seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Saturday, November 27, 2010

10 Petanda Dia Jodoh Kita...

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad

Saturday, November 20, 2010

Apa ada dalam Handbag aku?....

Semalam aku ada request kat cik hel pasal apa yang cik hel bawak lam handbag dia setiap kali dia keluar...
So dalam masa yang sama aku pon nak bg tau apa yang ada lam handbag aku, yang selalu aku bawak ke hulu dan ke hilir....
Ini rupa Handbag yang akan selalu bersama ngan aku...
Handbag aku murah2 jerr...aku x pakai handbag mahal nie yang penting pemegang handbag aku tak mudah putus atau koyak...

  • Besar tak??


  • Semua atas nie mmg sentiasa berada dalam Handbag aku..(patut la Hero aku ckp Handbag aku macam *gobok ahakzz...) *gobok = almari

ini peralatan perang aku...sebenarnya aku bukan la suka bermake-up pon tapi bila tgk owang bermake-up aku pon sama nak touch-up

  • Fair&Lovely (konon biar nampak cerah dan sekata laa...hiuhiuh....)
  • johnson`s baby cream ( helo aku nie jenis kulit yang sangat2 kering tau...so kena sentiasa ada kalu tak tangan mcm kertas pasir hiuhiuh....)
  • Instant hand sanitizer-Dettol (aku suka makan pakai tangan so biasa la kalu makan tangan siap bau2 belaxan lagik hahaha....harus pakai..bau dia sangat fresh tau...)
  • Lotion Citra (nie jarang pakai tapi saat terdesak aku pakai gak bau dia mmg best sangat..wangi oi...)
  • L elan Vital lip & eye palette - Cosway.. (sangat mudah di bawa kemana pon....lip ada 5 warna,eye pon ada lima warna...)
  • Blusher - (brend apa aku pon x pasti dh lama sangat pakai x habis2 hahaha)
  • Compact powder - MAC (ini pon aku pakai dh lama x habis2 jugak...)
  • Mascara + lip gloss - Avon, mascara super full - Avon (ah banyak laa...)
  • Eye liner, lip liner - Avon (Serasi pakai avon jerr)
  • Lipstick - Cosway (murah pasal tu aku beli hahaha)
  • Dan segala pen2 untuk aku isik borang hahaa/wahaha
  • Minyak wangi Enchanteur Paris Belle Amor (sangat wangi nie....sukerr sangat...dh lah murah tahan lama...)
  • Beg comel nie untuk isi syiling, pen drive, memory card utk camera, card reader
  • Ini wajib ada lam beg...kalu tak lapo jerr memanjang hahaha.....Yum..yum...
  • Ubat-ubatan yang sentiasa aku bawa kemana saja..mana la tau pening kerr mabuk kerr ahakzz/wahaha
  • Jam tangak kepunyaan Arwah Abah aku Tissot 1853 PR50. (dari Arwah ada sampai sekarang dah 2 tahun jam ini still dalam keadaan yang baik...x pernah tukar bateri lagik nie.... sangat selesa bila mengenakannya...)
  • Tisu - Sarung dia aku buat sendiri..
  • Perkakas untuk menyisir rambut ikat dan sebagainya...teddy panda tu...aku pon x pasti mcm mana ada kat ctu...hahahahaa....
  • MP3
  • Handfree hp aku
  • Rantai (pakai time ada function jerk...)
  • keronsang (sebab aku bertudung tkt butang patah atau sebangainya...)
  • My lovely purse... (duit tak dak hahaha...)
  • kad2 bank, kad2 rewarded
  • buku bank, buku derma darah, dan sebagainya...
  • Multi purpose Bag....(sangat berguna bila pi shopping semua2 barang masuk lam beg nie...nk bawak pon senang...)

So aku dah menjalankan tugas aku so Cik Hel silakan......
sebab aku x sabar nie nk tug apa yang ko bawak tiap hari ke tpt keje, shopping n pi dating....

n aku nk tag gak 

  • Cik Helena
  • Cik Juliet
  • Nurul Sharina
  • Farah
  • Cik Dni....
sila lah membongkar beg korang ok......


Friday, November 19, 2010

Pernantian suatu penyiksaan...


