seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Saturday, March 29, 2014

Sembang kosong jerr...

Cak!...Cak!! Muahh....

Assalamualaikum.... Wah...Sekarang bukan main rajin aku berN3 kn??

Tak ada lah nak cerita apa sangat... Hari nie pon keluar gi Tesco Melaka. beli barang dapur ckit pas tu dok lepak kat Food Court Tesco. 
Yang menghairankan tu kat tesco orang sentiasa ramai tak kira masa. Time gaji pon orang ramai kalau time gaji jangan cakap la mmg sentiasa ramai jerr la...
Aku ngan mak memang suka lepak kat tesco salah satu sebab suka lepak kat sana ialah makan kat sana sedap2 dah tu tak la mahal mana...

Ok n3 kali nie aku malas nak sediakan gambo..bukan apa sebenarnya hp aku masuk sepital...biasalah org ganas pakai hp kn??

Erk....ok lah lain kali aku update lg n3 aku ek..mak pon dh ajak balik nie....
Daaa......



Semangkok Kata:
N3 tah apa2

Terubuk dan pucuk ubi

Assalamualaikum Semua...

Hari nie tak ada cerita sangat so aku just nak ajak cuci mata ngan lauk hari nie...


Sedap kan kalau makan ngan nasi panas


Ini ikan terubuk dari sabah Busu aku kirim...memang fuv kita org nie


Sambal Tomato yummy


Ulam Pucuk ubi dan Kacang Boto


Kuah pecal



Semangkuk Kata:
Baru makan tapi tgk gambar mcm nie rasa nk makan lg pulak hiuhiuh

Thursday, March 27, 2014

Bakat Kamu

Salam pembaca sekalian....

Hari nie aku nak cerita sikit pasal adik bongsu aku, Atika.

Nama dia Nur Atika tapi kami sekeluarga panggil dia siti je...kira nama manja la tu....
Ok... Kali nie nak cerita tentang bakat yang semakin terserlah..

Adik aku memang minat melukis sejak dari dia umur setahun lagi... Bila bawak gi tesco or aeon yang dulu dikenali sebagai jusco benda yang dia capai dah semestinya buku dan A4 paper satu bundel dan kaler pensel atau pen dakwat basah pelbagai warna...

Bila time Hari Lahir dia mesti mintak barang tersebut kalau kita belikan anak patung paling lama tahan kat luar setengah hari lepas tu tah mana2 la dia sorokkan sebab pada dia banda2 mcm nie memang x menarik minat dia...

selain tu dia minat dengan permainan kasut roda, roller blade tapi selain dari tu dia lebih suka mengadap drawing book or A4 paper dia dok melukis utk menghilangkan kebosanan dia...

Selain menyumbangkan 2 lukisan yang dihasilkan di atas canves yang sekarang cantik terletak di bilik guru dan bilik kemahiran di Sek Men. Tinggi Perempuan Melaka. Siti juga banyak melukis dan melakar menggunakn pensel surat kabar dan arang utk lakaran potret wajah teman2nya di sekolah...

Bangga sebab bakat melukis dia semakin terserlah...

Jom tgk lukisan2 Nur Atika jom


ini lukisan kalau x silap masa darjah 5


nie pula masa dia tingkatan 1 buat homework congkai..


Ini masa dia tingkatan 2


Inilah gambar yang disumbangkan ke Sek.Men.Tinggi Perempuan Melaka


Ini pula adalah lakaran Pengetua Sek.Men.Tinggi Perempuan Melaka


Setelah 3 Minggu bermain warna Arcilyc


Ini pula aku x berapa ingat bila dia lukis...




Ok walaupon adik aku perempuan tapi dia sangat suka dengan BooBoiBoy k.

cantik kan??? aku pon x pandai nak lukis mcm nie...


ini lak pic terbaru... katanya nak buat pembentangan then dia bentang ketas majung kat dinding katanya senang nak lukis.


Bila dah siap lukis pakai water kaler hah cam nie la rupa kertas pembentangan budak tingkatan 3 Sek.Men.Tinggi Perempuan Melaka....

Kata siti nak buat pembentangan tp mesti dalam bentuk majalah...

