seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Showing posts with label Pengatahuan. Show all posts
Showing posts with label Pengatahuan. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Sikap dan kelakuan

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka. Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi. Si suami : Untuk apa semua itu Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya Si suami : Emmm…Baiklah Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja. Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut.. Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka.. Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti. Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. .. Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya. Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya. Si isteri : Sekarang giliran abang pula.. Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya, Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang. Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG……. Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan…







Semangkok Kata:
bezanya aku tak pernah melihat sesuatu keburukan seseoang itu penghalang untuk aku bersama dengan nya....

Tuesday, December 13, 2011

Mengarutkah Aku? EP-1

Salam buat pembaca sekalian...

Baru2 ini aku telah pon kehilangan kerja atas sebab2 tertentu... tapi yang aku pasti sebab nya adalah putus asa... owang puteh cakap giveup! kehkeh....
Nampak mcm aku gembira sebab berhenti kerja tapi dalam hati aku jer tau sebab itulah tempat keje yang paling aku suka dan sayang... Nak buat cm na lagi kan?? kenalah terima...

Maaf kalau aku tersalah cakap tapi kebanyakan melayu kita bila dilambung ombak di duga sedikit hati mula goyah dengan tawaran lain padahal mada mulanya tujuan asal kita masih nak mengukuhkan sesuat empayar itu...
erm.... tak faham kan??

Aku bercakap tentang budaya kita...ya...budaya melayu yang mudah putus asa, tak mahu bersatu padu...
Ini pandangan mata aku... bukan aku memandai sebab aku pon mungkin salah seorang dri nya tapi mungkin sedikit kata aku ini lain dari adangan mereka ataupon sama...erm... apa pon aku terasa nak meluahkan kat cni...
Kenapa bila kita berniaga awal mula kita bersatu padu...bergabung tenaga...
Mendatangkan keuntungan
bila keuntungan meningakat dari hari berganti hari minggu berganti minggu bulan berganti bulan....
belum setahun kita cuba kembangkan perniagaan kita 
kita cuba sesuatu yang baru untuk menambah keuntungan kita...
dan kita naik...naik....naik....hingga masuk ke tahun ke tiga...
saat kita berganding bahu teringin pula nak cuba sendiri mengaut keuntungan yang sedia ada hanya untuk diri sendiri dan kita lupa (apa yang penting kerjasama....)
bila kita jatuh
kita akan jatuh sejatuhnya...
sebab kita pentingkan diri sendiri..
Lantas kita terlalu takut untuk mencuba sekali lagi 
akhirnya...
kita berputus asa...

Mana hilangnya teman yang sering membantu kita sama2 naik?
Zaman sekarang dari 10 teman yang sama2 susah naik bersama dan berpcah hanya 9 orang yang pastinya bertepuk tangan dengan kejatuhan kita dan yang 1 lagi hanya bersimpati... Tak mampu melakukan apa2... membantu tidak... apatah lagi berusaha menyedarkan teman yang 9 lagi saat mereka susah bersama2....
Dan..
..
...
....
yang menjadi mangsa keadaan adalah...
AKU...
yang telah kehilangan pekerjaan di saat sekarang susah sangat nak mendapat pekerjaan dengan usia aku yang semakin meningkat dan belajar kurang lah pandai...
Tapi....
Aku pasti saat bos aku jatuh pasti satu hari bos akan bangun semula dan mencari semangat baru...

Kepada 9 orang teman yang sama2 membangun naik bangga dengan kejayaan mereka...korang mmg teman sejati...
dan yang 1 bersimpati.... Jangan terus bersimpati tapi beri semangat kerana 10 orang yang sama2 naik tak mustahil akan mengalami apa yang bos aku rasa...

Semoga melayu tak mudah dibodohkan oleh kebodohan sendiri kerana punyai sifat tamak dan dengki sesama sendiri..

dan aku?? masih terkebil2 waktu malamnya menjahit dan menjahit...
berfikir dimana kesilapan kita
berusaha untuk memajukan diri dan kehidupan keluarga...

Semoga ada yang memahami apa yang tersimpan dihati ini...






