seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Sunday, January 15, 2012

Kain Flannel Woiii.....

Salam semua pembaca...

Hari tu aku bz sangat ngan bilik yang tunggang langgang so nak siapkan order lagik sungguh kelam kabut sampaikan time order kain pon aku main order jer tak tengok warna betul2

Apa pon kain semua dah sampai dan yang paling best sampai serantak....so n3 kali ie aku buat pon serentak gak lah...senang ckit tak tekejar2 waktu nya...

First aku nak say terima kasih kat Sis Noie Craft KLIK cni untuk terus ke FB nya atau KLIK cni untuk ke blognya.

Wlaupon aku cuma order 3 warna kain tapi puas hati jumpa gak idaman hati aku....jom usha warna apa aku tembak....


Dah bukak baru nak snap gambonya kikiki...(Rakus..)


HIJAU MUDA
KUNING, 
DAN PINK LEMBUT....

Terima kasih Sis...saya suka kain2nya...lain kali saya order lagik ye...

Dalam pada aku dak mencari kain warna merah terjumpa pulak sorang lagik yang menjual kain Flannel nie.. dan kat dia stok banyak ckit...

Terima kasih kat Fnh CraftCollection KLIK cni untuk terus ke FB nya. Untuk blog aku tak pasti..nanti aku update lek kalau ada...
Dan kali nie aku langar enam warna sekali gus kikiki.....
Jom usha dulu...


Corver kerakusan membuka bungkusan snap dulu


Notis: Dijumpai terbuka dan terkoyak dan dibungkus secara rasminya...


Ginilah kekoyakannya... <---- Ayat hancusss...


BIRU LAUT
HITAM, 
PINK
PINK PEKAT
HIJAU PEKAT
MAROON 
DAN BIRU GELAP

(yang mana satu warna yang aku tak order pon aku tak tau dah...) semua sama jerk.. hiuhiuh pasal kain yang satu lagik nie aku sudah bank in duit genap x ada 2-3 hengget nie maklum la aku cuma ada bank ASB ngan BSN jerk kikiki....

Apa pon thanks dik...Oh ya bungkusan awk tu nipis sangat so kain2nya terkeluar so abang posmen kita dengan baik hatinya membungkus balik dengan pelastik yang bapak punya besar..mcm perli jerk..hiuhiuh...Thanks Abang Posmen yang suka sangat hantar barang ke rumah aku sampaikan dia ckp kak...lain kali order lagik yerr....adoi ai aku pulak termalu kikiki (apa motif malu aku pon x tau kikiki...)

Thanks kat korang yang larat melayan aku yang sewel ada kalana membeli barang ngan korang....kain t buat masa nie dok tido dalam almari...
Dan kepada sesiapa yang sudi mengorder kain ngan saya...sila emailkan detail design korang kat email aku nazariahmohdmurad@gmail.com untuk sebut harganya ya....

salam sayang buat korang semua....





Semangkok Kata:
Mak cakap aku dah gila beli kain banyak2...kikiki.....

Friday, January 6, 2012

Masam Manis Ikan Talapia....umph..........

Jejejeng!!!!...... 

Salam sayang buat pembaca yang sudi menyinggah kemari.....
Hari nie aku nak cerita resepi masak ikan talapia lak.... Owh...korang dah pakar yek?? baguslah mcm tu..tapi kali nie aku menulis sebab ada permintaan dari rakan blog dan fb mcm mana nak masak masam manis ikan talapia..

Semalam aku adalah masak ckit buat makcik dan pakcik aku yang datang dari muar tu menjamu selera... So adalah aku amik gambarnya....

Pada yang masih belum tahu bagai mana untuk memasak masam manis ikan talapia yuk....jengah resepi ini....
Harap ianya dapat membantu anda semua....


Bahan-bahan ( 4 org )

  • 2 ekor ikan talapia saiz kecik
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 bj lada merah
  • 1" halia
  • 1 btg carrot
  • 4 potong nenas ( dlm tin )
  • 1 bj capsicum hijau
  • 4 btg jagung ( dlm tin )
  • 1 bj bawang besar
  • 5 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam dan gula
  • serbuk kunyit
  • 5 sb tepung jagung
  • 2 sb minyak masak

Cara-cara

  1. Sediakan kuali besar,masukkan 5 cawan minyak masak. Panaskan kuali hingga minyak betul2 panas. Sementara itu sediakan ikan.
  2. Ikan_talapia_sweet_sour_001
     Ikan dikelar, dilumur garam & serbuk kunyit. Lumurkan pula dengan tepung jagung hingga menutupi semua ikan. Goreng ikan dgn api besar hingga ikan agak garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Carrot dipotong memanjang, capsicum dipotong dadu besar, bwg besar dipotong bulat & tebal, nenas dipotong 6 setiap keping, jagung dipotong serong dan halia dipotong memanjang
  4. Kisar lumat bwg putih,bwg merah & lada merah. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bhn kisar dan halia selama 5minit.
  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebentar dan masukkan air. Biar mendidih.
  6. Bila mendidih masukkan gula & garam. Masuk pula carrot,jagung,capsicum,nenas dan bawang besar. Biarkan selama 5minit.
  7. Rasa masam manisnya, bila dah ok padam api dan curahkan sos atas ikan yg dah digoreng tadi.
  8. ** Kuahnya cair sedikit, bila dah bercampur dgn ikan, ia akan pekat dgn sendirinya sbb ikan disalut dgn tepung jagung **





Semangkok Kata:
Tetiba lak dah masuk bidang masak memasak nie... Ape ke hal???

Sunday, January 1, 2012

Doa ku mengirimu....

Salam semua pembaca yang disayangi..

Sebelum aku memulakan cerita ingin sekali aku mengicapkan selamat tahun baru 2012. Semoga tahun 2011 memberi sejuata kenangan buat korang, yang bak dijadikan tauladan dan yang tidak kita jadikan sempadan... Apa pun yang berlaku dalam hidup kita semuanya telah tertulis dala hidup kita dan yang semalam itu sebenarnya adalah kenangan yang tidak ternilai dalam hidup kita... /nobigdeal
Semoga korang semua tabahlah dalam menghadapi tiap dugaan hidup dan yang punyai kenangan manis pasti tak bisa melupakan kenangan sedemikian....apa pon... Semoga impin korang tercapai dan kalau yang belum tercapai pastikan tahun ni kita bisa menggapainya... /xd

Pagi tadi kami dikejutkan dengan kabar yang sangat sedih....

Nenek yang kami sayangi telah pon pergi menyahut panggilan ilahi.... Kamariah Hj. Hussein atau lebih dikenali dengan nama Nenek Antin adalah kakak Arwah nenek aku yang bernama Dariah Hj. Hussein selepas nenek aku pergi kami sekeluarga menumpang kasih Nenek Antin...

Teringat lagi kata2 nasihat dari dia...senyuman dia serta keluh kesahnya....

Kenangan itu sangat bermakna dan masih terasa kehangatan pelukannya..... /please Ah... Muangkin selepas ini tiada lagi pelukan serta ciuman hangat di pipi ini setiap kali bertemu.... /no

Semoga Nenek Antin di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman serta di limpahi rahmatnya... Terima kasih atas kasih sayang yang melipah ruah buat kami sekeluarga... Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Nenek di sana... Kami sayang sangat nenek... Semoga Nenek tenang di sana.... /no
Al-Fatihah.....

Arwah Nenek bersama adik aku Ct

Inilah rumah yang memberi sejuta kenangan buat kami sekeluarga menumpang kasih....





Semangkok Kata:
Sob..sob... /no
Rindu nenek...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...