seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Thursday, August 26, 2010

Tart oh Tart!

Lama gak aku tinggalkan blog nie....
Maklumlah aku agak bzz ckit.... so dh nk dekat2 raya nie ada jerr yang nak tempah kueh raya...hahah/wahaha
Aku tak buat banyak2 jenis cuma satu jenis jerk... aku buat kueh tart...kemahiran buat tart nie datangnya dari mak aku dan atas dorongan arwah Abah (semoga Arwah dicucuri rahnat..Amin)
Pandai banyak tu tak lah tapi alhamdulilah la ada la ckit ...buat2 bayar bil2 yang ada hiuhiuh/wahaha
Aku buat semua sendiri...
Dari inti....nenas tu kuparut ku toskan dan aku masak bersama gula...
Tepung ku uli dan ku bakar...
Akhirnya
Jadilah ia...
Tart yang aku warisi dari mak...
(sori gambar tak berapa cantik n fokus sangat sbb maklim la aku pakai camera murah aku(camera free) aku jumpa camera nie dh rosak so aku pomen2 then aku baling2 akhirnya boleh la pakai...nak beli mcm korang yang berjenama sony, segala bagai tu mma aku x mampu/wahaha)
ok lah kira ada nie kan??
masa nie baru sapu telur
nie dalam oven
Yum....Yum...
sori gambo x cantek!
Lam camera zoom nampak cantik dila upload mcm nie rupanya hahaha/wahaha
haha kasik tgk puas2 nie..
Akhirnya telah ku masukkan kedalam botol... siap untuk dijual..
100 biji RM 40
50 biji RM 20

Saturday, August 21, 2010

sAHabAT kU!

Aku mungkin bukan seowang yang tergolong dari owang yang punya ramai kawan. Bukan aku tak suka berkawan, cuma aku jarang keluar dan bercampur dengan owang. Aku lebih suka habiskan masa di rumah dari berada di luar..Kebajikan keluarga aku harus utamakan.. /hmm

Aku seorang yang sangat susah untuk mempercayai seorang kawan pada mulanya dan aku jua bukan lah seorang yang suka membuat keputusan sebelum aku ketahui itu baik untuk aku jadikan dia sebagai kawan aku. Dan aku juga bukanlah tak ada kawan langsung cuma kerana aku suka tunggu orang follow up aku dari aku yang cari owang...teruk kan perangai aku??/dignose

Tentu korang pernah dengar 'kawan suka mudah dicari..tetapi kawan duka sukar dicari'....Mungkin mcm tu lah betapa payahnya untuk mencari seowang kawan yang sejati./sweat

Aku ada sorang kawan yang mmg aku panggil best friend. Sayang nya aku pada kawan aku yang sowang nie ssh aku nak cakap...pada aku dia amat menghiburkan dan pada aku dia sentiasa menyenangkan aku... Bak kata mak aku pon 'sayang selalu'..../XD

Meh aku kenalkan....Nama dia Zuraini. Umo sebaya aku tut..tut.. (konon rahsia laa) hahah...Teman2 memanggil dia Zue dan dikalangan sanak saudara nya memanggil dia Rinie...Dia mempunyai seekor kucing yang biberi nama Hitam./please

Mungkin ada yang mengenalinya dan tidak menyenanginya...sikap tegas dia mungkin ada yang tak suka tapi aku pandang pada ketulusan hati dia...malah dia adalah seowang yang sangat lurus...dan sangat baik hati./nobigdeal 

Harapan aku semoga dia akan tetap menjadi kawan aku sampai bila2.... sebab dia jerr yang memahami aku dan sentiasa memberi bantuan disaat aku kesusahan..../no

Siapa aku dimata dia aku x mungkin tahu dan dapat memberi tahu tapi aku harap dia seperti aku jua....
Thanks zue ko ttp sahabat aku sampai akhir hayat aku..../nobigdeal

"Kita ketawa...kita menangis...hari2 hidup kita penuh dengan dugaan namum kita semakin erat menjalin persahabatan yang kita sendiri tak duga selama ini... Aku senang disaat kau bahagia wahai teman...kerana bila aku bersama kau, aku temui sebuah ketanangan yang tak mungkin dapat aku cari dimana2...."