Semangkok Kata:
Mengapa kita masih disini?....^____^

Thursday, March 3, 2011

Aku

Hari nie aku nak cerita pasal n..

Cuma baru2 nie ada yang tanya dan ada yang ckp kejap pakai nama tu kejap nama ini yang mana satu sebenarnya nama aku...

Mintak maaf banyak2 kalau aku nie pakai banyak sangat nama so kat sini aku nak bagi tau kenapa nama itu aku pilih dan aku pakai.. Dan sebelum tu aku nak bagi tau nama aku yang sebenar ok....
( eh...korang tak nak tau?? alah...meh aku bagi tau kang nanti tertanya2 lak kan apasal aku pakai nama sekian2 nie.....,apa?? x nak gak?? haaa kalau x nak x perr lah aku just nak bagi tau siapa yang nak tau jerk...)


O_nell26 / onell / nell
Nama nie aku pakai sempena add mail aku under yahoo....
Kat YM(yahoo mesangger) dalam room aku biasa pakai nama nie dan kawan2 under YM semua akan memanggil aku dengan nama2 nie so kalau korang cll aku kat umah pon kalau korang panggil aku dengan nama nie aku akan detec korang sebagai kawan2 YM aku....

Inilah nama yang aku pakai sejak aku tingkatan 4 tapi aku tak pakai nama tu kat sekolah...nak mampus kang ada yang kata aku lupa asal usul lak kan?? Dan nama onell nie semakin hangat sehangat cik ct nurhaliza dulu tu sekitar tahun 2000 ke 2003 kalau x silap aku laa....sebab masa tu tengah hot layan YM saMpai lebam tak hingat nak tido(padahal sok ada kelas hahahah....)


DiNaZ
Nama nie aku pakai kat Blog jerr sempena nama aku ngan seseorang yang pernah aku sayanh. Din+Naz=DiNaZ
Aku bukak blog nie sebenarnya aku nak dia yang jauh kat terengganu tu selalu tau apa yang aku buat dan tentang rindu aku pada dia...Tapi.... Ada kisah di sebalik nya... Aku redha...mungkin dia bukan jodoh yang baik untukku... Just smile `(*∩_∩*)′ o sekarang blog nie kalau yang pasal2 rindu tu ada tapi sekali tak sekala..Tapi blog nie lebih kepada tentang aku..Sebab aku adalah aku yang tak akan jadi orang lain...

Aku terpaksa lupakan rasa cinta yang pernah aku baja dan jaga selama 12tahun.. 
Sedih?? 

Hati aku dah tertutup hingga bertahun lamanya.. Hinggalah aku berjumpa dengan En.Tunang sekarang...

Alhamdulillah....semoga dialah jodoh yg terbaik untuk aku...Aminnn....



Nazariah Mohd Murad
Tentu korang perasan link add blog aku... nazariahmohdmurad.blogspot.com Kenapa aku pakai nama nie?? sebab aku nak pakai blog nie sampai aku tak mampu lagi bercerita apa saja tentang aku..tentang apa yang ada di sekeliling aku dan yang berlaku disekitar aku....Itu nama penuh aku..nama dalam kad pengenalan aku...Dan nama ni gak aku guna dalam FB(FaceBook) sebabnya aku nak cari kawan2 lama aku masa aku duduk kat Wilayah Persekutuan Labuan, Lumut Perak dan kawan2 aku masa sekolah2 dulu.. Maklum lah Arwah abah aku dulu kan Navy dok lerr berpindah randah kejenya....hahahaa.....

Tapi itulah sebahagian dari kenangan hidup aku..perjalanan hidup aku adalah aku


So mintak maaf lah kalau korang pening dengan nama2 tersebut....Al-maklum lah yang buruk itu datangnya dari aku sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah SWT...

Hahaha.....aku bubuh gambo sebab tak nak korang buhsan baca jerk kan?? so ada gambo tak la korang buhsan sangat yerr tak??


