seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Wednesday, December 15, 2010

Dapat 1st AWARD!


Seumur hidup aku inilah kali pertama aku tau kalu berblog ada bagi award...
Terima kaseh pada Cik Jannah yang suka suki meng tag aku yang sangat la poyos dalam hal2 yang melibatkan soalan nie tapi disebabkan ada award so aku jawab soalan pon pejam mata jerr lah....ok...
Sebelum tu aku nak say thanks gak kat tuan tanah kedaung cik nadiazmin blogspot sebab bila aku pollow jerr dia automatik aku layak menempek award nie kat mana2 yang aku suka lam blog aku so terima kaseh daun keladi kalu ada buat lagi ok!!
soalan-soalannya:-
1. sejak bila korang mula berblogging?
- Aku mmg suka berblog dari aku sekolah lagik tapi masa aku sekolah aku suka menulis guna dairi...kemana aku pergi aku akan selalu bawak buku tu...n sampai lah dah ada tenet nie pon aku still bawak buku n notebook aku kemana aku pergi...Ada diapa2 nak terima wasiat lak?? hahaha....
2. mengapa korang berblogging?
- Pada aku apa yang aku lihat hari nie adalah kenangan untuk esok hari dan aku tak nak ia kekal hanya diingatan aku so bila aku tulis dalam blog or dairi so bila aku dh tua beranak cucu dan cicit aku nak diaorang tau betapa indahnya dunia yang sedang aku lalui dan hidup ini seperti pasang surutnya laut adakalanya ada suka ada dukanya....
3. korang selalu buat entry mengenai apa?
- Apa saja yang aku nampak..yang aku rasa menarik..yang aku rasa aku nak tulis so aku akan tulis...
- Biasanya bila aku duduk depan pc or depan notebook atau dengan dairi aku aku akan tulis mengikut naluri aku...aku x kira apa saja semua aku tulis...

4. suka blogwalking tak? nyatakan sebab. :D
- sejak kenal blog mmg la tersangat sika aku berblogwalking....
 sebab manusia nie takkan tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapannya dan mereka selalunya tak mudan untuk meninggalkan sesebuah kenangan..dari situ aku jadikan pengajaran dan sempadan...
5. last question, apa pendapat korang mengenai saya (yang bagi korang award ni) ?
- Cik Jannah : Best gak dah la cute, comel pulak tu..pstt.... blog dia pon meriah jerr warna..mcm dia kot??
- Cik nadia : Lom kenal mesra lagik baru jer berkenal2lan...tp orgnya sangat murah ngan senyuman...auuwww...i like it!
Hurm.... dah lah soh jawab soalan dah tu soh lak tag lak kawan2... hurm apa pon aku tag gak la kawan2 blog aku...
So...silakan berpuas hati ok!

Ok lah cukup lah sampai cni aku nak pi makan sat hiuhiuh
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com


Hari2 makan2!!!......(payos jerr tajuk entry ari nie....)

Semalam aku pi makan Oblong Kambing... Wah sangat sedap lo... ok jangan marah silakan nak mencaci maki kepada aku yang serba suka makan nie... x kisah la kalu korang ckp aku nie mcm apa pon yang penting aku dapat makan... Oh tolong la aku x boleh nak jauh dari makanan yang serba menguju keimanan aku...Ahh.....tidakkkkk!!!/no

ok so hari nie aku nak tunjuk ckit oblong yang aku makan semalam...Jangan marah mmg sangat sedap dan sangat gila2 sedap doh!!!......


Nampak sedap kan?? kan?? kan?? oh tiak dapat ku tahan godaan mu.....

So hari nie aku duduk berblog kat mcd.... hahaha /wahaha Thanks kepada Puan Taro yang sudi memperabiskan sen nya untuk membelanja aku yang tak pernah segan silu untuk dibelanjakan hakhakhak..... (tak tau malu punya budak....nak lempangkan aku selempang 2..../wahaha)

Ini Puan Taro aka Siti Raudhah

So aku nak tunjuk ckit rupa kalu menamatkan riwayat Posperity Burger dan Ayam Goreng Spicy...yummmm.....sambil menjilat ibu jari kaki yang cagu wakakak/wahaha...