Aku sayang ko Zue!/XD

Wednesday, August 18, 2010

Kak NaNa

Hi/hihi
Pernah tak korang rasa rindu sesangat pada sowang kawan korang tu? Dulu aku dok cybejaya..dok ngan makcik aku..Thanks Makcik Dona sebab tumpangkan aku untuk sekian lamanya... And kat umah Makcik aku tu ada sowang pembantu nama dia NaNa./dignose
So dia lah yang jadik kawan aku merangkap amik aku....balik dari keje (makcik pon ada) sebabnya aku nie tak pandai bawak keta n moto...arap jew badan besa tp hati kecik nak mampuih....hiuhiuh...=))(sedo dirik)/blush
Satu aku suka Kak Nana nie dia seowang yang pandai amik hati, mengambil berat...n selalu nasihatkan aku n banyak bagi pendapat disaat aku kebuntuan dan tak tau nak buat apa.../nobigdeal 
Dia gak seowang yang happy go bini haha...=)) mmg ceria lah kalu bersama dia. Kalu nak cerita tentang kerajinan memang lerr tersangat rajin sbab aku nie sangat lazy hiuhiuh.../wahaha 
Cuma bila dia balik indon aku lost contect ngan dia../no Dan aku tersangat rindu nak dengar dia bercerita...rindu nak dengar dia ketawa sesama ngan Makcik...Jejalan sesama..dan banyak arr lagik...Pendek kata aku mmg sangat windo kat dia...windoonya...../XD
Me & Kak NaNa :D
nie Makcik Dona & Anaknya Nabila.:D
Aku sangat beruntung tapi tak tau diuntung...sebab owang dah bg aku tinggal ngan diaowang belanja makan bawak aku jejalan bagi aku tpt tido yang sangat selesa.. Ribuan terima kasih makcik..../sweat 
Mungkin aku tak dapat balas jasa Makcik aku tu tapi biarlah Allah yang membalas dan aku sentiasa doakan agar keluarga makcik n kak nana sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati-Nya...Amin..
/bye/bye/bye

Sunday, August 15, 2010

Shawl Oh Shawl

2 3 ari nie agak pack.Buzy arr ckit... 
So tak lerr bukak blog nie. 
Ari tu pi jejalan ngan my sepupu.. jalan punya jalan punya jalan then jumpa lerr satu kedai so aku terbeli ini... aku terbeli tapi sepupu aku yang bayo kekeke/wahaha
nie pic gelap ckit 
ish nie terang lerr pulok...
So aku n sepupu aku terus jalan dan jalan dan jalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Jenjalan bagai nak rak sekali tgk jam tak tangan erk..../omg dah pukol 12.00 thg mlm.../omg Gila dah lama x kuar sekali kuar mcm x mo balik lerr pulok... /dignose
mcm mana pon mmg best arr siap teros pi sahur lagik kih..kih../wahaha
sampai umah aku on line segala bagai n then terus temankan Maa aku bersahur...aku tgk jerr lerr x mamam pon...
wit my cousin..
muah luv u!

Friday, August 13, 2010

Bahayanya Shisha!

Korang biasa tak dengar ttg shisha? tentu pernah kan?? kalau kat KL biasa kat kedai2 mengeteh atau tpt korang minum teh biasa akan Nampak benda nie kan??  Bila melepak, sesetengah orang ni haram kalau tak sentuh rokok sampai 2 3 kotak. Nak menambahkan perisa,
 hisap shisha pulak. Layan dia punya perisa. Boleh feel sampai ke jiwa. Padu.../hihi
Aku ada la baca pasal Shisha nie dari sowang bro..klik cni./please
So aku pon nak cerita benda yang sama gak...pasal Shisha nie....
Kalau dalam bahasa penjajah, orang panggil hookah. Bukan hookers ye./wahaha

A Hookah (Hindustani: हुक़्क़ा (Devanagari), حقّہ (Nastaleeq) huqqā)[1][2] orwaterpipe[3] is a single or multi-stemmed (often glass-based) instrument for smoking tobacco in which the smoke is cooled and filtered by passing through water.[4] Originally fromIndia,[1][5][6][7][8][9] hookah has gained popularity, especially in theMiddle East and is gaining popularity in North AmericaEurope,Australia and Brazil.[2] /blur