Last... Aria..
Inilah nama aku sekarang dn mungkin sampai akhir hayat aku...
Aku tetap dinaz yang sama cuma yg berbeza aku sudah bertunang.. Dengan nama ini jugalah aku kenal tunang aku... Dari nama ini lah aku jumpa kawan2 lama aku dn dr nama ini jugalah aku temui cinta sejati ku...

Apa pon setiap nama yang aku pakai ada sebab aku tukar... Dn nama aria ini demi manjaga hati en.tunang aku...semoga dia menjadi imam dalam tiap solat ku...menjadi teman dn sahabat tika aku gembira dn sedih...

Semoga dengan nama terakhir ini aku mampu mencari kebahagiaan yang selama ini x pernah aku temui... Korang boleh panggil aku dgn nama2 ini tapi biarlah mulai saat ini Aria hanya dihati korang semua....

Salam sayang dari 
O_nell26
Onell
nell
Dinaz
Nazariahmohdmurad
Aria
(6 nama hanya ARIA bertahta dihati


Semangkuk Kata:
Kenapa tak ada gambo aku nie?? hurm...

Sunday, February 27, 2011

Join Jantung Sihat Malaysia! Weeee....

Tergerak hati nak join Jantung sihat nie...Tah lah apasal la tetiba terpanggil untuk menjoinkan diri ( konon baru nak sedar diri haha *dush kasik lempang sekali....)

Meh...Meh....kita tengok apa yang aku dapat hasil dari diuji kaji nieh....

Layannn......






 Bagus gak kan ada nasihat dan tips2 yang baik untuk diikuti kan?? kan?? kan??






Semangkuk Kata :

Terlalu sayangkan nyawa.......

Friday, February 18, 2011

Kopi oh kopi

Anda suka kopi??


Tahukah anda jenis kopi dan cara penyediaannya??


Jom!...Aku adalah penggemar kopi... Selain Teh kopi adalah salah satu perkara yang wajib dalam hidup aku..


Info ini aku ambil dari Cik Google so aku berbesar hati nak kongsi ngan korang




Espresso

Espresso dibuat dengan mesin brewing khusus. Biji kopi diletakkan di dalam mesin kemudian air dialirkan dengan tekanan sangat tinggi. Akibatnya ekstrak kopi turut keluar bersama air. Hasilnya keluar dari lubang kecil pada bagian bawah mesin tersebut. Seluruh biji kopi yang tersisa di dalam mesin harus dibuang dan diganti dengan yang baru jika ingin membuat kopi yang berikutnya.
Trivia : mesin pembuat espresso tersebut pertama ditemukan oleh Luigi Bezzera dari Italia pada tahun 1901. Di Italia, espresso diminum dalam cawan kecil setelah makan siang atau malam.

Cappuccino

Cappuccino merupakan resepi yang sangat popular. Kopi ini mempunyai tiga peringkat utama : espresso, susu (steamed milk), dan foam. Cappuccino merupakan salah satu jenis hidangan kopi paling popular di dunia yang mempunyai ciri khas adanya buih setebal kurang lebih 2 cm pada bahagian permukaan. Menurut sumber, kopi ini adalah jenis yang paling susah dihidangkan dengan betul.
Trivia : orang Italia hanya minum cappuccino pada pagi hari, sebelum pukul sebelas. Sementara di sesetengah tempat lain, cappuccino biasanya diminum pada bila-bila masa saja.

Macchiato

Macchiato adalah espresso yang ditambah dengan sedikit susu yang tidak dicampur tetapi kesannya seperti dimendapkan agar membentuk satu lapisan dibahagian atas espresso. Berbeza dengan cappuccino yang memang merupakan campuran espresso dan susu, pada macchiato susu berfungsi untuk melapisi espresso dari atas dengan lapisan nipis.
Trivia : selain mengunakan steamed milk, selain itu milk foam juga boleh dugunakan. Hal ini adalah kerana kopi tersebut mengandung susu. Macchiato ini punya nama lengkap espresso macchiato.

