seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, April 11, 2014

Cara Buat Rice Cake

Assalamualaikum....

Arrrggghhh.....ngantuknya mata time pepetang mcm nie..Rasa nk ZZzzzzZZ.... depan pc nie gak laa....
Tapi bila letak kepala mata lak yang terkebil2... Alahai...

Mana tak nya... Bunga telur tak siap lagi...G-R-R-R-R.......

N3 kali nie aku buat sebab ada la teman2 yang suka jadik pembaca silent aku sms tanya mcm mana nk buat rice cake sendiri... Alahhai.... Aku sendiri tak pernah buat tapi demi korang semua aku cari bahan2 ehsan dari cik google dan aku beli barang terus try buat..kalau aku tak buat dulu mcm mana nk buat resepi nie kan? 

Kang main cakap jerr apa resepinya kang orang buat jadik lain aku gak yang susah kan??

ok beberapa hari yang lepas aku ada la buat rice cake sendiri..kalau ikut aku beli jerr yang dh siap tapi beberapa teman blog tetap jua meragui apakah halal untuk kita makan... So kali nie aku bg resepi korang uli la sesedap rasa ek....bila jadik jangan lupa comment kat cni bagi tau jadik kerr tak...

Bahannya:

3 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam..
1 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil minyak bijan

Caranya:

1-
Untuk kukus. korang dan boleh masak air dengan api sedikit tinggi jangan besar sangat udah lerr...
Apa2 pon korang tenggek pengukus tu dulu yek...

2-
campurkan 3 cawan tepung beras 1 sudu kecik dan 1 1/2 cawan air. dan kacau perlahan2 sampai jadik mcm nie


3-
then korang kukus tau tepung nie.
Tapi aku nak bg tau kalau pengukus ada 2 tingkat korang letak la kat atas sekali tau dan jangan lupa alas atas bawah 




4-
Kukus dalam 20 minit ke atas yek..

5-
Dalam mangkuk lain, korang campurkan 1 1/2 air dan 1 sudu kecil minyak bijan..ok kalau kt umah x ada minyak bijan sebenarnya korang boleh jerr pakai minyak masak tu..tp bg aku pakai minyak bijan dia bagi cau dan rasa yang sgt sedap...


6-
Selepas 20 minit kukus...korang dh lerr keluarkan doh korang tu...


PERHATIAN
doh nie sangat panas ok kalau rasa nk lecurkan jari jemari korang yang lembut tu silakan  pegang...
Pakai sarung tangan dan lapiskan dengan plastik agar semasa uli doh panas nie tak la melecur tgn korang yek


DAN

Kalau yang ada Bread Maker boleh lerr korang bersenang lenang masukkan dalam bread maker setting la utk buat doh pizza selama 25 minit


tapi kalau x ada kena la korang uli dengan tangan kasik massel korang keluar ckit yek...

uli doh guna tangan kena tambah 1 1/2 cawan tepung beras dan 1 1/2 cawan tepung beras manis jangan guna 3 cawan tepung beras ok sebab nanti x dpt tekstur yang licin mcm pakai mesin sebab kena uli lama aku malas so jadi mcm nie (kalau pakai Bread maker x payah pakai tepung beras dn tepung beras manis yek.)


ok siap...

air dalam mangkuk yang dicampurkan dengan minyak bijan tu di pakai semasa korang nak bentukkan doh nie jadi memanjang..tujuannya agar doh tak melekat di tangan korang dan juga tak lerr dia melekat antara satu ngan yang lain...

Sebelum uli korang basahkan tangan korang ngan air dalam mangkuk tu jangan bebanyak sekadar calit sikit dan sapu di kedua telapak tangan korang dan uli mcm nie


pas tu boleh la korang potong 2inci yek...


Selamat mencuba...eh salah selamat menguli tepung beras yek... ^___#.

Untuk rice cake sup atau lebih dikenali ngan nama Tteokguk Tteok


 Korang uli panjang mcm atas tapi lebih tebal dari yg untuk buat dukbokki


then simpan dalam suhu bilik untuk satu malam. esoknya sebelum potong basahkan pisau korang dh potong menyerong mcm dalam gaambar nie yek..


sekian...

Ye..ye aku tau mesti korang tanya mcm mana nk buat Rice Cake Soup kan??

Tunggu...... ^___*.

Klik sini untuk resepi Dukbokki
Klik sini kalau nk cari Rice Cake yg dh siap jual nya

Sayang korang...