Agak2 dapat tak Ben6??



Semangkok Kata:
Belajarlah pandai2 yerr dik semoga bakat yang kamu ada tidak di sia-siakan....

Tuesday, March 25, 2014

Resepi Dukbokki

Assalamualaikum korang...


Sumber dari google

Sedapnya tgk Dukbokki nie kn??

Korea Rice Cake Pedas [ Dukbokki ] adalah makanan jalanan korea yang paling popular di kalangan warga korea dan warga asing . Ramai kanak-kanak, orang dewasa dan juga orang muda korean suka akan makanan tersebut :-). Kat sana korang boleh jumpa Dukbokki panas2 dan sedia untuk dimakan.

Bahan utama Dukbokki nie adalah Rice Cake [ garaetteok ; Rice Cake berbentuk silinder ], Fish cake , telur rebus dan kuah dari pes cili. Rasa Rice Cake ini agak kenyal. Iya juga kelihatan sangat pedas dengan warna merah menyala.. tetapi korang boleh kawal jumlah pes cili jadi ia akan rasa kurang pedas. Kini ada bermacam cara untuk masak dukbokki , dengan kicap , Keju dukbokki , dan dengan mi .

Jom tgk resepinya jom...


Sumber dari google

BAHAN-BAHAN
Kek beras (untuk 2 hidangan )
2 keping kek ikan
1 daun bawang
½ bawang
sedikit ikan bilis

Untuk sos
3 sdm cili pes
2 sdm gula
1 sdm kicap
1 sdm tepung sirap (tepung jagung yang dicampur sedikit air)
1 sdm bijan

Cara2nya...
Rebus 3 cawan air dengan ikan bilis selama 10 minit.
Sementara itu, kek beras dan fish cake potong 2cm .
Potong bawang besar dan daun bawang menjadi kepingan besar.

Buat sos.
Campurkan semua bahan-bahan sos dalam mangkuk.
Selepas 10 minit , keluarkan semua ikan bilis. Kemudian tuangkan rice cake , fish cake dan bawang. Kemudian tambah sos
Rebus selama 5 minit dengan api yang sederhana dan kacau sekali-sekala.
Tambah daun bawang dan bijan.
Rebus sekitar 3 minit.
* TIPS
Jangan masak rice cake terlalu lama, jika tidak ia akan menjadi benyek.


Sumber dari google


Sumber dari google



Semangkok Kata:
Esok kena beli barang nie.....

Monday, March 24, 2014

MAGIS - Sunan, Mikhil, Carlos, Tombiruo dan Ryu-Watanabe..

Salam pembaca....

Baru2 nie si adik belanja buku cerita... Aku memang minat ngan sorang penulis tersohor nie Ramli Awang Murshid. Kali nie tangkap la buku bertajuk Magis....

Jika korang pengikut setia karya Ramli Awang Murshid korang pasti tau siapa Sunan, Mikhil, Carlos, Tombiruo dan Ryu-Watanabe... Watak2 utama ini pernah hadir dalam karya-karya terdahulu penulis thriller nombor satu negara ini.


"Apabila dunia semakim dihampiri Dukhan (asap tebal), maka perperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati"


Pada aku beliau adalah seorang penulis yang hebat dari segi permikirannya serta punyai idea yang sangat kreatif. Korang tak akan pernah berasa hampa jika memiliki novel2 seperti ini...

Kerana bagi aku karya-karya sebegini akan punyai nilai yang sangat tinggi untuk dihargai....



Semangkok Kata:
Lama betul x layan cerita mcm nie....ngeee....

Friday, March 21, 2014

Dengarlah Bintang Hatiku

Dengarlah Bintang Hatiku- Demeises

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
 Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
 Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
 Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh
 Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
 Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
 Walau ku tahu ragamu tak utuh
 Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Assalamualaikum....wah habis lagu baru bagi salam kan?? yerr lah nak mulakan sesuatu kena la bagi salam kalau terus jerr bercakap mcm kurang asam lak kan??...

Hari tu tengok cerita Ijab dan Qabul...walaupon cerita nie ulangan jerr tapi still boleh buat aku nangis.... Sib baik la aku sesorang jerr kalau orang nampak malu jerr hahaha

Lagu tema untuk cerita nie mmg best kan?? kalau korang nak dengar lagunya silalah cari kat youtube yek malas aku nak upload kat cnie... al maklomlah M (malas)  tengah besar kan??



