seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Saturday, October 30, 2010

Mengapa cinta itu sukar dimengertikan???



ketika kau datang mengisi hari hariku...
aku merasakan kekuatan untuk menjalani kehidupan yg terlampau ku jenuh...
kau menghiba dg ketulusanmu...
memberi warna di kegersangan kehidupanku..


Bila menyintai seseowang kita sukar memberi tahu bagaimana rasanya...
Adakalanya senang..tenang..damai.. Dan ada kalanya sukar...sakit....ah sukar dimengertikan...

Menyinati itu kadang kala membuat kita merindui..rasa sangat memerlukan..ingin diperhatikan..malah ada pula rasa marah, sakit, geram, dan.....ah aku pon tak tau nk katakan bagai mana..

Bagaimana untuk coba kita lepaskan rasa itu....
Ahh....
terasa berat...namun meringankan...
benci tapi sayang
sakit malah menyenangkan...
rasa buta tapi itulah pandangan...


pernahkah kita cuba untuk menjadi mimpinya?
yang cuba menjadi bintang agar dapat menyinarinya?
menjadi embun yang boleh menyejukkan hatinya??

bila menyintai..kita mampu menjadi apa saja tak kira bulan, matahari, bintang sekalipun.. sebab kita tahu kita mampu menyintai sebanyak itu...dan hati kita sentiasa merelakannya..


Apa yang sedang aku fikirkan?
mencari sebuah jawapan pada soalan yang entah sukar untuk aku mengertikan...


Salam sayang dr ku.../XD

Friday, October 29, 2010

Lagi tentang Anna

Tentang Cinta
 Sajak Puisi Adriana 

(teratak anna abad)



Menyintai Tidak Bermakna Memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng
menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan


Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki...

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah..
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali


Nukilan asli:
Anna Abadi
~suatu tika dulu


/no

Windoo Anna!

Pemergian Allahyarhammah pada tanggal 26 dec 06 

Teratak Anna Abadi adalah sebuah forum yang popular disekitar tahun 2002 sehinggalah 2006 kalau tak silap. Ianya dihasilkan oleh Allahyarhamah saudari Anna. Aku sendiri tidak mengenal arwah kerana aku lebih kepada pelawat dan pemerhati di forum berkenaan. 

Forum itu lebih kepada cerita cinta, madah dan puisi. Forum itu memang popular dan mempunyai peminat tersendiri. Malah aku juga tidak terkecuali. Aku dahulu sering mengambil madah cinta dari sana dan publishkan disini. Ini antara madah yang ku ambil 

Mungkin Tuhan menginginkan 
kita bertemu dan bercinta dengan orang 
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti 
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. 

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan 
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. 
Cinta 
bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta 
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta 
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka 

Sungguh menyakitkan 
mencintai seseorang 
yang tidak mencintaimu, 
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang 
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. 

Rupanya laman yang aku cari selama ini telah ditutup sejak Arwah Anna pergi menemui penciptanya... 
Forum Teratak Anna Abadi ditutup sebaik kematian pemiliknya. Penutupan forum dilakukan oleh rakan rakannya diatas permintaan arwah sendiri 

Kerana itu anna telah meninggalkan pesanan kepada kawan-kawan anna. Nak dikatakan wasiat agak kelakar pula, tetapi ia tetap pesanan yang wajib ditunaikan oleh kawan-kawan anna jika anna ditakdirkan pergi dahulu. 

Pesanan anna…tutuplah hompej anna. ..tutuplah blog anna…tutuplah Teratak dan segala-gala perkara yg melibatkan anna di internet. Buanglah semua gambar-gambar anna yg tersimpan di chamber rahsia yg hanya diketahui teman-teman rapat. Buanglah puisi-puisi anna kerana anna tidak mahu kawan-kawan anna bersedih dgn apa yg anna tinggal. Hilangkan semua jejak anna di alam maya yang tidak bertepi ini. Mereka tahu password anna. Password anna hanya satu utk semua perkara. Anna tidak pernah mengubahnya sejak pertama kali anna mengenali apa itu password di alam maya. Password itu tetap sama dan ada makna tersendiri. Mereka adalah kawan-kawan anna yang anna percayai dan anna tahu mereka tidak akan mengecewakan permintaan anna. 

Anna tidak mahu website anna tergantung-gantung di maya selepas ketiadaan anna. Anna telah banyak melihat website dan blog yang ditinggalkan sepi oleh pemiliknya yang sudah kembali kepada Tuhannya. Dan tahun ini saja sudah ada 2 teman blog anna yg deceased. Salah satunya blog teman blogger anna, misznana yg telah kembali ke rahmatullah. Blognya tergantung begitu saja tanpa ada sesiapa menutupnya. 
Al-Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman... Amin.... 