Ayam Goreng Spicy Mcd


Kentang Goreng aku + ngan Kentang Goreng Taro


Posperity Beef Burger Mcd

hahaha.... Maka berjaya lah aku menulis entry pasal makan yang telah mengenyangkan perut aku yang semakin melebar nie hikhik....http://www.emocutez.com

so kalu siapa2 yang baca entry nie kelaparan so silalah cuit kat screen nie untuk rasa ckit juadah2 yang aku tayangkan nie pasti ilang kempunan korang hakhakhak...../wahaha

ok lah selamat menjamu mata!

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Ini Keluarga BlogLarian No.124

Banyak yang aku nak buat tapi untuk minggu nie aku nak kenalkan korang ngan seluruh ahli keluarga aku...

So kalau korang rasa buhsan boleh la korang menyinggah ke blog cute2 nie yang dipunyai oleh 5 lagi ahli kelurga aku di rumah no.124...http://www.emocutez.com

Cik Jannah

Cik aJa

Cik Nur Atiqah

Cik Yana

Cik kedondong

Erm pasal status aku tak pasti tapi boleh dikatakan semua ahli keluarga aku nie rajin2 meng-up date kan blog dia org ngan entry yang best2...Korang cuma perlu klik jerr nama diaorang kat bawah tu..... http://www.emocutez.com

So korang tak teringin kerr nak meng-cutekan diri korang (eh apa dah aku merepek nie) cepat2 cari ahli keluarga anda di BlogLarian yang telah merapatkan lagi tali persahabatan kita di alam maya...

Untuk Ahli2 keluarga aku selamat datang ke RUMAH BLOG 124.

Semoga perkenalan kita ini memberi manafaat kapada kita dan juga seluruh komuniti yang telah dibina...

Semoga pembaca blog serta keluarga baru aku dirumah blog 124 sukses dalam kehidupan seharian...

Amin...
http://www.emocutez.com

Ok dah lah aku nak pi belari balik nie ...ehem...mcm mana aku belari senang jerr 1.2..3...
LaRi!!!....
http://www.emocutez.com

GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh...

Sebenarnya aku belum pernah join GiveAway nie so tadi aku membuat kunjungan balas then aku terjumpa GiveAway EdY...
Tiba2 tergerak hati nak join lak...
so

Klik sini

Mana lah tau ada rezeki kan?cuba2 jerr n klik atas untuk join.. Atau klik sini "GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh"... untuk join...

So aku dah jadik Follower EdY

Blogger yang aku tag nk akan aku bg tau sebentar lagi ialah :
1.  Cik Dni
2.  Kie-yu

Paling best sekali tentang hadiah Jom tengok hadiah 
Erm... Edy aku nak semua boleh tak??

Harap2 aku tersenarai gak dalam 30 tu...

so aku nk bg tau nie tarikh tutupnya ialah 
Tarikh Tutup : 11.59PM pada 19/12/2010


Monday, December 13, 2010

Jatuh

Dua hari lepas aku jatuh kat bilik air... 
Tak siapa pon yang tau...

http://www.emocutez.com

So....

Hari nie............

Pinggang aku sakit sangat start malam semalam.... bila sakit sangat aku masik bilik air... kat ctu jerr la nk nangis kerr nak apa pon boleh..sebab x ada yang tau...

http://www.emocutez.com

Nak ke klinik....owh tidak

http://www.emocutez.com

Jangan melarat dh laa......

Owh kenapa nak bangun pon sakit?
Duduk pon sakit?
Berdiri? ilang akal aku dibuatnya....

Depan mak tahan...tahan...tahan....

http://www.emocutez.com

Jangan sampai ada yang tau nieh.....

Sunday, December 12, 2010

BlogLarian.



Sila klik untuk pergi ke link Bloglarian.


Ok, Sebenarnya dah seminggu aku dok fahamkan diri aku apa gunanya BlogLarian nie...puas aku klik 3- 4 kali nak belajar tutorial yang dia sediakan....**ngap sangat aku nie ahakzzz....!!!

So aku x nak guna bahasa Blog nie so aku guna cara aku...

BlogLarian nie untuk blogger pi usha2 blog yang punyai info menarik atau pon yang lebih menarik macam singgah umah jiran then sembang2 tinggal comment or pendapat then jadik Follower kepada jiran yang dia org lawati or yang korang singgah tu....

