seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Thursday, December 29, 2011

Angry Bird aka AB Felt

Hari nie siaplah sudah Angry Bird aku setelah banyak percobaan dan order yang aku x yakin nak pamerkan kat cni...(burukzzz gilaaaa....)

Yang kali nie..Ada la rupa ckit...huih... 

Terima kasih Mael sebab percaya kat aku dan order ngan aku....Sayang ko banyak2 hiuhiuh...

Jom layan mata...

Walau pon marah AB masih sempat pose

Sanggup AB berhimpit2 nak interframe tau...

Sampai bertolak2 pulak AB

AB**** walaupon marah sebab di bungkus tapi masih sempat posing huhih... AB..AB...

Apa pon lepas nie lebih yakin nak buat kengkawan AB nie...nantikan yaaa...

Thanks sekali kat Mael sebab sudi menempahnya...

**Saiz 5cm / 2 inc

Monday, December 26, 2011

BlueBerry Cup Cake

Petang tadi dok gunting2 kain...
Peh....punya la buhsan...
Maa pulak pegi balik pegi balik dari ruang tamu ke dapur...(yag harus melalui bilik aku..)
Adoii ai..... Naik serabut dah kepala aku..

Bukak almari ternampak telur 2 biji
toleh kanan nampak butter
bukak peti ais nampak susu segar... 
kepala ligat berfikir...
..
....
......
........
...........

Tau2 jerr mak ckp...jangan bakar kita kukus jerr...
Aku tepuk dahi..
Aaalamakk....
patutnya lepas masak letak cokelat rice..
Ah...lantak laa...

inilah hasil sebenanya sebelum di bakar...


huhuh....bila dah bakar x sempat nak amik gambarny sebaab dah habis....hiuhiuh





Semangkok Kata:
 Sedap gak aku masak....... resepinya.....aku x pasti sebb aku main tuang jerk...hiuhiuh...

Friday, December 23, 2011

Sikap dan kelakuan

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka. Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi. Si suami : Untuk apa semua itu Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya Si suami : Emmm…Baiklah Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja. Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut.. Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka.. Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti. Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. .. Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya. Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya. Si isteri : Sekarang giliran abang pula.. Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya, Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang. Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG……. Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan…







Semangkok Kata:
bezanya aku tak pernah melihat sesuatu keburukan seseoang itu penghalang untuk aku bersama dengan nya....

Wednesday, December 21, 2011

Tentang Mu


Kau maya di saat ini
Tapi kau benar2 ada di hati ku
Mengenali mu... sesuatu yang sangat istimewa
Seistimewanya diri mu

Saat kaki penat melangkah kau megiringi aku
Saat aku hampir berhenti kau dorong aku agar terus berjalan walaupon lambat

Semua itu membuatkan aku ingat
Ingat yang aku tidak sendiri
Ingat saat aku sepi kau sentiasa menemani
Sehingga terbitlah sebuah senyuman...
Alangkah bahagia...

Namun....
Saat senyum mula melebar...
Saat hati mula berkembang
Aku lupa satu perkara
Kau adalah maya saat itu..

Andainya kau adalah nyata
Aku terlalu ingin menatap mata mu
Senyum bibir mu
Yang selalu menemani kesedihan dan kesepian ku

Kerana bagi ku kau terlalu indah..
Kerana kau aku mampu mengorak langkan
Kerana kau aku mampu mengorak senyum
Tanpa ada beban dan kesedihan juga kesunyian

Andai masa tidak mengizinkan...
Aku mahu dia tahu
Betapa aku sangat mengaguminya...
Dan semoga semuanya tidak akan pernah memudar
Dan terus mengingatinya...




Semangkok Kata:
.....

Tuesday, December 20, 2011

Aku Dan Dia..

Aku tak punya apa-apa
Aku hanya wanita biasa...
Yang hanya tahu menumpahkan air mata
Hanya kerana DIA..


Kerana sayang,
Kerana rindu,
Rindu yang amat sangat..
Maka hati menjadi pilu
Mengapakah DIA


Ya Allah,
Kurniakan sejuta kesabaran untuk ku
Berikan aku semangat untuk menjaga hati dan cintanya,
Disaat susah senangnya dia,
Di saat dia masih memerlukan cinta ku,
Di saat dia memerlukan cinta sejati seorang wanita seperti aku
Di saat dia tiada tempat mengadu, juga pelukan manja
Di saat dia perlukan teman untuk berbicara
Dan di setiap saat aku mahu bersama dia


Walaupun hatiku pernah terluka
Aku tetap mahu bersama dia
Dan aku tak kan sesekali tinggalkan dia
Malah takkan lepaskan dia
Malah aku berjanji akan menjaga dia
Hanya ALLAH yang Maha Mengatahui
Kerana ALLAH lah yang mempertemukan aku dengan dia






Semangkok Kata:
Mampukah aku mempertahankannya?.....

Monday, December 19, 2011

Terima Kasih Maa..

Sejak berhenti keje banyak duit keluar mcm air... Keje tak dapat2 gak...


Bila badan dah terlalu penat tekak mula menyalak mintak dibasahkan.. Toleh kanan hurm...ada pulak warong mamak... aku berjalan dengan penuh ketidak ayuan...pasal dah selipar yang aku pakai dah haus tapaknya..