Mengapa aku masih merinduinya?..... Aku pon tak pasti...
Semoga tenang di sana nanti....

sebak rasanya hati ini..... 
mUcH lOvE bEbEh! 




Monday, October 25, 2010

Selamat Hari Lahir Aku!

Selamat Hari Lahir untuk Aku!
Tak sangka rupanya aku dh tua...29 Thn tu...
Abis?? nk tunggu apa lagik??
Kena la tunggu sampai ada hiuhiuh/wahaha
Tunggu apa?? 
Korang rasa apa?
Kawen la tu... hahaha.../wahaha
Aku bg tau sekarang..Dia perlukan masa untuk capai apa yang satu ketika dulu dia tinggalkan...
Mungkin ada yang cakap sampai bila?
Jawapan aku...
Kalau jodoh tak akan kemana...
Aku tak boleh nk bagi apa2 jawapan tapi aku pasti satu hari nanti pasti ada untuk aku..
So..../nobigdeal
Semalam 24/10 genap umur aku yang ke 29 Thn..
So
 Maknanya tahun depan bye..bye../bye umo 20an
And
Selamat datang ke dunia 30an..
Dunia yang penuh dengan cabaran yang aku tak pasti bagaimana..dah aku berharap aku mampu untuk menghadapi semua cabaran dan dugaan yang telah disiapkan untuk aku..dan sudah masanya untuk aku lebih matang dalam membuat sebarang keputusan yang bakal aku hadapi....
Wah....../blush
Sangat takut maaa...../please
Harus tempuhi.... semoga aku sukses untuk menghadapinya..../XD
Thn kebelakangan nie aku sambut besday sengsowang...nk tau aku samput ngan apa??
jalan2 ke tesco tapi jalan2 jerr..x kuar pon....
sebab bukak beg nie jerr tinggal
so....aku tgk jerr la pokok nie...sbb pokok nie lebih tua dr aku n dia sambut besday dia kat tepi jalan jerk....so aku kira ok laa sbb aku sambut besday kat umah...x panas..x ujan...walaupon ianya sangat membuhsankan yek cek pokok..hahahaa/wahaha kau lagi tua dari aku...apasal kau x kawen2 lagik cek pokok??

ahakz....selamat hari lahir aku...!/bye



Friday, October 22, 2010

Semoga kau baik2 saja Taro!

Dah banyak hari aku dok pk apa yang aku perlu buat? Sampailah semalam aku buat gak...
Aku ada sahabat yang boleh dikira rapat n sangat dekat ngan aku walaupon aku ngan sahabat aku nie cuma jumpa sesekali nk berhubung dialam maya..kalu jumpa takat minum2 tapi dia dh aku anggap mcm adik aku..
tiap kali kami keudara di alam maya..aku dan dia celalu gak cerita tentang masa depan, masalah masing2, cinta, atau apa saja yang berlaku antara kami....
Dn apa yang akan jadi kalu antara aku dn sahabat ku ini tiada salah seowangnya..
Untuk pengatahuan semua sahabat aku ada sakit jantung dan sekarang sedang betarung nyawa dengaan penyakit kanser hatinya yang sudah sampai ke stage-3.
Hari nie gak adalah hari dia dia kena amik air dari tulang sum-sumnya...
aku jadik tak tentu arah dibuatnya..
Ya Allah... selamatkan sahabat ku...cuma dia saja yang aku ada..
Semalam aku cuba gembirakan dia tapi dia asyik menangis jerr ckp kalu dia tak ada mcm mana ngan aku nanti??
Ohhh......Berat sungguh penderitaan yang sedang dia tanggung tapi aku?
puas aku ckp jgn putus asa...
Kuatkan semangat...
Sbb
Aku sentiasa ada dibelakang dia yang selalu meniupkan api kemangat...
Masih terlalu awal...
Dan aku masih perlukan dia disisi aku...
Walaupo hanya sebagai sahabat....
Ahhh.....jam menunjukkan 3:02PM
Kabar yang aku nanti dari subuh tadi masih tiada...
Taro, Taro nama panggilan untuk sahabat ku yang suka sangan pada cerita hamtaro...
Taro nama panggilan untuk seorg insan bernama Siti Raudhah...
Semoga kau kuat untuk mengahapi semua dugaan yang menimpa dan aku sentiasa mendoakan agar kau sihat...sayang ko taro...
Aku sentiasa ada bila kau perlukan aku....
Ya Allah ! kau hilangkan segala penyakit yang dia tanggung selama ini...Aku rela jika Kau perlukan pengantinya aku rela menggantikan diri ku agar sahabat ku terus sihat dan gembira dengan apa yang dia ingin capai selama ini...Berilah kesempatan untuknya Ya Allah...Hilangkanlah penyakitnya...
Aku tak sanggup melihat dia merintih kesakitan setiap kali ianya menyerang....
apakah aku kuat untuk menghadapi semua ni??
klik sini
Lagu ini khas untuk ku wahai sahabat...
kerana aku sangat memerlukan mu...

