seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Tuesday, November 29, 2011

Percaya....

PERCAYA...
Salam buat pembaca semua...
Pernah kah kita meletakkan kepercayaan kita pada seseorang yang sangat kita sayangi melebihi percaya pada diri sendiri??
Percaya yang dia akan terus setia pada kita dan jujur pada kita?
Aku??
Tipu lah kalau aku katakan tak pernah...
Dalam hidup aku ada 2 lelaki yang pernah hadir memberi cinta
F yang pernah aku sayang separuh mati dan percaya selama 12 tahun hilang begitu saja dan sehingga kini aku terus kehilangan dia...
A insan yang aku kenali kini..
Tanpa aku sedari sejak pertama kali aku kenali aku telah memperi 110% kepercayaan aku terhadap dia..
Apakah aku salah memberi?
Apakah benar apa yang aku lakukan?
Semoga kepercayaan aku kini tidak dikhianati oleh A...
Walaupon aku tahu cinta aku dan dia tidak direstui keluarganya....
Tuhan....Aku sangat menyintainya...





Semangkok Kata:
Mampukah aku memiliki cinta di tahap kepercayaan aku sebanyak itu???

Wednesday, November 16, 2011

Barang Baru sampai lagik..

Salam buat pembaca yang budiman..

Baru2 ini aku ada order barang di KEDAI SUS
Alhamdulilah barang2 semuanya sudah sampai....aku order...

Gambar2 ini aku amil di blog SUS.... huhu sebab aku malas nak amik gambar sendiri... sori.. :p

BR22 ~ FLOWER BRADS


BR02 ~ HEART BRADS 


EYELET PLIER


TALI HALUS 
Yang berwarna hitam


Terima kasih kat sus sebab saar kerana aku nie buat pembayaran agak lambat...

Apa2 hal pon tengah seronok nie barang yang selama ini diidamkan telah pon selamat sampai di tangan aku....

Untuk sesiapa yang ingin memberli barang2 untuk berkraft korang bolah lah terus langsung klik KEDAI SUS di atas 
Terima kasih SUS






Semangkok Kata:
Abang posmen tadi ciap ckp awk selalu terima pos laju... Apa barang2 yang awak terima yek??
hikhik.... aku jawab barang2 untuk kraft tangan bang :)
(untuk abang posmen....terima kasih yek hantarkan barang2 sy :) )

Thursday, November 10, 2011

HP strip

Salam pembaca semua....
JOM!
usha barang yang baru dihasilkan.....














Semangkok Kata
Terima Kasih pada yang mengorder...

Wednesday, November 9, 2011

Sakit......

Salam buat para pembaca sekalian...

Baru2 nie aku di uji dengan kesihatan yang sangat mengganggu sehingga aku terpaksa bercuti selama seminggu di rumah...

Jam menunjukkan pukul 4.11pm pada 30 Oct 2011
Ada yang mengganggu perut mula mengeras...
aku capai tigerbam lalu aku sapu di seluruh perut aku...
tapi perut makin sakit seakan angin yang meramas2 usus ku
tepat jam 6pm aku kemas2 untuk pulang dan bila along datang tanpa melihat jam aku terus mengajak pulang kerumah....
jam 9pm sakit diperut semakin terus aku x mampu untuk mengisi perut yang kosong sejak dari pagi...