Okay. Kalau first time tengok pun ayat kat atas ni dah tau yang ni bukan definisi daripada kamus dewan. Ni aku cilok dari wikipedia. Katanya, shisha ni adalah sejenis perkakasan untuk menghisap rokok. Yang mana, asap disejuk dan ditapis melalui air. Sebab tu kalau hisap shisa, asap dia tu lain sikit. Sejuk je. Layan hati yang melayang./wahaha
Bagi sesiapa yang tak tahu, walaupun shisha ni nampak macam rokok jugak, dia sebenarnya lebih daripada rokok. Sebab, shisha juga merupakan sebahagian daripada budaya orang arab. Maknanya dah menjadi tradisi orang arab untuk menghisap shisha. Sebab tu kalau nak mengikut rekod, orang arab adalah yang paling ramai menghisap shisha, dan di negara arab lah paling banyak letaknya restoran yang menyediakan shisha./humm
Okey. Kemudian aku nak cerita fakta yang menarik pulak. Orang Israel pun hisap jugak shisha. Mungkin sebab pengaruh daripada tanah arab. Tapi, yang menariknya, IDF (Israel Defence Force) telah mengharamkan askar-askarnya daripada menghisap shisha. Atas sebab apakah?
Ni kadang-kadang aku terlepas pandang jugak. Selalu kalau aku tanya orang efek shisha ni, rata-rata cakap dia tak merbahaya. Tak macam rokok yang mengandungi multi penyakit dalam satu batang. Tapi ni semua info atau pengetahuan yang tidak diupdate. Ni pengetahuan orang jahiliah.
Lepas aku kaji demi kaji. Barulah aku tau fakta sebenar.
Fakta Pertama./omg
“Setiap satu sesi mengisap shisha 10 miligram selama 30 minit akan menghasilkan karbon monoksida atau CO paling rendah empat atau lima kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan mengisap sebatang rokok,” kata Direktor Department of Health & Tobacco Control Collaborating Centre (TCCC), Dr Hilary Wareing”  [source : BBC]
Fakta Kedua./no
Although the use of Hookah has been commonly attributed to be much worse than regular tobacco smoke, tests remain inconclusive as to the true “damage” of the hookah, although most agree that Hookah smoke is generally much more safe than tobacco cigarette smoke.[28]
Each hookah session typically lasts more than 40 minutes, and consists of 50 to 200 inhalations that each range from 0.15 to 0.50 liters of smoke.[29][30] Reports by the World Health Organization and the American Cancer Society have shown that, in a one-hour hookah session, users consume about 100 to 200 times the smoke and about 70% more nicotine than they would in one cigarette.[31]
A 2005 study found that water pipe smokers were five times more likely than non-smokers to show signs of gum disease. People who smoked water pipes had five times the risk of lung cancer as non-smokers.[32]
The water used to filter the smoke does not work efficiently to remove all the harmful chemicals.[33]
A study on hookah smoking and cancer in Pakistan was published in 2008.[28] Its objective was “to find serum CEA levels in ever/exclusive hookah smokers, i.e. those who smoked only hookah (no cigarettes,bidis, etc.), prepared between 1 and 4 times a day with a quantity of up to 120 g (the average bowl in holds 30g) of a tobacco-molasses mixture each (i.e. the tobacco weight equivalent of up to 60 cigarettes of 1 g each) and consumed in 1 to 8 sessions”. Carcinoembryonic antigen (CEA) is a marker found in several forms of cancer. Levels in exclusive hookah smokers were lower compared to cigarette smokers although the difference was not statistically significant between a hookah smoker and a non-smoker. Also the study concluded that heavy hookah smoking (2–4 daily preparations; 3–8 sessions a day ; 2 to 6 hours) substantially raises CEA levels.
[source:wikipedia]/bignose
Okey. Jadi secara am nya, memang dah terbukti yang menghisap shisha ada bahaya nya. Kata-kata jahiliah seperti shisha tidak berbahaya itu memang sekadar kata-kata tanpa sebarang bukti dan kajian asas.
Bila kita dah mengetahui efeknya, kita tak boleh terus kepada konklusi. Sebaliknya, kita perlu meneliti perkara yang lebih penting, iaitu hukum menghisap shisha bagi orang Islam./blush
“Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka.”
[source:muis]/blush
Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat, menghisap shisha memang satu aktiviti yang layan. Tapi, shisha amat merbahaya. dan yang lebih penting, ianya haram bagi orang Islam.
Sila lah ambil perhatian akan perkara ini./nobigdeal

