Salam pembaca semua...
Teringat pula aku pada kenangan yang lama...
Kenangan yang aku kira banyak mengajar aku tentang cinta, kesetiaan dan buat aku lebih mengenali apa itu kesabaran..
Tak sangka kerana terlalu setia semua itu kadang2 buat aku rasa bodoh..
Tapi aku bersyukur 12 tahun tempoh yang sangat lama, terlalu banyak yang aku belajar dan jalani dalam kehidupan ini..
Membuat aku lebih mengenali diri aku sendiri...
Alhamdulilah aku bersyukur kerana Allah mengenalkan aku dengan seseorang yang sangat istimewa dalam hidup aku..
Terima kasih cinta...
kerana pernah hadir dalam hidup aku dan sentiasa menemani aku..
mengajar aku apa itu kehidupan
memberikan aku rasa kasih dan sayang
menjaga aku
menjadi penghibur disaat aku kesedihan...
bila aku kehilangan kau sentiasa ada
tak pernah sekali kau membuat aku menangis...
sentiasa membuat senyuman ku terukir saat kita saling berhubung
menjadi pendengar setia pada cerita2 remeh aku
menjadi penasihat disaat aku jauh hanyut dengan kehidupan yang sangat membingungkan
menjadikan aku lebih baik dari sebelumnya..
Tipu kalau aku tak jumpa orang lain setelah kamu...
2 tahun aku cuba
cuba setia pada cinta semula
dan yang aku rasa sakit sangat dalam hati..menghiris sehingga aku rasa aku dah penat
sebab dapat seorang yang sangat setia dan patuh pada orang tuanya...
Dalam kesakitan aku terpaksa lepaskan walaupon sebenarnya aku masih memerlukan cinta itu
.......
......
......
atau...
mungkin sebenarnya masalah datang dari aku sendiri..
sebab aku tak mampu melupakan cinta kamu...
ahhh....
mengapa kenangan itu sangat menyiksakan...
apa nak jadik ngan aku nie??
rindunya....
Kenapa bila orang tanya aku marah?? sedangkan aku rindu?
Hmmmm..... apakah aku lebih baik begini? sendiri?
Ya Allah...kuatkan hati ku...agar aku dapat simpan kenangan ini serta rindu yang dah berlapuk2 nie dalam hati aku.
Pelihara aku..kesihatan serta limpahkan aku dengan rezeki Mu Ya Allah..agar aku dapat menjaga Ibu serta adik2 ku
Mungkin ini yang Kau mahu dari ku... Dan aku rela... Dan jadikanlah aku hamba yang tidak pernah putus bersyukur dengan apa yang pernah Kau berikan pada ku......
Semangkok Kata:
Hidup perlu ada kenangan...kerana kenangan itu yang akan mengajar kita akan erti kehidupan di bumi Allah ini...
No comments:
Post a Comment