Penantian itu adalah satu penyiksaan...
namun aku harus bersabar...
menanti dan terus menanti
menanti cinta yang lama ku bajai...
waktu siang terlalu lambat..
waktu malam aku menghitung masa...
untuk menanti kehadiran mu...
yang sudah lama ku tungga....
Ahhhhh........
kenapa lambat sangat masa berlalu?
aku semakin tak sabar menanti kedatangan mu...
sayang bertahun aku menunggu...
hanya di talian dan alam maya yang mendekatkan kita..
sekarang aku sangat memerlukan mu...
dan bersama kau saja aku mahu menghabiskan masa...
oh pernantian itu sangat menyiksakan...
aku akan terus sabar menanti mu sayang...

Amu amat merindui diri mu....

(tiba2 jadi emo sgt...yey! si hero akan tiba di melaka) 


Thursday, November 18, 2010

Kek buat sahabat ku Taro

Mlm raya tu aku buatkan kek untuk teman baik aku yang mmg aku sangat2 serasi dengan dia...
tada..../XD
Paginya aku topping kek nie ngan cokelat lagik...
then aku buat kek utk aku sendiri
tapi lebuh tepung tu jadik pecah mcm nie
Ahh...ada aku kesah?? so aku topping gak kek aku nie so
tada.... /XD
alasan yang aku nk bagi adalah.....
kek terlebih suda hahaha.../wahaha

nampak sedap kan?? alah x sedap pon hiuhiuhiuh..../wahaha


Sunday, November 14, 2010

Terima kaseh TAPEM

2 tahun arwah Abah pergi...
Selama itu turun naik pejabat minta bantuan dan menguruskan semua tentang harta pusaka yang sampai sekarang masih tak selesai2 lagi.. 
Aku mohon siapa2 yang berada dalam bidang harta dan pusaka..atau yang berpengalaman ttg semua harta pusaka atau bantuan boleh kiranya tunjuk ajar pada aku yang tak tau apa lagi yang harus aku lakukan sebab dah 2 thn banyak urusan yang masih tertangguh...
Tentang terima kaseh ni aku tujukan buat sahabat baik aku yang banyak menolong aku pada bahagian bantuan... Terima kasih Bib (Habibah Katan). Sebab ko paling banyak bantu aku menguruskan semua yang tertangguh dan buatkan adik angkat aku yang masih bersekolah mendapat bantuan yang sepatutnya dia dapat... 
Pada 12-11-2010 Maa dan adik aku di panggil kerr Pejabat Seri Negeri Melaka untuk menganbil bantuan yang telah diluluskan oleh pihak tabung kemiskinan Negeri Melaka.
Walaupon pada pihak yang tertentu memang sedia tau bukan lah banyak mana tapi pada kami yang memerlukan bantuan ini sudah cukup memadai dari yang mengharapkan bantuan kewanagan..
Apa yang kami dapat mungkin terlalu kecil nilainya tapi Alhamdulilah sekurang2nya ia dapat membantu mengurangkan perbelanjaan adik ku yang masih bersekolah rendah dan sekolah jenis kebangsaan cina yang yurannya sangatlah tinggi pada kami...
Terima kasih sekali lagi... Dan mohon agar bantuan ini dikekalkan sebab adik aku sangat memerlukan bantuan sebegini...
Terima kasih kepada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Pejabat Ketua Menteri Melaka)
sebab bagi ini kepada Adik ku Nur Atika Abdullah

Tada /XD 
- Sepasang Kasut Be First-(Bata)
- Sepasang Stokin
- 2 Pasang baju kurung putih
- 2 Pasang kain sekolah rendah biru tua
- Pansel box serta 2 batang pansel, 1 pemadam,1 pembaris, dan 1 pengorek pensel
- 1 kotak kaler pensel
- Beg sekolah.
Inilah dia kesayangan Maa n Arwah Abah...
Buatkah Maa n Arwah Abah bangga dengan kejayaan mu...
Kami bangga kau hadir dalam keluarga kami.....
Kami sangat sayang kamu Ct..


Ronggeng sampai pagi!

