seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Tuesday, June 5, 2012

Hand Made Aiskrim


Hari tu aku ada bg tau yang aku sedang mencuba buat aiskrim kan??
Hari nie aku nak tunjuk hasilnya

Selamat menjamu mata..



Peh sedap sampai tak ingat 2 keping sekali layan hahaha....



Semangkok Kata:
sendiri upload sendiri terasa nak makan kikiki...x senonoh btl laaa

Sunday, June 3, 2012

Set Gelang ini aku nak jual...
Ada siapa2 nak beli?? kalau ada korang boleh terus PM aku kat FB aku atau contect no 0172920068(SMS ONLY) aku tapi hanya sms ok aku x kan angkat panggilan dari no yang aku tak kenal n, sesiapa yang berminat dengan barang2 aku boleh la kiranya kenalkan diri serta mintak harga or apa2 yang korang nak tanya berkenaan Set rantai ini.. Selain itu aku tak layan dan aku hanya berurusan dengan pembeli yang betul2 serius SAHAJA!!!

Dah malas nak cakap panjang2 jom layan..


Set Hati Kalbu ( Code No : 0001 )
Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar yerr...


Set Hati Bertaut ( Code No : 0002 )


Set Cinta Hati ( Code No : 0003 )


Set Mustika Permata ( Code No : 0004 )


Set Permata Hati ( Code No : 0005 )

Kepada sesiapa yang nak sangat berminat sila hubungi aku secepatnya yek :-)
sebab aku tak jamin kalau barang cepat habis ;-)

Thursday, May 31, 2012

Lama Sangat

Lama sangat....

Kalaupon aku update blog aku tapi pengunjung yang datang semakin lama semakin berkurangan...
Dan aku rasa blog aku mmg tak menarik sebab aku memang bukan orang yang punya cerita menarik kejap ke I-City, London kerr cerita bagai bidadari semua orang suka dan bila baca semua orang akan terpegun....

Aku disini kerana aku adalah diri aku.. pengalaman yang banyak mengajar aku tentang apa yang dinamakan hidup dari memerhati aku belajar untuk lebih dewasa...

Apakah aku harus mematikan blog ini??

Sekarang aku masih menimbang apakah aku harus atau tidak... 

Kalau ikutkan hati aku memang suka menulis walaupon tiada penginjung yang membaca...
Entah lah aku pon tak pasti.....

Semangkok Kata:
Bila fikir balik bagus gak ibarat mcm dairi lak tak ada siapa yang baca kihkihkih....

Pan Mee Resepi

Assalamualaikum...
Hari tu aku ada cerita serba sedikit pasal Pan Mee nie dan ada yang bertanya pan mee nie nama masakan atau jenis mee nya...

Ok aku nak terangkan supaya korang faham yek...

Pan Mee nie adalah sejenis mee yang diuli sendiri dan tidak terdapat di mana2 kedai ada orang panggil dia kueh tepung tapi untuk orang cina mereka panggil Pan Mee sebab Pan bermaksud papan ia lebih bersifat nipis.. Mee nie ada macam2 bentuk ada yang uli tarik2 lebih kurang ngan tangan atau siat2 terus masuk ke dalam sup yang sedang menggelegak dalam periuk tak pon boleh la pakai mesen mee tu nak mcm mana rupa bentuk pon boleh...

Kalau kay kedai2 makan cina ada macam2 versi sup ada pakai sup ayam sup pedas dan ada gak buat macam kuah tomyam tu makan ngan mee nie..
Tapi setahu aku yang menjadi kegilaan orang cina mereka suka makan dengan sup ikan bilis...

kat sini aku ada resepi tentang Pan Mee hope korang boleh la mencuba resepi nie sebab aku pon dok gila ngan Pan Mee sebab dia sedap dan seronok sebab mee tu kita buat sendiri...

Resepi Pan Mee





         Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1 biji telur - optional
  • 3 sudu besar minyak - utk melembutkan
  • secubit garam


         Bahan Sup Ikan Bilis
  • 100 gm ikan bilis }
  • 2 1/2 liter air } didihkan selama 3 jam
  • Garam }
        Bahan Lauk
  • Minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar bawang putih
  • 100 gm isi ayam dicincang
  • Cendawan shitake kering }
  • Cendawan kayu kering } dihiris halus
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar kicap pekat
      Bahan Hiasan
  • Sawi
  • Ikan bilis goreng
  • Cili merah - dihiris
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
Cara-cara buat mee

1. Campurkan tepung gandum, air, telur & minyak hingga sebati.
2. Uli hingga menjadi doh. Biarkan ia rehat sebentar @ lbih kurang 30 minit. Tutup doh tersebut dgn kain lembap.
3. Sesudah itu, ambil sedikit doh, leperkan ia hingga nipis. Buat beberapa kali hingga benar2 nipis.
4. Lipat doh tersebut beberapa kali & potong ia menjadi mee ataupon korang siat2 kerr mcm gambar kat bawah nie. Siap.
Nota: Anda boleh juga gunakan mesin membuat mee utk mendapatkan mee yg nipis sekata. Jika menggunakan mesin, tidak perlu mencampurkan minyak ke dalam adunan kerana minyak akan menyebabkan doh terlalu lembut & susah utk dimesin.