So untuk nak join Bloglarian nie kena lah lengkapkan slogannya:

" Saya suka berblogwalking sebab ingin menambah kenalan dan ilmu didada yang ada pada teman2 yang dikeluarkan secara sengaja ataupun secara tak sengaja"

...Ahkzz skemanya ayat saya lagik hahahaa..... Ilmu di dunia tak akan habis jika kita rajin untuk menceduknya..Lagi banyak kita cedok lagi banyak kita dapat ilmunya...tak semestinya kita perlu ke Kolej atau Universiti jika kita pandai memanafaatkannya..(padahal mmg belajar tak pandai pon hahaha/wahaha)

So lepas tu kena lah tag 3 atau lebih kawan untuk join BlogLarian ini
  1. Cik Helena
  2. Cik Dni
  3. Cik Juliet
  4. Cik Qamarina
  5. Cik GKSB dan
  6. Cik Saffa / Cik Siti Clumsy
Puas hati pertama kali siap gak hahaha....\
Ok siapa nak join sila tgglkan comment t aku tagkan jerr....
Salam sayang dari aku Dinaz..


Nidji - Jangan Lupakan

ku berjalan terus tanpa henti
dan dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah
indahnya dunia
ku berdoa untuk dia yang kurindukan

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home..
would it be nice to kiss you..

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
bernyanyilah na na na na na
bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home ..
would it be nice to kiss you..

jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan pergi dari aku

Video Klip Nidji - Jangan Lupakan

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
powered by lirik lagu indonesia








sedap tak lagu nie?? dh lama aku layan lagu nie....kira lagu kegemaran aku lah nie...hahaha.../wahaha

ok...kalu nak lempang aku kerana mengada2 silakan hahaha...

kenapa hari nie agak tak konsisten sikap aku nie?? hurm....

ok la layan jerr laaa....^_^/XD

Saturday, December 11, 2010

Lakukan PSP

Korang tau apa tu PSP?
Hello bukan mcm game yang PS2 tu ok!!
PSP ialah singkatan bagi (Permeriksaan Sendiri Payudara)...
Tentu korang rasa malu bila kita bercakap tentang payudara..Tapi harus di ingatkan ia adalah sangat penting dan kesannya sangat merbahaya...ok...MERBAHAYA!

 Siapa yang layak membuat PSP ini??
-Setiap wanita yang berumur 20 tahun ke atas.. Anda layak melakukan PSP
-Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
-Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun


Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara. 

Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.

Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.


Bila Mesti Melakukan PSP ? 


Anda misti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.


Bagaimana Melakukan PSP

Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.







A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin 

Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara.



Kedudukan 1Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.

Kedudukan 2 Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.

Kedudukan 3 Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara. 

Kedudukan 4 Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah. 
Tanda tanda Amaran Yang Perlu Di perhatikan Semasa Pemeriksaan.

  • Benjolan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  • Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
  • Puting payudara tertarik ke dalam
  • Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara.


B. Mengesan Perubahan Dengan cara berbaring

Langkah 1: Persedian Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda.Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.
Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN
Periksa Payudara anda dengan menggunakan Kaedah- Urutan Menegak (Vertical Strip) don Kaedah Pusingan (Circular).

Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan MenegakPeriksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antara kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda Megunakan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.
Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah ke arah garis-kutang menggunakan pusingan ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di-bahagian bawah garis-kutang bergerak lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang di tunjukkan.

Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat sekurang--kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam).

Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara.

Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
PEMERIKSAAN PAYUDARA KIRI 

Mula sekali lagi dengan langkah 1 hingga kelangkah 5 untuk PAYUDARA KIRI dengan cara yang sama menggunakan tangan kanan.


Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan kenser?


9 dari 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walaubagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika anda mengesan sebarang benjolan.

RAYUAN KEPADA SEMUA WANITA 

  • CEGAH KANSER PAYUDARA DENGAN PSP SETIAP BULAN.
  • JADIKAN PSP SEBAHAGIAN DARI CARA HIDUP ANDA
  • JIKA ANDA MERASA SEBARANG BENJOLAN LUARBIASA DI PAYUDARA ANDA SILA JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA.
  • INGAT ! KANSER PAYUDARA BOLEH DISEMBUHKAN JIKA DIKESAN AWAL DAN DIRAWAT SECEPAT MUNGKIN.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...