Tgk tajuk tak tahan /wahaha
05-11-2010 ari tu aku (nell), taro, nyonya, nemo pi meronggeng karoke kat Mahkota Parade... 
Lama sangat tak layan...sesekali bila layan mcm x ingat dah nk balik or makan semua hahaha..../wahaha
apa pon mmg syok laa...
Bukan apa..sesekalu bila kita hapi n lupakan semua yang tension2 nie...wat sakit kepala jerr...buat apa kan??
Masa nie dok lepak2 x tau nk buat apa2 /wahaha
Tengah tunggu turn nk nyanyi
Siap amik2 gambo tu....
nie muka2 x sabo namanya....hik..hik..
Nyonya kanan
Nemo baju cokelat
bawah kanan Nell-aku
bawah kiri Taro
yang diri tu Nemo
 tudung putih Taro
Aku tudung itam
Nyonya x pakai tudung
Nyonya wit Nemo
Me nell wit Taro
Yaaa....masa tok melalak tanpa henti hahaha....
haku yang tah apa2 hahaha....but that day i was happy.../XD
Thank all mu pren! miss all of u!!....
/XD

Tuesday, November 9, 2010

Aku dan Taro

Beberapa hari ini aku habiskan bersama dengan kawan baik aku Hamtaro or Siti Raudahah. 
Seronok macam tak ingat tapi masih ada perkara yang memeningkan kepala...
Biarlah hanya aku dan Taro tau apakah masalah itu dan biarlah hanya kami yang pening kepala..
Agak2 kalau dah mereng kami hantukkah kepala bersama2.../wahaha
Aku nak lupakan masalah yang boleh memeningkan kepala aku saban hari..
Raya pon dah tak lama lagik.../omg
Ah...penatnya kepala memikirkan hal2 yang sedia memenatkan...
Tapi biarlah yang penting aku dan Taro sentiasa gembira...
Dan aku tak akan pernah kesali jalan yang aku lalui dan yang aku pilih sekarang...
Aku gembira bila Taro gembira...
Biarlah hari2 ini ceria... 
Walaupon aku sendiri tak akan tahu esok bagai mana...
Tudung putih Taro, Tudung hitam Aku

Monday, November 8, 2010

Terima kasih sahabat!....

aku nie mcm la marah hiuhiuh
sebenarnya aku x kisah ramai lagi yang boleh aku buat kawan...
maybe ko tak layak jadik kawan aku sebab ko mmg tak boleh nak ditegur langsung...
ahhh.... ada aku kisah...
hiuhiuh....
sebenarnya aku kisah gak takkan aku nasihat pasal dia patah hati pon dia nk remove aku sebagai add friend list dia??
bukan melampau pon aku ckp
cuma aku bg tau cinta itu tak semestinya memiliki...
dan aku cuma ckp sebelum dia nk hati dia dijaga dia harus menjaga hati orang lain..tup2 dia remove aku dr add friend dia...
aku tau kau boleh baca blog aku..n one thing im just wanna say....
kita nie hidup x semestinya kita jerr betul...
n gunanya ada kawan agar dapat membantu kita untuk hidup lebih suksek n kalu kita x saling ingat mengingatkan...diri ko boleh kerr set apa yang ko buat tu betul or tidak...
buka hati sikit...buka minda ckit jangan dok lam kelompok ibarat katak bawah tempurung...
adakalanya nasihat itu membuatkan kita lebuh baik dari sekarang....
marah lah tu?? 
terpulang laa....
aku sebagai manusia yang banyak salahnya dari silap...but
apa yang aku rasa tak betul aku cakap n aku x suka hipokrit ( kalu ejaan salah minta maaf-sbb aku belajar x pandai)
so kali nie aku tujukan buat kawan baru aku cik MAIZATUL MAHIZAN.

(gambar hiasan)
kalo ko rasa nk marah aku x leh nk cakap apa2 
ye lah yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk semuanya datang dari aku...
Aku mintak maaf banyak2 kalu apa yang aku cakap nie ko mmg tak boleh terima tapi aku bagi tau sebab as ur friend...
kalu ko rasa aku kasar n kurang ajar aku mintak maaf...tapi x salah kalu ko terima apa yang aku cakap...terpulang pada ko nak cakap apa pon...N pasal ko buang aku dari list friend ko tu aku x kisah laa...terpulang laa...itu hak ko nak buat apa pon...biasa lah owang muda bila marah tak fikir apa yang akan jadi dimasa depannya....
untuk penbaca blog aku...apa yang aku tulis nie aku tak ada nkat nak sakitkan hati diapa2 n bukan pasan nk cari gado..cuma aku nak terangkan apasal aku comment wall dia...


GG dah BAIK yey!!!

