seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Tuesday, March 25, 2014

Resepi Dukbokki

Assalamualaikum korang...


Sumber dari google

Sedapnya tgk Dukbokki nie kn??

Korea Rice Cake Pedas [ Dukbokki ] adalah makanan jalanan korea yang paling popular di kalangan warga korea dan warga asing . Ramai kanak-kanak, orang dewasa dan juga orang muda korean suka akan makanan tersebut :-). Kat sana korang boleh jumpa Dukbokki panas2 dan sedia untuk dimakan.

Bahan utama Dukbokki nie adalah Rice Cake [ garaetteok ; Rice Cake berbentuk silinder ], Fish cake , telur rebus dan kuah dari pes cili. Rasa Rice Cake ini agak kenyal. Iya juga kelihatan sangat pedas dengan warna merah menyala.. tetapi korang boleh kawal jumlah pes cili jadi ia akan rasa kurang pedas. Kini ada bermacam cara untuk masak dukbokki , dengan kicap , Keju dukbokki , dan dengan mi .

Jom tgk resepinya jom...


Sumber dari google

BAHAN-BAHAN
Kek beras (untuk 2 hidangan )
2 keping kek ikan
1 daun bawang
½ bawang
sedikit ikan bilis

Untuk sos
3 sdm cili pes
2 sdm gula
1 sdm kicap
1 sdm tepung sirap (tepung jagung yang dicampur sedikit air)
1 sdm bijan

Cara2nya...
Rebus 3 cawan air dengan ikan bilis selama 10 minit.
Sementara itu, kek beras dan fish cake potong 2cm .
Potong bawang besar dan daun bawang menjadi kepingan besar.

Buat sos.
Campurkan semua bahan-bahan sos dalam mangkuk.
Selepas 10 minit , keluarkan semua ikan bilis. Kemudian tuangkan rice cake , fish cake dan bawang. Kemudian tambah sos
Rebus selama 5 minit dengan api yang sederhana dan kacau sekali-sekala.
Tambah daun bawang dan bijan.
Rebus sekitar 3 minit.
* TIPS
Jangan masak rice cake terlalu lama, jika tidak ia akan menjadi benyek.


Sumber dari google


Sumber dari google



Semangkok Kata:
Esok kena beli barang nie.....

12 comments:

Unknown said...

saya dah lama cari resipi dubbokki ni...and this one seems senang sikit...tp masalahnya mana nak cari rice cake tu yer???

DiNaZ said...

Hi Anggraeni Nizam... rice cake nie awk boleh cari di aeon jusco yang berdekatan ngan awk..
Rice Cake (600gm) RM9.90, dan Tteokbokki sauce (150g) cost RM7.90.
nanti saya buat n3 untuk gambar rice cake nie ye..... selamat mencuba..

Unknown said...

Dh cri kt alamanda ni tp.xjmpe huaa

ZeitySakura said...

Halal x yg kt aeon jusco tue?

Unknown said...

Kat sogo ade bhan2ny

Unknown said...

Kat sogo ade bhan2ny

Unknown said...

Sdm tu ape ye??
Maaf sbb x faham

Unknown said...

Sdm tu ape ye??
Maaf sbb x faham

KITTENS CAT said...

Sudu makan kot..

KITTENS CAT said...

Sudu makan kot..

Unknown said...

Semua bahan2 ni ada jual kat pasaraya ke..tringginnya nk mkn....masak sat blh tak..pastu pos ke penang...hahaha....gurau je..gambar bahan2 yg awak tunjuk tu mmg bli kt pasaray ke..ke kt korea..hehe...ohhh..telioq dh..haha...

Unknown said...

Assalammualaikum kak, kat aeon jusco tu belah mana? Melaka ada jual ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...