N thanks bro eyemeeroll coz sudi bagi info yang sangat berguna nie.../XD

/bye /bye /bye

Thursday, August 12, 2010

ApA pErasAAn koRAng!

Hmmm...... /hmm hari nie aku x nk cerita bebenda yang mengarut segala bagai nie... cuma aku nak ceritakan semuanya tentang aku...hanya aku... walaupon nanti akan adanya watak2 lain tapi ini kisah aku....
Apa perasaan korang la?? kalu korang baca blog aku nie... apa perasaan korang kalu korang just cuma ada 3 beradik aja, then atas seowang abang/kakak, bawah korang adik lelaki/adik perempuan....senang cerita korang anak yang paling tengah..
Apa rasanya kalu pulak korang kehilangan ayah yang sangat friendly ngan keluarga...Then umo korang adik beradik dah melepasi peringkat umur 23thn?
Dan apa perasaan korang bila mak korang pulak mmg tak pernah bekerja. Sedangkan korang memasing makan pon x cukup or bahasa kesatnya makan sendiri pon x lepas lagik? /hmm
/omg OMG!.....
Tentu korang terkejut sehingga terbeliak mata kan? /omg
Dah la tu korang pulak mmg tak ada masa depan sendiri...tak tau nak buat apa dengan kehidupan korang yang seterusnya...angan2 pulak just angan2 taik ayam.... /nobigdeal
Apa rasanya bila korang nak ubah sesuatu tapi korang tak mampu sbb korang kurang yakin ngan diri korang...even ada banyak idea pon korang just bersungguh bila minggu yang pertama jerk lepas masuk minggu kedua dan seterusnya korang fadeup sendiri...semua x menjadi n rasa korang nie nothing n tak ada langsung semangat dalam diri korang /nobigdeal
N paling utama korang rasa la... sama tak apa yang korang rasa macam yang aku rasa? /sweat
Apa yang bakal aku cerita di waktu yang lain pasti ada yang ckp aku bodoh,bangang dan sebagainya..
Bukan aku sengaja nak bukak pekung sendiri tapi aku nak korang bukak mata jangan jadik macam aku yang tak ada apa2 dalam usia 29 thn dan kalu ada cita2 terus lah mencapainya jangan disiakan dan sayangilah keluarga korang dan bantulah diri untuk memajukan keluarga agar selalu harmoni dan bahagia.... Jangan jadik mcm aku....im got nothing wit my life! even until now im still try to change everything /no will i still have time to change? i cannot imagin.... owh gosh!..... /blur
hurm.... /hmm kalu ikut hati mmg malam nie banyak yang aku nak cerita tapi..sok pagi nak bangun sahur....so aku nak beransur lerr dulu...nak tau apa terjadik ngan aku?... Tuuunnngggguuuuuu!!!! ok lah salam sayang dari aku! muah... XOXO /XD
/bye /bye /bye /bye

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubbarak

LaMa sUdaH iA menYePi...
kINi iA mUNcuL kemBAli...
bERsaMa CahAya nUr iLahI...
iTulAh raMadHan aL mUbAraK yAng diBerkAti...
sELamAt menJalAni iBadAh pUaSa...

gitu lah gamaknya bila nak puasa sms pon tak henti2 memberi ucapan selamat dan sebagainya. Petang tadi aku topup 10 hengget... alah biasa lerr aku nie bukan lah owang yang senang nak topup selalu dan banyak..lagi pon hp aku kredit utk msg or call :

