr pg smpai ke malam sbb rosak rancangan aku nie..

    Kepala dh x ada mood asyik nk marah sbb baju x ada...maklum la kalau beli yg dh siap mmg la nanti siap dgn sempit serta ketidak selesaan akan terasa.. Tiba aku teringat kat sepupu aku yang mengikat tali pertunangan yg badannya dia sesedap rasa mcm aku...dia beli kat First Lady. Zuuuppp!!!..... terus aku dn adik aku terus ke tesco melaka utk tetengok mana lah tau kan kalau ada gak saiz aku sbb seingat aku badan aku lebih besar dari sepupu aku...

    Memang x ada mood nak pilih bila tgk baju setakat saiz XL jerr huh mana muat kan?? Ada butik2 kat tesco banyak bajunya Ya Allah cantik2 bila tanya baju saiz xxxl atau saiz 60 x ada kalau ada harga boleh juling...bila di tanya kenapa mahal sangat senang jerr promoter butik tu jawab sambil pandang aku atas bawah..atas bawah...".....sebab banyak pakai kain kak..."
    (ok utk pemilik butik plzz la sy pon manusia mcm anda gak dn punya keinginan berbaju cantik apa kata korang letak la baju saiz besar paling tidak pon sehelai bagi tiap fesyen...kesian la kami2 nie....bukan kami mintak jadi besar mcm nie...)

    Fuuuhhhh.... satu hari kalau aku banyak duit dan aku kurus butik2 korang la yang mmg aku tak akan masuk... Bangsat sangat keh sampai bg jawapan siap tgk aku atas bawah nie??!!! what the tuuuuuuttt...!!!!!! kalau ye pon harga mahal dn x ada stock jwb la baik2 paling tidak pon bg la tau mmg harga dari supplyer dah mahal kerr or mmg supplyer hantar saiz baju setakat paling besar XL jerr kerr..say maaf kalau x ada stock kerr kn manis...nie harap muka cantik pakai kebaya tapi bahasa Ya Allah.....Hanya dia jerr yang tau laa...

    Ya Allah....Kenapa lah aku marah sangat kan?? So bila dah tak ada aku pon jalan terus kerr First Lady. Tarik satu tak kenan...tarik satu x ada saiz...Ggggrrrrr....... Apasal x ada saiz... Amik phon tit..tot..tot..! sms ngadu ngan En.Tunang x ada baju... Yang si adik dh gila dok test baju jerr aku??? rasa nak nangis, sambil ngadu sambil bilik baju2 tang ada tergantung dengan hati yg kosong sungguh x ada mood ok...

    Tiba-tiba.........
    ( oppss!!...sambung part 2 ye ada budak datang nak beli kain lak ahakzzz ^____^)



    Semangkok Kata :
    Terpaksa sambung cerita alah dek oi kaco laa.... ( cust first... ^__*)

    Sunday, June 9, 2013

    Bantal - Order dari NorBaizura-Pahang

    Salam pembaca yang disayangi

    Kali nie cust aku dari pahang lak buat 2 biji bantal untuk pengantin...

    Di sebabkan hari nie aku kena sakit gg so n3 pon mcm orang sakit gak..apa2 hal pon semoga baizura berpuas hati dengan bantal yang telah selamat sampai tu ye..

    Jom kita layan..






    Terima kasih daun keladi yerr baizura kerana sudi membuat tempahan ngan Dinaz Collection.. ^___^


    Semangkok Kata:
    Siap je bantal nie Dinaz kena sakit gg...gerrrr......geramnya...

    Friday, June 7, 2013

    Debaran Part 1

    Salam Pembaca sekalian....

    Tajuk kali nie agak misteri ckit..hahahah....

    Apa pon biarlah rahsia dulu ok

    Sebab ianya penuh dengan debaran demi debaran

    Jom layan gambar jom...

    Asalnya nak buat baju kurung Pahang je tapi sedih sangat sbb org dah x nk amik tempahan baju lagi...waaaa...... Saya sangat sedih woooo....


    P-Perempuan
    L-Lelaki

    Sangat sedih bila impian x tercapai..

    Si adik bawak saya jalan2 dan terjumpa ini terus tangkap tak nk lepaskannya....




    Berdebar la pulak nie

    Ya Allah semoga semuanya berjalan seperti yang aku rancang..Amin..



    Semangkok Kata:
    Takutnya.... 
    Sangat terasa kedebarannya...Help Me!!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...