seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Wednesday, December 21, 2011

Tentang Mu


Kau maya di saat ini
Tapi kau benar2 ada di hati ku
Mengenali mu... sesuatu yang sangat istimewa
Seistimewanya diri mu

Saat kaki penat melangkah kau megiringi aku
Saat aku hampir berhenti kau dorong aku agar terus berjalan walaupon lambat

Semua itu membuatkan aku ingat
Ingat yang aku tidak sendiri
Ingat saat aku sepi kau sentiasa menemani
Sehingga terbitlah sebuah senyuman...
Alangkah bahagia...

Namun....
Saat senyum mula melebar...
Saat hati mula berkembang
Aku lupa satu perkara
Kau adalah maya saat itu..

Andainya kau adalah nyata
Aku terlalu ingin menatap mata mu
Senyum bibir mu
Yang selalu menemani kesedihan dan kesepian ku

Kerana bagi ku kau terlalu indah..
Kerana kau aku mampu mengorak langkan
Kerana kau aku mampu mengorak senyum
Tanpa ada beban dan kesedihan juga kesunyian

Andai masa tidak mengizinkan...
Aku mahu dia tahu
Betapa aku sangat mengaguminya...
Dan semoga semuanya tidak akan pernah memudar
Dan terus mengingatinya...




Semangkok Kata:
.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...