Caffè Latte

Caffè Latte adalah kopi yang popular di Amerika tidak hanya di Itali. Latte berasal dari bahasa Italia yang artinya susu. Jadi andai korang memesan latte di kafe-kafe Italia, anda akan mendapatkan segelas susu. Caffè latte (untuk membezakan dengan susu biasa), terdiri atas sepertiga espresso dan dua per tiga susu, ditambah sedikit foam setebal 5-10 mm di atasnya.
Trivia : minuman ini mungkin cukup disebut ‘kopi susu’ di Malaysia. Di Prancis, namanya café au lait, di Spanyol, namanya café con leche, dan di Portugal, namanya café com leite .

Long Black

Long Black popular di Australia. Kopi ini adalah ‘espresso cair’, yang dibuat dengan cara menuangkan espresso di atas air panas. Air panasnya dulu, baru espresso. Urutan tersebut dimaksudkan supaya tidak merosakkan cream yang terdapat pada espresso. Hidangan kopi jenis ini banyak menggunakan bahan biji kopi yang berasal dari Ethiopia (Arabica) dan Sumatera.
Trivia : jika korang menuang espresso dulu baru air panasnya, maka disebut cafe americano. Yang membezakan antara Long Black dan Americano adalah cara menyediakan.

Frappuccino

Frappuccino adalah kopi ais kegemaran aku. Diciptakan oleh Coffee Connection di Boston, hak cipta frappuccino ini kemudian dibeli oleh Starbucks. Istilah frappuccino berasal dari kombinasi frappe dan cappuccino. Frappe merupakan istilah untuk milk shake yang kental. Di Starbucks sendiri tersedia berbagai jenis pilihan frappuccino, termasuk yag menjadi favorit aku, Java Chip Frappuccino.
Trivia : Jenis frappuccino yang ada di Starbucks meliputi Java Chips, Caramel, Mocha, hingga Raspberry. Yang besar biasa ditawarkan dengan harga ehm… sendiri mau ingat lah.....






Semangkuk Kata :

huh.....ok lah korang aku nak buat kopi jap lah ...hikhik...kopi-o jerk boh ais yumm.......

Tuesday, February 15, 2011

Apa itu Felt??

Ok....

Sebenarnya aku tengah menjahit keychin yang dioder oleh kawan-kawan adik2 aku...

Niat sebenar nak cek mail jerk n jengah2 blog so ada lah beberapa kawan2 yang tanya apa itu felt...

Ini adalah apa yang aku tahu...so aku harap korang semua faham ek....apa itu Felt...:)

Kain flanel atau lebih dikenali sebagai felt adalah jenis kain yang dibuat dari serat wol, tanpa ditenun. 



Flanel atau felt adalah jenis kain tertua dalam sejarah manusia, lebih tua dari kain tenun dan rajut. 




Kain Flanel atau kain felt dapat digunakan untuk membuat aneka kreasi menarik seperti dompet, gantungan kunci... seperti ini ni............ ^_^



8sumber dr cik google

Sekian... :) harap x ada yang tertinggal yek!


Felt merupakan fabrik yang dihasilkan daripada bulu biri-biri (wool). Oleh sebab itu, fabrik jenis ini boleh menarik kehadiran serangga perosak. Sekiranya kain felt yang kita simpan sebagai stok itu diserang serangga perosak ini, rendamkan sahaja di dalam air suam lebih kurang 10 minit bagi membunuh larva yang terdapat di celah-celah fabrik tersebut.

Setelah felt direndam, perah felt dengan lembut untuk mengelakkan felt mengalami regangan yang boleh menyebabkan bentuk dan kualiti felt berubah. Antara tips memerah felt adalah dengan menggunakan tangkupan tuala di atas dan di bawah felt seterusnya digulung perlahan-lahan untuk mengeringkan airnya.


Sekiranya felt terkena kotoran, basuh dengan menggunakan air suam dan gunakanlah pencuci atau detergen seminima mungkin. Jangan sekali-kali menggunakan air panas kerana boleh menyebabkan kain felt mengecut.


Felt juga haruslah dikendalikan dengan teliti kerana fabrik jenis ini mudah regang dan berbulu. Oleh itu, sekiranya kita hendak menghasilkan produk felt untuk kegunaan sehari-hari gunakanlah felt yang lebih tebal. Felt yang telah regang sukar untuk dipulihkan. Tetapi sekiranya produk felt itu fabriknya mulai berbulu dan menggumpal, rapikan sahaja dengan menggunakan gunting yang tajam.