Cara-cara membuat lauk

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan isi ayam. Gaul.
3. Masukkan cendawan shitake & cendawan kayu, gaul lg.
4. Akhir sekali masukan kicap cair & kicap pekat. Gaul & masak hingga ayam btul2 masak.

Cara menyediakan Pan Mee Soup

1. Panaskan kembali sup tadi. Kuantiti sup bergantung pd kuantiti pan mee. Kt sini aku agak2 jer.
2. Bila sup sudah menggelegak, masukkan pan mee td bersama2 sayur sawi. Rebus lebih kurang 3 minit. Kemudian tuangkan ke dlm mangkuk.
3. Letakkan bahan lauk ke atas mee. Taburkan ikan bilis goreng, cili merah, bawang goreng & daun bawang. Siap utk dimakan.

Selain tu korang boleh tambah bahan2 tersebut semasa menyediakan Pan Mee ini.
Seperti:

Bahan Lauk - kuantiti ikut suka 
  • Udang
  • Seafood tofu
  • Bebola ikan
  • Sotong

Selamat Mencuba dan menjamu selera..

Hati ku untuk mu..


Hari nie ikot Along ngan Adik gi kedai motor. Mak amikkan Along motor... 
Selalunya mak akan ajak aku ke mana dia pergi tapi sebelum2 nie mak ajak aku ke kedai motor aku bagi banyak alasan...

Hari nie mak ngan makcik dona ke KL..

Terpaksa ikut gak Along ngan Adik ke kedai motor.. Hurm.... Nie yang aku x nie...

Tetiba..... 
Aku terpandang dia... Alahai kenapa la dia bertenggek kat depan kedai nie??
Aku cuba tak pandang ke arah nya...
Aku cuma jeling ckit2 kat dia... Dia membalas jelingan aku.. 
Aduh...nak buat macam mana nie... Dia dah panggil2 aku nie..
Puas aku bermonolog dengan diri aku sendiri akhirnya aku kuatkan hati untuk berdepan dengan dia... Kali ini aku takkan cair lagik...
Makin lama makin dekat.. Ada satu perasaan yang kuat sehingga aku tak mampu nak menahan nya lagik... Damm!!!......

"....Alahai......apasal ko ada je kat cni???..." Kata aku depan dia.

"Kau tau tak aku betul2 suka kat kau..." Akhirnya aku mengaku...

Senyap...

Aku pejam mata lalu menyentuh tubuhnya.... Bergetar hati ku bila menyentuh tubuhnya...

Kemudian...

"Ngah....ko kenapa?...." Along menghampiri dan bertanya.

"Aku malas nak ke kedai motor nie pasal nie lah...." aku tunjuk motor idaman hati aku pada Along....

"Nanti la...." kata along..

Tak tahan nak tgglkan dia lagi...

Kau idaman hati ku....






Sabar yerr sayang duit tak mengizinkan lagik untuk kita bersama...

Waaaaaaaaa.... rindu kat diaaa.........



Semangkok Kata:
Hari Lahir aku dah dekat... Ada tak siapa2 nak hadiahkan aku motor nie?? :-)
(Ada hati nak motor lesen motor pon x dek..apa daaaaa....)

Tuesday, May 29, 2012

Pan Mee


Cak!!...

Haaa..... Hari nie lambat ckit post n3 sebab sibuk bergiat menguli tepung dan menyiapkan bahan2 untuk buat Pan Mee...

Selalunya kita selalu tengok masakan melayu macam malas lemak, rendang dan sebagainya..
So hari nie kita melencong cikit lah sebab selera aku pada masakan cina..

Masakan kali nie ialah Pan Mee

Masakan Hokkien, namanya adalah Pan Mee. Dalam bahasa Mandarin pula namanya Ban Mian.

Yang aku buat rasa original. Kalau kat kedai2 makan cina banyak terdapat dalam pelbagai versi dan rasa..