Semangkok Kata:
Sumber gambar semua aku amik kat cik google dn blog Aeri Lee
Kredit utk Aeri Lee sbb gambar dia lagi best sbb aku x ada camera waaaaa.......

Wednesday, April 9, 2014

Rice Cake....

Assalamualaikum....

N3 kali nie bukan nk bagi tau resepi yek tapi khas untuk kawan2 yang banyak email n sms aku bertanyakan kat mana diaorang boleh beli rice cake untuk buat Dukbokki. 

Semenjak demam Running Man nie aku pasti terlalu ramai yang ingin merasai keenakan masakan Dukbokki nie.. Betul tak?? kan??kan??

Tak pe kalau x nak mengaku aku pon x kisah kalau korang mmemang mengemari rancangan korea nie.. Aku pon pernah la tengok sesekali kat tenet nie dan tau la sikit2 pasal rancangan ini..

Sebelum nie aku ada post n3 tentang resepi Dukbokki kalau ada yang teringin nak carik resepinya korang boleh terus tekan link biru sebelah nie DUKBOKKI
Ini cara aku masak n dah banyak kalu aku melahap dukbokki nie memang best kalau layan sesekali. So untuk korang yang masih mencari lagi kat mana ada jual rice cake dan kuah untuk dukboki nie hah cecepat la korang g ke Aeon Jusco yang berdekatan ngan tempat korang. dan barang2 nie korang boleh jumpa kat area jual barang nak buat yong tau foo. kalau korang x jumpa korang jangan segan tanya ngan pekerja aeon yang comel lote tu ok...

Selain tu aku kasik korang gambar agar korang tak terlepas pandang kat barang nie


Yang pack biru tu adalah rice cake yerr 600gm harga dia dalam RM9.90 kalau x silap laa
dan
Pack kecik tu adalah kuah Dukbokki 150gm n harga dia RM7.90


Kalau korang nk simpan stock bebanyak boleh beli dalam bekas merah mcm dalam gambar atas tu kalau x silap 500g kot lupa laa... harga dia dalam RM14.90


Dalam bekas merah nie rupanya mcm nie..kalau korang mmg kuat pedas boleh la cuit pakai jari dn rasa..pas tu kalau berasap idung jgn salahkan aku... hahahaha

Semoga persoalan korang terjawab dengan n3 kali nie yek..k aku nak sambung menjahit...rajin2 la comment blog aku di setiap n3 yang ada insyaAllah aku akan cuba jawab segala kemuskilan korang yek...\\

Bila dah masak korang kena bukak Running Man baru best tenguk sambil makan..tak caya korang cuba laa..

Cak!..Cak!.. Muah!!...



Semangkok Kata:
Segala gambar dalam n3 kali nie adalah sumber dari ehsan cik Google yek... terima kasih....

Tuesday, March 25, 2014

Resepi Dukbokki

Assalamualaikum korang...


Sumber dari google

Sedapnya tgk Dukbokki nie kn??

Korea Rice Cake Pedas [ Dukbokki ] adalah makanan jalanan korea yang paling popular di kalangan warga korea dan warga asing . Ramai kanak-kanak, orang dewasa dan juga orang muda korean suka akan makanan tersebut :-). Kat sana korang boleh jumpa Dukbokki panas2 dan sedia untuk dimakan.

Bahan utama Dukbokki nie adalah Rice Cake [ garaetteok ; Rice Cake berbentuk silinder ], Fish cake , telur rebus dan kuah dari pes cili. Rasa Rice Cake ini agak kenyal. Iya juga kelihatan sangat pedas dengan warna merah menyala.. tetapi korang boleh kawal jumlah pes cili jadi ia akan rasa kurang pedas. Kini ada bermacam cara untuk masak dukbokki , dengan kicap , Keju dukbokki , dan dengan mi .

Jom tgk resepinya jom...


Sumber dari google

BAHAN-BAHAN
Kek beras (untuk 2 hidangan )
2 keping kek ikan
1 daun bawang
½ bawang
sedikit ikan bilis

Untuk sos
3 sdm cili pes
2 sdm gula
1 sdm kicap
1 sdm tepung sirap (tepung jagung yang dicampur sedikit air)
1 sdm bijan

Cara2nya...
Rebus 3 cawan air dengan ikan bilis selama 10 minit.
Sementara itu, kek beras dan fish cake potong 2cm .
Potong bawang besar dan daun bawang menjadi kepingan besar.

