seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Friday, April 27, 2012

Hadiah Untuk Pengantin

Salam semua...

Hari nie x tau nak cerita apa dok penat buat bantal n keychain2 adik2 sekolah..walaupon dalam kuantiti yang sedikit tetapi still dikatakan ada n Alhamdulilah aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasa rezeki yang aku cari sendiri, dan aku harap aku akan tetap mampu berdiri dengan hasil tulang empat kerat aku sendiri..InsyaAllah...

Hari nie aku nak tunjuk hadiah aku untuk pengantin baru yang pernah menjadi kawan satu kilang masa keje dulu... Kenangan yang paling tak dapat aku lupakan dan rasanya sampai sekarang aku masih merindui saat-saat gemilangnya keje di kilang dulu...

Untuk Kecik (NURUL)
Selamat Pengantin Baru..
Semoga kamu menjadi insan yang lebih matang dalam menjalani bahtera rumahtangga..
Semoga kamu dan suami akan sentiasa berkekalan sehingga ke akhir hayat dan mempunyai cahaya mata yang comel-comel seperti kamu jua..

Inilah penghasilan cartoon comot yang dilukis oleh adik aku... then aku tekap kan jerr hahaha...Hamik ko..


Inilah kad yang telah melayang masik dalam peti surat aku..
(padahal dekat jerr satu negeri lagik)
Apa pon terima kasih sebab ingat akak yerr...


cute kan kadnya??


Dah macam Report Card masa sekolah dulu kan??


sangat cute kan kadnya??

nanti nak kawen nak buat la tapi pakai design buku leger
tak pon buku graf hahaha
ish...betul keh aku eja nie??


Tu dia bantal dah siap YeY!!!


Tengok nama pengantin lebih besar dari ucapannya hahahah...


Apa pon Selamat pengantin baru....

Pengantinnya tunggu N3 seterusnya setelah aku menghabiskan nasi2 minyak dia...Tunggu....aku bawak satu lori makan kenduri nanti kehkehkeh....



Semangkok Kata:
Bahagianya rasa....Mcm aku lak yang nak kawen nie erk!!!

Monday, April 23, 2012

Kenangan

Salam pembaca semua...


Teringat pula aku pada kenangan yang lama...
Kenangan yang aku kira banyak mengajar aku tentang cinta, kesetiaan dan buat aku lebih mengenali apa itu kesabaran..

Tak sangka kerana terlalu setia semua itu kadang2 buat aku rasa bodoh..
Tapi aku bersyukur 12 tahun tempoh yang sangat lama, terlalu banyak yang aku belajar dan jalani dalam kehidupan ini..
Membuat aku lebih mengenali diri aku sendiri... 
Alhamdulilah aku bersyukur kerana Allah mengenalkan aku dengan seseorang yang sangat istimewa dalam hidup aku..


Terima kasih cinta... 
kerana pernah hadir dalam hidup aku dan sentiasa menemani aku..
mengajar aku apa itu kehidupan
memberikan aku rasa kasih dan sayang
menjaga aku
menjadi penghibur disaat aku kesedihan...
bila aku kehilangan kau sentiasa ada
tak pernah sekali kau membuat aku menangis...
sentiasa membuat senyuman ku terukir saat kita saling berhubung
menjadi pendengar setia pada cerita2 remeh aku
menjadi penasihat disaat aku jauh hanyut dengan kehidupan yang sangat membingungkan
menjadikan aku lebih baik dari sebelumnya..

Tipu kalau aku tak jumpa orang lain setelah kamu...
2 tahun aku cuba
cuba setia pada cinta semula
dan yang aku rasa sakit sangat dalam hati..menghiris sehingga aku rasa aku dah penat
sebab dapat seorang yang sangat setia dan patuh pada orang tuanya...
Dalam kesakitan aku terpaksa lepaskan walaupon sebenarnya aku masih memerlukan cinta itu
.......
......
......
atau...
mungkin sebenarnya masalah datang dari aku sendiri..
sebab aku tak mampu melupakan cinta kamu...

ahhh....

mengapa kenangan itu sangat menyiksakan...
apa nak jadik ngan aku nie??
rindunya....

Kenapa bila orang tanya aku marah?? sedangkan aku rindu?

Hmmmm..... apakah aku lebih baik begini? sendiri? 


Ya Allah...kuatkan hati ku...agar aku dapat simpan kenangan ini serta rindu yang dah berlapuk2 nie dalam hati aku. 
Pelihara aku..kesihatan serta limpahkan aku dengan rezeki Mu Ya Allah..agar aku dapat menjaga Ibu serta adik2 ku 
Mungkin ini yang Kau mahu dari ku... Dan aku rela... Dan jadikanlah aku hamba yang tidak pernah putus bersyukur dengan apa yang pernah Kau berikan pada ku......