Beberapa minggu menanggung sakit gg yang amat sangat mengajar aku erti kesabaran makin aku cuba semakin ianya sakit...rasa nk pendan jerr bila sekali kena...mengigil2 badan menahan denyutannya...satu malam aku mkn 12 biji ubat tahan sakit sebab sampai kol 4 pg aku masih tak boleh baring dn tidur sebab sakit yang amat sangat...Setelah makan ubat sebanyak itk aku terlelap entak pukul berapa..yang pasti aku lajak solat subuh..../blush
Bangun kol 8pagi sakit gg yang aku tanggung selama beberapa minggu ini sedikit demi sedikit beransur pulih...lantas tanpa aku sarapan pg yang dh sedia lewat tu aku teruk ke Klinik Pergigian di Klinik Mawar Duyong, Melaka./XD
.......Doc; sy nk cabur gg yang hari tu sakit sy x kira apa nk jadi..jadi lah...n tah apa tah yang aku bebelkan kat doc tu aku pon dh x ingat....
then Doc tu tanya...
......Gg awk sakit lagi tak sekarang??......
aku jawab
......Tak doc...sbb semlam sy mkn ubat tahan sakit banyak nie.....
aku bg sarung2 ubat tahan sakit yang aku makan
Doc tu terkejut..then dia ckp
.....Banyaknya awk mkn ubat bahaya mcm nie...ok awk duduk dulu...
aku duduk sambil fikir...btl kerr keputusan aku utk cabut gg nie??
umo baru 29 dh start cabut gg...sok umo 40 gg sebatang pon dh tak ada hakhak.....
Ah....rongak pon rongak laa janji x sakit n bole tido nyenyak2.../wahaha
Doc datang so aku nganga...
....auuuwwwcccchhhhh...... Sakit gak kena inject nie ek??
.....ok awk duduk dulu...
Then bila doc dtg bibir aku dh tebal semacam....
....ok kita cabut ya...bismilah....ok alhamdulilah dh siap..../hihi
ha?? kejapnya? sakit berminggu2... cet! mcm nie cabut semua pn boleh sbb x sakit..hikhikhik....
Alhamdulilah aku dh cabut gg /wahaha
so aku dh x sk gg.....
Alhamdulilah..yey!!!/XD


Wednesday, November 3, 2010

Sakit gg.. Ah....!


Dah seminggu aku menanggung sakit gg yang semakin hari semakin teruk...
Ramai pulak yang soh aku cabut gg nie.. Nie aku nk bg tau ckit..../dignose
Bukan aku tak nak cabut tapi aku dh gi dh klinik n berharap agar doc tu boleh selesaikan secepat yang mungkin sakit gg yang membuatkan aku setiap malam nangis sebab sakit gg yang amat sangat...Tapi jawapan yang aku dapat sangat memberangsangkan..../omg
'....mmg gg awk nie kena cabut..tapi kita tak boleh cabut sekarang sebab gg nie masih sakit...sy bagi awak ubat tahan sakit...bila sakit dah hilang datang secepat mungkin dan kita akan cabut gg itu...." bebel doc tu. Sebenarnya banyak yang doc tu cakap tapi aku x dengar dah sebab sakit yang aku alami sekarang buat aku rasa nk tumbuk jerr muka doc yang cute tu.../blur
Masalah yang aku hadapi sekarang sakit itu semakin hari semakin sakit n tak ada ura2 nak baik...
And... Malam nie aku makan 12 biji ubat tahan sakit yang aku beli kat kedai jerk..cam kaki tiga...itu pon cuma kurangkan ckit tak semua.../nobigdeal



(Gambar hiasan aja)

Aku rasa nk mati bukan sebab makan ubat terlalu banyak tapi terlalu sakit...dari kepala sampai ke tengkuk sebelah kiri aku semuanya sakit....

lebuh kurang mcm nie la gg aku yang sakit tu...

kekadang aku amik anak lesung tu aku hentak kat lengan aku bila lengan aku sakit...aku boleh lupakan kesakitan yang aku alami disebabkan gg... takat hantuk kepala kat dinding tu aku dh clalu buat cuma aku x cakap jerr...apa cara lagi aku nk buat?? minyak cengkih aku dh pakai x baik...tuam ngan air batu pon x jalan, bubuh garam kat lubang hurm lagi sakit ada lah bukan lagi baik... /shock
Ubat tahan sakit?? 
Bila aku tak tahan sakit aku akan terus telan pil itu...tak sanggup lagi dh....sampai tahap aku cucuk gusi yang paling dekat ngan gg agar darah yang ada disekeliling gg tu keluar...pon masih sakit lagi....
Azab..Azab nya....aduh..../please
Bila gg aku nk baik??
Bila gg nie boleh cabut??
Argh.....tensionnya aku!!!!/floor

/no /no /no


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...