Felt sebenarnya lebih mesra dan mudah dikendalikan dengan jahitan tangan berbanding mesin. Apabila kita hendak menjahit felt, pastikan jarum yang digunakan tidak terlalu besar dan tidak terlalu halus. Apabila kita menggunakan jarum yang terlalu besar, lubang-lubang jarum akan jelas kelihatan pada jahitan kita dan ini akan menjejaskan rupa jahitan. Sebaliknya, apabila jarum yang digunakan terlalu halus, jarum tersebut berkemungkinan besar akan patah. Oleh itu gunakanlah jarum yang sederhana besar.

Antara gam dengan jahitan mana yang lebih baik? Kedua-duanya boleh digunakan. Tetapi sekiranya produk yang digunakan itu digunakan dengan kerap maka lebih baiklah dijahit. Kerana dengan penggunaan gam, lama-kelamaan gam tersebut akan mengeras, rapuh dan fabrik tersebut akan tertanggal. Gam lebih sesuai digunakan untuk menghasilkan produk felt yang digunakan sebagai hiasan semata-mata. 




Akhir sekali, jauhkan felt daripada haba yang tinggi kerana felt boleh mencair dan hilang bentuk asalnya.











Semangkuk Kata :

nak tunjuk sendiri punya lom siap lagik...helo apasal aku nya x cantik nie?? kalu nak jual pon owang kata buat malu jerk hikhikhik....

Friday, January 28, 2011

Bantuan pada yang Arif!!

Tadi aku dapat la email...dah la bahasa omputeh takat yang simple2 nie aku faham la gak tapi aku tertanya2 apa yang mail nie nak?? Korang pernah tak dapat mail mcm nie? kalau korang dapat korang buat apa?? balas? or buat bodoh jerk?? N sebenarnya apa kena mengena blog aku ngan laman dia nie?? ish....

Hello, This is Shiela from gardenseats.org.uk. We stumbled on your blog while searching for Garden Seats related information. We operate the largest Garden Seats website featuring more than 30,000+ blogs. Our site averages 200,000+ uniques visitors per month. Based on your blog's popularity and other factors, we have featured your blog at http://gardenseats.org.uk/blog_awards/index.php?id=48136 We would be grateful if you could add the following details to your blogs main page. Garden Seats Looking forward for your confirmation. Thanks Shiela gardenseats.org.uk. P.S. If You Have More Quality Blog We Can Feature Those.

Aku agak mungkin dia nak aku promotekan page dia kat lam blog aku kot??

Hahahaha...

Tak pe lah aku buat lah apa yang dia nak


Ok kalu ada siapa2 nak beli kerusi garden moh la klik sini...










Semangkuk Kata :
Ish...betul keh nie??

Tuesday, January 25, 2011

DiNaZ sayangkan ISLAM! Anda?

Dinaz dapat satu info nie dari sahabat blog dinaz....terima kaseh yek Amar...http://www.emocutez.com

Kalau korang sayangkan agama Islam moh buang gambar lambang Israel dalam folder komputer korang!

cara-caranya:
http://www.emocutez.com


  • 1 ulas PC atau NoteBook atau Laptop
  • 2 biji Windows Explorer atau My Komputer (Bukak)
  • 3 urat Local Disk (C:) (Double klik)
  • 4 ulas ProgramFiles (Double Klik)
  • 5 helai Microsoft Office (Double Klik)
  • 6 cekak Media (Double Klik)
  • 7 litter Cagcat10 (Double Klik) Dan
  • 8 cawan J0285926 (Delete kan yek..)

Terima kaseh kawan2....
http://www.emocutez.com





Semangkuk kata:
Aku dah selamat dah delete sampaikan gambo yang nak disimpan pon aku buang gak padankan muka!