Semangkok Kata:
Hidup perlu ada kenangan...kerana kenangan itu yang akan mengajar kita akan erti kehidupan di bumi Allah ini...

Friday, April 20, 2012

Keychain lagik!

Salam pembaca semua...

Hari nie sebenarnya mood aku sangat baik kalau boleh dari pagi tadi aku dah post blog banyak2 hiuhiuh

so hari nie aku buat keychain lagik...

yang pelik kenapa keychain aku gambar belakang jerr dapan x ada?? hiuhiuh bukan pelik keychain nie readymade so aku nak memperkenalkan pen yang bleh conteng2 di atas kain or felt yang telah korang buat...

dah..dah...malas nak cerita jom kita usha sat....







Kalau ada yang minat nak beli boleh lah terus ke fb aku Dinaz Collection untuk tau lebih lanjut tentangnya :)



Semangkok Kata:
Aku terasa nak supply barang2 kraft laa... apa kata korang?? ada cadangan?? :)

Sunday, April 8, 2012

Perempuan

Salam pembaca semua.....

Hari nie aku ada terbasa kata2 yang aku rasa sangat berkesan terhadap kaum bernama wanita....

Jom usha

Gambar hiasan sumber dari cik google


kasihan seorang perempuan.


diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.

kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.

berhijab-- tak cukup labuh.
tak tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu lelaki.
curang-- dicanang keji.

terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.

orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.

aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.

***********************
Gambar hiasan sumber dari cik google

kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma hendak keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah. 
beri nasihat itu ini pada wanita--
tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.

"abang hendak saya jadi apa?"

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mestilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

**************************
Gambar hiasan sumber dari cik google

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

***********************
Gambar hiasan sumber dari cik google

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.

Gambar hiasan sumber dari cik google





Semangkok Kata:
Apa pendapat korang??
Tepuk dada tanya selera....

Friday, April 6, 2012

Hampa


Salam All.....
Nak bagi tau aku sedih....
Mcm tak sedih kan.... sini hah dalam hati....
Sedih sebab apa yang aku rancang semua x jadi...

Baru2 ini aku pernah carita dalam cerita 2 minggu pasal karnival yang aku sertai bagi memperkenalkan barang2an kraft felt yang aku buat dengan penuh keikhlasan lagi penuh kasih sayang untuk dijual di booth pada 1 April 2012 tempoh hari...

Amat menduka citakan sekaligus membuatkan rasa nak menangis hari tu gak....

salah satu sebabnya...

Meja aku telah di ambil oleh orang lain....

Aku terpaksa tggu meja lain dan meja aku terpaksa letak belakang meja orang lain..
(kalau org tgk dr dekat, meja depan...meja aku mcm meja tambahan yang telah di anak tirikan...

Orang x masuk pon singgah sebab tempat tu sempit 
( Di antara 2 meja orang, aku kat belakang dan ditengah2 kesibukan tuan dari meja depan..)


Dan paling sedih YB yang bagi anugerah untuk booth Karnival yang di anjurkan oleh Puteri Umno bahagian langsung tak singgah bagi anugerah or apa2 penghargaan kat aku sebab orang yang jadi penganjur yang uruskan karnival tu langsung tak memperkenalkan barang2 aku pada beliau....

Memang aku tak puas hati....

3 minggu aku hanya tido 2 hingga 3 jam hanya nak menyiapkan barang2 kraft aku tapi mcm tak dihargai langsung...

Mcm mana kita nak maju? kalau bangsa kita asyik dok tindas kita...tgk mcm cina kalau nak amik bantuan pakai kereta mewah pon dia ajak mohon tapi kita baru pakai kancil sibok cakap makcik tak layak amik bantuan...sebab makcik sokong pati lain..makcik pakai kereta kancil....tau2 masa nak amik bantuan tu dia adik beradik sepupu sepapat sedara mara dia yang dik bawak kereta sport dok terima bantuan...kita?? dok telan ayak lior....

Hehehehe..... Ada yang terasa kerr??

Aku lagi terasa....

Nasib baik ada makcik2 aku yang clalu sabarkan aku pada hari tu....

"...x perr sabar....bukan rezeki kita......

Aku sabar tahap ketap2 gigi dah....

Balik dari Karnival aku mogok kecewa tahap gaban tido 3 hari tanpa bangun2....sampai la sakit hati tu hilang dan hati nie ada kekuatan baru aku bercerita....

Tapi aku bercerita bukan sebab dendam.... Tapi aku nak bg tau korang plzz support aku yang dah merah2 sebab dah hilang semangat yang banyak tu.....

Bila bukak mata aku rasa nak nangis jerr..... Sebab kejadian yang aku tak duga.... 

aku nak ckp lagi... AKU TELAH DI ANAK TIRIKAN WOII!!!!.....



Semangkok Kata:
APTB = Apa pon Tak boleh..... ZZzzzzzZZzzzZZzzz.......(kuciwaaa.......@___o)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...