Lepas minum bingkas round2 carik lerja lagi.. Hari nie cuaca sangat baik sebab mendung tak hujan dan tak terlalu aas dengan berbekalkan 5  set sijil2 photostat aku singgah dari satu tempat ke satu tempat dan berharap akan adalah kerja yang dapat ku lamar...( Tu lah dulu maa soh belajar lari ikot pagar... Padan muka aku!!!)

Jalan sangat licin semua membuatkan perjalanan ku menjadi 3x lebih lambat becak sana sini... Semoga aku mampu menukar kau wahai selipar..

Hari dah merangkak petang tapi aku masih tak mampu melamar sebarang kerja...hurm....Badan dah sakit-sakit..
Lantas aku terus berjalan ke bus stop... Nah...nasib aku baik dapat bas cepat... Baik aku balik dan semoga ada rezeki aku untuk hari esok...

Sampai rumah....
Terlihat aku sepsang kasut dihadapan pintu bilik ku...
Cantik....
...."..bahaya pakai selipar tapak dah haus...tu maa beli kasut murah jerr RM10.00 nampak la kemas kalau pakai nak cari kerja...."
Aku tersenyum...Terima kasih maa...
Cepat aku berlari masuk ke bilik... Air mata ku jatuh menitik..
Dalam usia 30an Maa masih mahu membelikan aku sepasang kasut walaupon hanya berharga RM10.00 tapi nilainya sangat tinggi pada ku kerana kasih seorang ibu terhadap anak yang sudah berusia seperti aku...

Terima kasih maa...
Semoga satu hari nanti aku mampu membalas budi nya... dan semoga aku tak lupa akan kasihnya seorang ibu pada anaknya...sangat tinggi malah terlalu tinggi untuk dijunjung...









Semangkok Kata:
Sempatkah aku??

Tuesday, December 13, 2011

Mengarutkah Aku? EP-1

Salam buat pembaca sekalian...

Baru2 ini aku telah pon kehilangan kerja atas sebab2 tertentu... tapi yang aku pasti sebab nya adalah putus asa... owang puteh cakap giveup! kehkeh....
Nampak mcm aku gembira sebab berhenti kerja tapi dalam hati aku jer tau sebab itulah tempat keje yang paling aku suka dan sayang... Nak buat cm na lagi kan?? kenalah terima...

Maaf kalau aku tersalah cakap tapi kebanyakan melayu kita bila dilambung ombak di duga sedikit hati mula goyah dengan tawaran lain padahal mada mulanya tujuan asal kita masih nak mengukuhkan sesuat empayar itu...
erm.... tak faham kan??

Aku bercakap tentang budaya kita...ya...budaya melayu yang mudah putus asa, tak mahu bersatu padu...
Ini pandangan mata aku... bukan aku memandai sebab aku pon mungkin salah seorang dri nya tapi mungkin sedikit kata aku ini lain dari adangan mereka ataupon sama...erm... apa pon aku terasa nak meluahkan kat cni...
Kenapa bila kita berniaga awal mula kita bersatu padu...bergabung tenaga...
Mendatangkan keuntungan
bila keuntungan meningakat dari hari berganti hari minggu berganti minggu bulan berganti bulan....
belum setahun kita cuba kembangkan perniagaan kita 
kita cuba sesuatu yang baru untuk menambah keuntungan kita...
dan kita naik...naik....naik....hingga masuk ke tahun ke tiga...
saat kita berganding bahu teringin pula nak cuba sendiri mengaut keuntungan yang sedia ada hanya untuk diri sendiri dan kita lupa (apa yang penting kerjasama....)
bila kita jatuh
kita akan jatuh sejatuhnya...
sebab kita pentingkan diri sendiri..
Lantas kita terlalu takut untuk mencuba sekali lagi 
akhirnya...
kita berputus asa...

Mana hilangnya teman yang sering membantu kita sama2 naik?
Zaman sekarang dari 10 teman yang sama2 susah naik bersama dan berpcah hanya 9 orang yang pastinya bertepuk tangan dengan kejatuhan kita dan yang 1 lagi hanya bersimpati... Tak mampu melakukan apa2... membantu tidak... apatah lagi berusaha menyedarkan teman yang 9 lagi saat mereka susah bersama2....
Dan..
..
...
....
yang menjadi mangsa keadaan adalah...
AKU...
yang telah kehilangan pekerjaan di saat sekarang susah sangat nak mendapat pekerjaan dengan usia aku yang semakin meningkat dan belajar kurang lah pandai...
Tapi....
Aku pasti saat bos aku jatuh pasti satu hari bos akan bangun semula dan mencari semangat baru...

Kepada 9 orang teman yang sama2 membangun naik bangga dengan kejayaan mereka...korang mmg teman sejati...
dan yang 1 bersimpati.... Jangan terus bersimpati tapi beri semangat kerana 10 orang yang sama2 naik tak mustahil akan mengalami apa yang bos aku rasa...

Semoga melayu tak mudah dibodohkan oleh kebodohan sendiri kerana punyai sifat tamak dan dengki sesama sendiri..

dan aku?? masih terkebil2 waktu malamnya menjahit dan menjahit...
berfikir dimana kesilapan kita
berusaha untuk memajukan diri dan kehidupan keluarga...

Semoga ada yang memahami apa yang tersimpan dihati ini...






Semangkok Kata:
Mengapa kita masih disini?....^____^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...