Buat sos.
Campurkan semua bahan-bahan sos dalam mangkuk.
Selepas 10 minit , keluarkan semua ikan bilis. Kemudian tuangkan rice cake , fish cake dan bawang. Kemudian tambah sos
Rebus selama 5 minit dengan api yang sederhana dan kacau sekali-sekala.
Tambah daun bawang dan bijan.
Rebus sekitar 3 minit.
* TIPS
Jangan masak rice cake terlalu lama, jika tidak ia akan menjadi benyek.


Sumber dari google


Sumber dari google



Semangkok Kata:
Esok kena beli barang nie.....

Thursday, May 31, 2012

Pan Mee Resepi

Assalamualaikum...
Hari tu aku ada cerita serba sedikit pasal Pan Mee nie dan ada yang bertanya pan mee nie nama masakan atau jenis mee nya...

Ok aku nak terangkan supaya korang faham yek...

Pan Mee nie adalah sejenis mee yang diuli sendiri dan tidak terdapat di mana2 kedai ada orang panggil dia kueh tepung tapi untuk orang cina mereka panggil Pan Mee sebab Pan bermaksud papan ia lebih bersifat nipis.. Mee nie ada macam2 bentuk ada yang uli tarik2 lebih kurang ngan tangan atau siat2 terus masuk ke dalam sup yang sedang menggelegak dalam periuk tak pon boleh la pakai mesen mee tu nak mcm mana rupa bentuk pon boleh...

Kalau kay kedai2 makan cina ada macam2 versi sup ada pakai sup ayam sup pedas dan ada gak buat macam kuah tomyam tu makan ngan mee nie..
Tapi setahu aku yang menjadi kegilaan orang cina mereka suka makan dengan sup ikan bilis...

kat sini aku ada resepi tentang Pan Mee hope korang boleh la mencuba resepi nie sebab aku pon dok gila ngan Pan Mee sebab dia sedap dan seronok sebab mee tu kita buat sendiri...

Resepi Pan Mee





         Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1 biji telur - optional
  • 3 sudu besar minyak - utk melembutkan
  • secubit garam


         Bahan Sup Ikan Bilis
  • 100 gm ikan bilis }
  • 2 1/2 liter air } didihkan selama 3 jam
  • Garam }
        Bahan Lauk
  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar bawang putih
  • 100 gm isi ayam dicincang
  • Cendawan shitake kering }
  • Cendawan kayu kering } dihiris halus
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar kicap pekat
      Bahan Hiasan
  • Sawi
  • Ikan bilis goreng
  • Cili merah - dihiris
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
Cara-cara buat mee

1. Campurkan tepung gandum, air, telur & minyak hingga sebati.
2. Uli hingga menjadi doh. Biarkan ia rehat sebentar @ lbih kurang 30 minit. Tutup doh tersebut dgn kain lembap.
3. Sesudah itu, ambil sedikit doh, leperkan ia hingga nipis. Buat beberapa kali hingga benar2 nipis.
4. Lipat doh tersebut beberapa kali & potong ia menjadi mee ataupon korang siat2 kerr mcm gambar kat bawah nie. Siap.
Nota: Anda boleh juga gunakan mesin membuat mee utk mendapatkan mee yg nipis sekata. Jika menggunakan mesin, tidak perlu mencampurkan minyak ke dalam adunan kerana minyak akan menyebabkan doh terlalu lembut & susah utk dimesin.





Cara-cara membuat lauk

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan isi ayam. Gaul.
3. Masukkan cendawan shitake & cendawan kayu, gaul lg.
4. Akhir sekali masukan kicap cair & kicap pekat. Gaul & masak hingga ayam btul2 masak.

Cara menyediakan Pan Mee Soup

1. Panaskan kembali sup tadi. Kuantiti sup bergantung pd kuantiti pan mee. Kt sini aku agak2 jer.
2. Bila sup sudah menggelegak, masukkan pan mee td bersama2 sayur sawi. Rebus lebih kurang 3 minit. Kemudian tuangkan ke dlm mangkuk.
3. Letakkan bahan lauk ke atas mee. Taburkan ikan bilis goreng, cili merah, bawang goreng & daun bawang. Siap utk dimakan.

Selain tu korang boleh tambah bahan2 tersebut semasa menyediakan Pan Mee ini.
Seperti:

Bahan Lauk - kuantiti ikut suka 
  • Udang
  • Seafood tofu
  • Bebola ikan
  • Sotong

Selamat Mencuba dan menjamu selera..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...