seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Tuesday, April 1, 2014

Malaysian or Ma lie sia?


Assalamualaikum...

Hari nie aku bukan nak mempersendakan negera aku dalam blog aku...Aku manusia biasa yang mungkin tak ada yang kenal dengan aku...Tapi n3 kali nie buat aku tersentak dan tersedar kenapa terlalu ramai rakyat Malaysia bila bercakap selalu melibatkan politik??

Aku x nk jawapan korang sebab aku tak minat dengan politik tapi bila aku terjumpa satu blog yang membuat aku tersentuh hati bila empunya blog ini mengajak kita membuka mata malah mata hati untuk menilai negara kita sendiri...




Sila lah korang baca blog ini...mungkin korang akan sedar yang kita malah seluruh dunia sedang memperkotak-katikkan negara kita atau negara sendiri.

Jangan kerana MH370 korang terlupa dan terus sama hentam negara sendiri. Mereka sedang usahakan sesuatu untuk mencara dimana hilangnya misteri MH370.

Bayangkan jika kita sendiri di tempat DSNajib sekarang? Agak2 kalau korang pimpin negara apa korang nak buat setelah seluruh usaha mencari menemui jalan buntu? Dalam masa yang sama depan belakang kiri kanan malah atas dan bawah dok asyik menghentam kita tanya soalan itu dan ini sedangkan kita tahu semua yang terjadi pasti datangnya dan menjadi Rahsia Allah.

Kalau Allah nak kita jumpa MH370 jangankan seminggu semalam hilang semalam la jumpa...

Semuanya bukan main2. Nyawa penumpang malah kru2 MH370 menjadi taruhan Pedana Menteri kita. Jawapan yang di beri bukanlah jawapan yang membabi buta... Harus fikir perasaan seluruh waris MH370.. Hati rakyat juga.

Jangan lah kita bila tak puas hati kita hentam dengan politik..dengan cincin 24juta dan degan kes liwat...
Hello....orang dah mula cakap pasal kelemahan negara kita kena ingat....kalau kita pon sama nk jatuhkan negara kita... aku rasa patut dah masanya korang fikir...
Masuk dalam bilik pegang anak kecik korang tak pon pandang muka adik2 korang..apa akan jadi kalau seluruh dunia hentam dan jatuhkan kita sebab kita di lable sebagai penipu?

Kalau kita jatuh apa akan jadi dengan negara kita? Perang?? sebab bila dalam hati dah mula ada rasa sakit hati semua nilai2 murni akan hilang... Malah fikiran akan menjadi tak rasional... orang buat baik kita akan sentiasa rasa salah sebab kita jerr yang betul...  kita jerr baik kn??...

Aku memang tak berpelajaran tinggi malah aku memang dah diajar bila kita sedang berfikir jangan kita libatkan politik dalam minda kita. Kat sekolah aku rasa cikgu selalu ajar nilai2 murni... Fikir baik buruk bukan sebab nak puaskan hati dan mendengar pada satu pihak... 
Dalam dunia ada musimnya...Ada musim tengkujuh.. Musim kemarau..mcm tu gak dalam kehidupan kita bila time politik kita berpolitik la... Bila dah habismasa politik nilai murni dalam diri harus diterap semula...dan aku tak cakap bila time politik buang semua nilai2 murni tu ok..tapi kalau jiran pembangkang kita kerajaan takkan sepanjang masa kita nak bermasam muka?? 

Sebab tu lah aku nak korang bukan setakat bukak mata tapi mata hati korang untuk menilai negara korang nie... Aku?? Aku bangga sebab aku anak MALAYSIA dan aku bukan anak MA LIE SIA...

MH370 memang misteri malah apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...Kita sebagai rakyat MALAYSIA haruslah menyokong di antara satu dengan yang lain. Jangan biarkan orang pijak kita dan memperhambakan kita mcm atok moyang kita zaman Jepon dulu.

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh...
dan 
janganlah jadi seperti nila setitik rosak susu sebelanga...

Korang fikirlah....

Yang baik tu datangnya dari Allah
Yang buruk tu semuanya datang dari aku...

Kalau ada yang tersinggung harap aku dimaafkan..kerana tulisan aku kali ini bukan sebab nak melagakan rakyat kita tapi aku nak kita bersatu hati supaya orang luar takut untuk bercakap yang bukan2 tentang kita...


Credit to:



Semangkok Kata:
Walaupon usaha mencari MH370 menemui jalan buntu bangkitlah sama2 berdoa dan memberi sokongan padu untuk negara kita. Jangan biarkan kita dibodoh dan dilagakan.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...