Maa - (Mak Aku)
Hero/Din - (Laling Aku)
Abang - (Along Aku)
Ipon - (Adeq Aku)
    Itu yang penting...tak bermaksud yang aku tak tulis nie aku x cll owang langsung ada tapi sangat2 jarang. Kalu sms insyallah aku selalu...hikhik... /wahaha Berbalik pada cerita tadi... lepas topup aku pon balas laa msg2 yang masuk tu....10 minit kemudian ada 206 msg lagik aku tak sempat balas sebabnya budjet yg ciput tu....hiuhiuhiuh.. /wahaha senang cerita kredit abis... /wahaha 
    untuk semua umat islam... selamat berpuasa..jangan ponteng puasa tau! buat hero selamat berpuasa! cyg sgt2 kat awk!..

    calo! /bye
    mUch LovE bEbEh

    Monday, August 9, 2010

    12 Aurat Wanita

    1. Bulu Kening - Menurut Bukhari, Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadith Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

    2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

    Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.

    3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang - Petikan dari Hadith Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

    4. Dada - "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka." - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

    5. Gigi - Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadith Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

    6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

    Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

    7. Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar RA telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." - Petikan dari Hadith Riwayat Muslim dan Bukhari.

    8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadith Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

    9. Mata - "Dan katakanlah kepada perempuan mu'min hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

    Sabda Rasulullah SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram" - Petikan dari Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

    10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

    Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang la in, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah SWT akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." - Petikan dari Hadith Riwayat Ibn Majah.

    11. Kemaluan - "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mu'min, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

    Sabda Rasulullah SAW, "Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." - Hadith Riwayat Riwayat Al Bazzar.

    "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." - Petikan dari Hadith Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

    12. Pakaian - "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah SWT akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." - Petikan dari Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

    Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: "Hai Nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

    "Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya." - Petikan dari Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
    p/s:Petikan ini aku ambil dari blog salah seorang teman di http://ibnumustafa.blogspot.com thanks atas info yang sangat berguna untuk kaum yang bernama hawa/perempuan/wanita

    mUcH lOvE bEbEh

    Inside Of Me

    If you could see inside my soul
    see inside my heart
    you would know how I long for you
    whenever we're apart

    If you could see inside my head
    if thoughts were things to see
    you would know how I cherish you
    how much you mean to me

    In all the ways you comfort me
    the way you hold me near
    the way you know just what to do
    to chase away my fear

    The sparkle in your beautiful eyes
    your smile, laugh, your touch
    are just a few of many reasons
    I love you oh so much

    Knowing I can talk to you
    about any and everything
    and knowing together we will get
    through whatever life may bring

    I could search the whole world over
    and this I know is true
    I would never find another love
    like the love I found with you

    Though with each new day, each sunrise
    we can't know what's in store
    there is one thing I know for sure
    each day I love you more

    So if you could see inside my head
    if thoughts were things to see
    you would know I blessed I feel
    to have you here with me

    MuCh LoVe bEbEh

    Sunday, August 8, 2010

    Gembira....