Semangkok Kata:
apakah aku jua punya bintang hati?? ke aku nak jd bintang hati nie?? eh masuk bintang mencarik bintang laaa.... ^__*

Wednesday, March 19, 2014

Bantal Hijau lagik!!

Hey semua... 

Assalammualaikum......

Kali nie nak tunjuk bantal yang ditempah oleh sepupu aku sendiri untuk adik iparnya yang telah pon berumah tanggan.. 
Sebabnya aku pon post n3 nie pon dah lambat beberapa bulan almaklum lah aku tak ada tenet nak berblog nie kalau dulu note book ada so boleh gak g mcd kerr kn?? 

Nie bila note book dah rosak memang dah tak boleh buat apa2 la... Kena la tunggu ada komputer nie ada internet barulah aku boleh update n3-n3 aku yang melambak tertangguh nie...

Dah... jom kita layan bantal dan gambar pengantin 



ini pulak pengantinnya..

Pengantin bersama aku yang cumil nie..ngeee...

Pengantin bersama en.suami

pengantin bersama aku ngeee...

Pengantin tukar baju aku pon tukar baju amacam??


Aku bersama sepupu aku yang menempah bantal pengantin dan bersama mak pengantin...

Apa pon terima kasih yerr sepupu sebab percaya dan sudi tempah dengan aku...

^__^

 Buat adik ipar sepupu ku

Bahariah dan Azri... Selamat pengantin baru...
Tahniah...





Monday, March 17, 2014

Hampa..

Assalamualaikum....

N3 kali nie nak bagi tau rasa hampa sebab tak dapat nak siapkan bantal yang di tempah last minute. Sy dah Aku bukan marah tapi aku dah banyak kali bagi tau kalau nak tempah jangan bg aku masa yang sangat suntuk. 

Buatlah tempahan 2 minggu lebih awal supawa tempahan korang aku boleh buat dengan kemas..

Nama si penempah kalau tak silap aku Ina. Sy mintak maaf sebab tempahan bantal awk agak menghampakan dan agak tak kemas...

Bila sy dah hantar sy rasa menyesal sebab bantal tak cantik dan kemas. Rasa macam nak ambil balik jerr bantal tersebut....

Maaf sesangat sebab bantal tu buruk...


Sy mmg rasa tak puas hati dengan kerja sy kalau awk baca n3 sy sy harap awk dpt hubungi sy 0196308894 dengan segera sbb sy ada sesuatu offer untuk awk..

Terima kasih sebab pilih sy utk membuat tempahan.


Wednesday, March 12, 2014

Harapan dan Doa MH370


Salam pembaca sekalian....

Sebagai rakyat Malaysia aku turut merasakan kehilangan pesawat terbabit....

Yang boleh aku buat selain mendoakan agar pesawat MH370 dijumpai dalam masa terdekat ini. Bukan apa sakit mata dan telinga mendengar pelbagai andaian yang bukan2 tentang misteri Pesawat MH370 ini..

Takziah buat keluarga yang terbabit... Semoga misteri kehilangan nya akan terjawab dalam masa terdekat ini... Malah semoga semua yang terbabit banyak2kanlah berdoa dan bersabar dengan apa pon yang berlaku...


Semoa kita sama2 mendapat hikmahnya... Ya Allah kau tunjukkan lah dimana pesawat MH370 agar kesedihan serta misteri tentang kehilangan pesawat MH370 terjawab...

Aku sebagai aku turut merasakan kesedihan yang dialami oleh waris2 penumpang pesawat MH370 ini..

Sama2 lah kita berdoa dan jangan cuma mencari publisiti murah sedangkan kita tak tahu kesahihannya.... Janganlah kawan2 menuding jari dan bercakap yang bukan2 tentang penumpang pesawat MH370.. Fahamilah perasaan keluarga mereka....

insyaAllah kita pasti akan menemuinya...



Semangkok Kata:
Hari2 hadap tb nk tau perkembangan mh370 ^___^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...