Jom jamu mata sat..
Ini adalah gambar ori yang aku masak sendiri dan tiada langsung penggunaan minyak ba aa atau pon daging2 baa aa. Resepi nie pon aku dapat dari kawan2 dan kebetulan mak pon ada kawan cina dan india mereka juga mengajar resepi yang sama tanpa ada sedikitpon penggunaan bahan tidak halal...

ulang sekali lagi semuanya adalah halal tapi jangan lak korang pi kedai makan cina makan kat cna lak...aku tak jamin ok....sebab sememangnya kalau kat kedai2 makan cina semuanya tak halal ok..

dah...jom kita tengok


Yang atas nie memang ori aku masak selain tu yang bawah2 nie hasil ehsan dari cik google yek sebab aku malan nak edit gambo banyak2 kikiki...





Menarik kan??

Rasa dia sangat terbaik!!!.....


Semangkok Kata:
Aku ngan mak dok keje buat Pan mee jerr hari2

Friday, May 25, 2012

Abang PosLaju


Hari nie dok depan umah tunggu abang Poslaju lagik…
Tunggu punya tunggu sampailah abang Poslaju tu hantar barang aku…
Sampai dia(abg Poslaju) tu dah kenal aku dah dari jauh dah panggil aku dengan nama penuh yang tertera kat bungkusan aku tu..
Kali nie abang Poslaju siap cakap wah banyak beli kali nie?? Aku tersingai mcm hari2 selalu dia hantar barang aku tanpa berkata sepatah pon.. Lepas sain aku terus sambut barang dan cakap terima kasih daun keladi… sampaikan abg poslaju tu cakap laa… sama2 lain kali order la online lagik boleh sy hantar selalu….
J Aku terus masuk ke dalam lalu membuka berang yang aku pesan tempoh hari… Hurm… puas..puas hati aku dapat gak beli barang2 supply keychain aku.. tak ada lah aku dok melangak jerr pasal barang tak ada…hahaha
Termenung jap……
Amik buku…
Check dulu barang yang di order… takut ada terlebih atau terkurang jerr sebab barang yang di order nie memang nak pakai sangat..
Ok check! (semua barang ada)
So proses menyusun barang ke tempatnya agar nak carik pon senang ckit dah la meja menjahit nie penuh ngan segala datuk nenek benang adoi ai…penin aku hari nie kemas petang dah berkumbah dah…tak pernah nak tersusun betul la barang2 aku nie…
Mak lak dok bebel jerr kata aku tak pandai kemas…
Tapi bila kemas mesti tak tahan lama petang jerr dah berkumbah dah…haiyaaa…. Soli la maaa kalau nak tgk aku berkemas tahan lama jangan kasik aku duduk kat tpt nie…comform aku x kan semakkan meja hahahaha…. 

Aku malas nak amik gambo so pinjam kat cik google jerr lah

Hasil curik dari Cik Google

Thanks Cik Google




Semangkok Kata :
Nak buat apa yerr??

Tuesday, May 22, 2012

Felt Ucapan Part 1


Salam pembaca semua…

Aku suka permulaan n3 aku dimulakan dengan salam kepada semua yang sudi bertandang membaca n3 aku yang tak lah berapa seronok kan??

Aku doakan semoga teman2 semua sihat dan gembira selalu…

Beberapa bulan nie aku memang sangat sibuk walaupon bukan lah sesibuk korang yang berkerjaya serta punyai bisnes sendiri kan??..

Bisnes korang sekali masuk ratus riban aku lak ciput walaupon tak sekali masuk tapi aku bersyukur…sebab ianya berpanjangan..

Sekarang nie tengah buat Felt Ucapan yang mana aku hanya menjual murah untuk sekeping Felt Ucapan tersebut dengan harga RM2.50 sekeping kepada budak2 sekolan yang ingin member ucapan tersebut sempena hari IBU dan hari GURU. 








Alhamdulilah syukur pada Ilahi memberi aku rezeki yang tak pernah putus… Malah aku berniat nak terukkan sehingga aku benar2 dapat berdiri dengah hasil rezeki aku sendiri.

Kalau aku tak tau aku anak carik ilmu biar aku berusaha sendiri…mungkin aku tak sepandai mana tapi aku punya keinginan macam orang lain aku nak punya sebuah perniagaan yang boleh menyenangkan aku satu hari ini dan aku nampak inilah minat aku malah selama 2 tahun ini aku belum pernah rasa jemu akannya…

Semoga aku tak kan pernah jemu dan aku harap dengan tulang empat kerat inilah yang bias merubah kehidupan aku satu hari nanti…




Semangkok Kata:
Semoga aku diberi rezeki yang berpanjangan Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...