Saturday, December 11, 2010

Lakukan PSP

Korang tau apa tu PSP?
Hello bukan mcm game yang PS2 tu ok!!
PSP ialah singkatan bagi (Permeriksaan Sendiri Payudara)...
Tentu korang rasa malu bila kita bercakap tentang payudara..Tapi harus di ingatkan ia adalah sangat penting dan kesannya sangat merbahaya...ok...MERBAHAYA!

 Siapa yang layak membuat PSP ini??
-Setiap wanita yang berumur 20 tahun ke atas.. Anda layak melakukan PSP
-Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
-Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun


Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara. 

Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.

Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.


Bila Mesti Melakukan PSP ? 


Anda misti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.


Bagaimana Melakukan PSP

Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.







A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin 

Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara.



Kedudukan 1Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.

Kedudukan 2 Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.

Kedudukan 3 Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara. 

Kedudukan 4 Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah. 
Tanda tanda Amaran Yang Perlu Di perhatikan Semasa Pemeriksaan.

  • Benjolan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  • Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
  • Puting payudara tertarik ke dalam
  • Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara.


B. Mengesan Perubahan Dengan cara berbaring

Langkah 1: Persedian Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda.Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.
Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN
Periksa Payudara anda dengan menggunakan Kaedah- Urutan Menegak (Vertical Strip) don Kaedah Pusingan (Circular).

Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan MenegakPeriksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antara kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda Megunakan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.
Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah ke arah garis-kutang menggunakan pusingan ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di-bahagian bawah garis-kutang bergerak lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang di tunjukkan.

Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat sekurang--kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam).

Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara.

Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
PEMERIKSAAN PAYUDARA KIRI 

Mula sekali lagi dengan langkah 1 hingga kelangkah 5 untuk PAYUDARA KIRI dengan cara yang sama menggunakan tangan kanan.


Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan kenser?


9 dari 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walaubagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika anda mengesan sebarang benjolan.

RAYUAN KEPADA SEMUA WANITA 

  • CEGAH KANSER PAYUDARA DENGAN PSP SETIAP BULAN.
  • JADIKAN PSP SEBAHAGIAN DARI CARA HIDUP ANDA
  • JIKA ANDA MERASA SEBARANG BENJOLAN LUARBIASA DI PAYUDARA ANDA SILA JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA.
  • INGAT ! KANSER PAYUDARA BOLEH DISEMBUHKAN JIKA DIKESAN AWAL DAN DIRAWAT SECEPAT MUNGKIN.


Kanser Payudara - Punca, Gejala dan Rawatan

Kita selalu dengar penyakit Kanser payudara semakin berleluasa....So aku ada ckit info untuk kongsi ngan korang..jom!



Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28. 


Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”. 

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.


Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak. 

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.


Rawatan



Rawatan termasuk pembedahan, rawatan radiasi, rawatan hormon dan kemoterapi. Perlu diingati bahawa pengesanan awal kanser payudara bererti rawatan lebih berkesan dan mungkin boleh dipermudahkan dan pembedahan konservatif boleh dijalani. Pembedahan konservatif adalah merujuk kepada pembuangan sebahagian daripada payudara sahaja, iaitu, bahagian di mana kanser berada. Mastektomi merupakan pembedahan di mana seluruh payudara “dibuangkan”.
Pembentukan semula payudara (breast reconstruction) boleh dijalankan untuk mereka yang melalui mastektomi. Perbincangan mengenai ini harus berlaku awal-awal lagi sebelum terapi yang lain bermula. Ini membolehkan perancangan rawatan anda secara menyeluruh dan akan melibatkan pakar pembedahan plastik.
Jangan lupa, kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin.
Rawatan alternatif termasuk rawatan menggunakan herba dan rawatan secara pemakanan. Apa-apa jenis rawatan tidak harus dicampuraduk. Beritahulah doktor anda kalau anda juga menggunakan herba atau rawatan alternatif. Selalunya, adalah disyorkan bahawa, seseorang itu patut menghabiskan rawatan “konvensional” terdahulu sebelum berpaling kepada rawatan alternatif.
Pengawasan sesudah hentinya rawatan juga penting.
Kejayaan sesuatu rawatan juga dipengaruhi oleh kesihatan umum dan sikap seseorang terhadap penyakitnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...