Faizal Tahir - Hanyut



Sunday, October 17, 2010

Pengajaran buat mu wahai adik...

Pagi tadi sekitar jam 5.24 pagi.
     Adik aku yang keluar jumpa kawannya dari semalam baru balik dalam 5 minit dari waktu kejadian. Dihantar oleh seowang lelaki yang tidak dikenali kami.
5 minit kemudian lelaki yang menghantar adik aku tadi patah balik..../omg
Maa mmg x suka kalu owang lelaki yang tak dikenali datang kerumah pada waktu2 itu ataupon pada waktu malam... Kerana kami yang ada dirumah semuanya perempuan tiada lelaki...Nasib baik kebetulan Along tido umah so pagi tadi Along ada dirumah... Ada lah jugak yang boleh cover kami yang perempuan2 nie.../hahaha
     Nak dijadikan cerita...mak bukak pintu pada 5.24am lalu bertanya "yerr....cari siapa?" Lantas dak lelaki tadi menjawab... "...e...a ada?". Maa tanya lagi "...kamu nie siapa?" Jawab dak lelaki tadi "sy kawan e...a, sy nak mintak balik hp yang dia amik tadi...."/omg
     Hah... tu dia yang semestinya menaikkan kemarahan maa. Apa lagi maa masuk bilik dan suruh Adik keluar.
Bila adik keluar dan ckp dia x amik budak lelaki tu seboleh2 ckp yang si adik amik... Maa yang x mahu jiran2 keluar dan kecoh mula menyuruh dak lelaki itu balik...tapi budak lelaki itu berdegil dan berkeras mahu tunggu atau menyuruh si adik memberikan hpnya kepadanya..../nobigdeal
     Bila Along masuk campur tangan along soh budak lelaki itu balik tapi budak tu tak mahu, aku suruh maa amik al-Quran dan suruh dia pegang Al-Quran itu jika dia bercakap benar tapi dia enggang dan memberi pelbagai alasan...Bila Along malas nk layang dan mula mengunci pagar dia masuk kereta sekejap kemudian keluar dan menuduh Along mengambil kunci keretanya pula.... /omg
     Orang jenis apakah dia ini? Yang suka menuduh tanpa usul periksa... dari situ aku dapat membuat kesimpulan yang dia memang sengaja nak mengenakan adik(bila Along suruh dia carik betul2 kunci kereta hah jumpa pulak...) so tak salahkan kalu aku katakan kalu dia tersalah letak hpnya itu??/dignouse
     Disebabkan budak lelaki ini tidak mahu berganjak dari situ Along membuat keputusan dan Along menghubungi Polis... Sementara menunggu kedatangan polis tiba2 budak tu nk blah mcm tu jerr..... bila Along ckp jgn gi mana2 dia kelam kabut start kereta dan blah.../omg
     Polis sampai tapi budak tu dh blah...pegawai yang bertugas tu bg tau kalu dia datang lagi we ols perlu hubungi pegawai tadi...dan dia akan datang seberapa segera.../nobigdeal

p/s: buat adik...ingatlah kadang kala apa yang kita halang itu ada sebab nya...terlalu bebas tidak akan mendatangkan apa2 yang berfaedah..bukan semudah itu juga utk kita mempercayai seseorang itu...kena amik tahu asal usul seseorang kawan itu...tapi bukan hal peribadinya..ingat..../please
Jadikanlah ianya sebagai satu pengajaran pada mu wahai adik ku....
Bila kami membebel itu tandanya kami masih mengambil tahu tentang diri mu tapi jika kami diam tidak bermakna kami tak sayang...tapi kami hanya memerhatikan sejauh mana kamu mau pergi....
sayang kamu adik!

/XD /bye /bye /bye

Saturday, October 16, 2010

Pergilah...

11-10-2010 Isnin,


‎11 Oktober 2010: Perginya Puan Hajah Kalsom bt. Mohd. Zin menghadap ilahi. Semoga pemergiannya rohnya ditempatkan dikalangan org-org yg beriman. terima kasih Atok!.... Pesanan mu itu akan selalu ku pegang dan akan selalu menjadi ingatan dalam diri ini...

Al-Fatihah....
Semoga rohnya ditempat orang yang beriman....Amin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...