    Aku pon x tau kenapa aku bagi tajuk gembira..tapi tak lerr rasa mcm terkurung jerk. Lebih2 lagik bila tengok maa ada teman nak bersembang. 7hb aku,maa,apak sedara serta adik2 aku pergi umah makngah aku kat pahang...Mak mmg x ada adik perempuan lain cuma ada makngah (kakak mak) yang duduk menatap di Pahang sejak beliau kawen....so agak sukar la maa nak mengadu atau meluah rasa hatinya sejak kehilangan arwah Abah pada 2008. bila makngah panggil le pahang dalam keadaan tengah bermasalah so aku bg lampu hijau..apa lagik hureeey......pergilah kami ke pahang berjumpa makngah...
    Bila tgk jerr muka maa walau pon dalam kepenatan tapi aku tau dia gembira sbb dapat jumpa akak dia dan kebetulan anjang (abang maa) pon ikot sama...
    sampai pahang kami berbual sakan....sambil petik2 buah rambutan yang tengah masak ranum atas pokak ditambah seronok lagik bila makngah keluarkan durian duku dsb buah2 yang ada keliling umahnya...masyuk..... memasing dah x kira penat dok mengadap reramai durian tu...
    Bayangkan laa ipon adik aku yang tak makan durian pon dok join sekali walau pon akahirnya apa yang dia makan keluar balik tapi saat tu mmg seronok... 
    malam masing2 makan ala kadar jerk... janji makan...lepas makan makngah bentang toto pulak..hi...mcm disuruh baring lak lepas makan....aku ngan ipon memula sembang2 mcm mak ngan makngah tapi bila adik aku baring jerr terus belayar(lelap) aku pon terkebil2 bila memasing tido dalam kepenatan+kekenyangan+kengantukan.
    Lepas subuh semua dah bangun kecuali aku sbb aku semalam dok tido lambat...hehehe....tulis dairy lerr katakan...bila terang jerr memasing masuk kebung dok pungut durian yang mak ngan makngah dah tak tunggu2 lagik terus diaorg kumpul semua buah-buahan yang ada keliling umah makngah aku. yang best tembikai umah makngah mmg sangat manis!bila dah kumpul maa mula masukkan dalam bonet kereta...sampai penuh ngan durian, cempedak, rambutan dan sebagainya....
    sampai melaka singah Air Merbau hantar buah-buahan kat ninoi, then balik semujok, hantar Anjang serta buah-buahannya..then baru balik Duyong... Argh.....penat sekarang masih belum hilang sok dah start keje lerr pulak....adeh....malas lerr pulak....hiuhiuh.....
    Muka yang dah kepenatan
    Petik jangan tak petik....
    hampir penuh bonet kereta tuu...
    acara mengumpul durian
    nampak? begayut-gayut durian hahahaa.....
    Pemandangan sepanjang perjalanan

    Sempat beli petai lagik!

    Indah kan gambar atas dan bawah ini?




    MuCh lOvE bEbEh!


    Friday, August 6, 2010

    Akhirnya...

    Setelah aku bersengkang mata untuk beberapa hari ini dengan bantuan yang tah aku tak lerr macam mana nak cakap....akhirnya aku berjaya mencipta sendiri blog aku walaupon aku terasa macam nak nangis...nak muntah..pening2 walaupon aku tak mengandung sebab aku bujang lagik tapi Alhamdulilah aku berjaya memuaskan hati aku yang nak sangat buat blog sendiri......
    walau pon aku belajar tak lah pandai sangat (bukan x mampu) tapi sebab aku mmg tersgt lerr permalas tapi bila umur dah tua aku fikir aku pon nak macam owang lain gak.....aku nak ada blog sendiri dan yang pasti insyaallah blog kali nie akan aku pergunakan sebaik yang mungkin walaupon tak lerr berapa menarik kan?? tapi aku puas la hati walau pon ckit jerk ahakzzz......
    aku bukak blog nie sebab aku nak blog yang boleh aku ceritakan apa saja tentang kehidupan aku dan tentu sekali untuk seseorang insan yang aku sayang selama hampir 12 Tahun.... Fakhruddin Zakaria. sebab aku kat Melaka dan dia pula di Terengganu....
    sekurangnya dia tau akan rutin aku setelah hampir 12 Tahun kami berhubung.....semoga aku,keluarga aku, dia, akan sentiasa menjadi pendorong untuk aku terus bersemangat dan lebih dan berjaya.....
    untuk Maa, Abang,Ipon,C.t = sesungguhnya aku sayang sangat2 pada kalian termasuk C.t Pink(bini Abg aku) dan Intan (anak Abg aku) kasih ku sebagai saudara dan anak tak akan putus sampai bila2....dan buat Arwah Abah yang amat aku cintai...ku doakan agar dikau dirahmati dan dicucuri rahmatnya...pesanan mu tak mungkin ku lupa sampai bila2...
    Kaulah keluarga yang ku  sayangi..
    Intan yang sangat disayangi semua..
    Kaulah cinta hati ku...

    semoga dengan adanya blog ini dapat mengeratkan kembali keluarga kita dan kita bisa bersama dan terus bersama selamanya....
    juka ada kesalahan pada blog ini aku haram dimaafkan sbb aku pon masih terlalu baru tuk semua ini tapi aku akan berusaha untuk yang terbaik


    mUcH loVe BeBeH!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...