Jam 3am pada 31 Oct 2011
Badan jadi sakit2...dan aku kesejukan malah aku menguigil.... bila aku pegang pipi terasa sangat panas...
dalam kesejukan aku bangun...aku teringat kalau kesejukan tanda suhu badan sangat panas...Arwah abah pernah pesan kalau dalam keadaan ini aku harus basahkan badan atau erti yang lebih difahami ialah mandi dengan membasahkan kepala atau rambut....
Dalam keadaan perut sakit aku memaksa badan untuk mandi walaupon aku dalam keadaan yang sangat sejuk......
dua kali jirus....
aku lap badan ala kadar dan terus berpakaian...
saat meletakkan kepala di bantal satu badan di serang krem....
bibir berlaga antara satu dengan lain aku cuba menahan kesejukan itu...
sehingga air mata mengalir tanpa henti kerana kesejukan yang selama ini aku tak pernah alami....
Maa terbangun bila mendengar aku mengeletar kesejukan...
Maa ambil penadol lantas dia hulurkan kepada aku..mengeletar2 aku  sambut dan terus menelan pil tersebut...
Namun mata tak mampu untuk ku lelapkan sampai ke pagi.....
dan  mulai 31 Oct 2011 aku terbaring sakit....

01 Nov 2011
Aku ke klinik mawar
Walaupon puas aku bagi tau doctor aku sakit perut tapi doctor hanya membuat pemeriksaan demam dengan mengambil suhu badan dan tekanan darah ku...
Tu dia suhu badan 40 darjah dan doc suspek aku kena demam panas..
Dapat MC dua hari
dapat antibiotic, ubat demam dan unat gastrik...
padahal aku tak pernah kena gastrik...dan aku mmg tak pernah ada masalah dengan gastrik...
Nak ckp apa kan? dia Doctor ada sijil aku ukan doctor tapi yang aku kesal dan tertanya sendiri ubat untuk sakit perut apa??

02 Nov 2011
Sakit di perut semakin teruk
Dari 30 sehingga 02hb aku tak mampu menjamah sedikit pon makanan perut makin mengeras aku x mampu membuang air besar malah membuang angin pon tak mampu...
aku hanya mengisi perut aku sengan air masak kosong dan susu halia panas..
setiap masa aku teringin nak muntah....
tekak jadi loya
bila masa aku nak muntak tak keluar apa2
bila tengok mnakanan tekak jadi kembang dan rasa nak muntah...
Satu hari aku hanya habiskan masa berbaring menahan sakit di perut...

03 Nov 2011
Badan makin lemah demam semakin menjadi2 tiap 4 jam aku akan demam...
Perut sakit tak terperi....
Adik dh bising nak bawa aku ke Hospital
Aku berkeras tidak mahu ke Hospital....Aku yakin doctor tak mungkin akan tahu apa sakit di perut aku...dan aku membayangkan kalau doctor memasukkan camera untuk melihat usus ku
paling tidah lakukan penbedahan....
Oh...TIDAK!!!........
Aku rela terbaring di sini dari menjadi bahan uji kaji para doctor pelatih yang sangat ramai di Hospital Melaka tu..

04 Nov 2011
Sakit berkurang sedikit dan membolehkan aku bangun dan berjalan...
Lantas hasrat maa yang mahu aku berjumpa tabib cina di kedai ubat di Merlimau itu aku penuhi....
Sampai di sengsei merlimau aku terus bercerita masalah yang aku alami...
 Aku diberi pilihan untuk makan ubat jenis syrup atau pil atau serbuk yang di bancuh dengan air...
Dan aku pilih serbuk..
Aku dapat 4 jenis ubat yang harganya RM50.00
Telan air liur aku....
sampai umah aku terus bancuh unat tersebut dan sangat berharap sakit dalam perut ini akan berkuranngan...
Alhamdulilah.....
Pertama aku sendawa walaupon rasa rempah2 yang tadi aku minum....
rasa loya hilang yang membolehkan aku menjamah sesuap nasi....
Malamnya aku datang bulan...
kira bendera jepun...

05 Nov 2011
Walaupon aku tak larat berdiri lama nanti kepala pusing tapi aku bersyukur sakit dalam perut sudah berkurangan.. Aku boleh makan dan tak lagi berasa loya...

Dalam pening2 aku ikut maa belanja barang untuk raya di Mydin MiTC Ayer Keroh..

sampai umah aku lepak abis....

06 Nov 2011
Selamat Hari raya Aidiladha....
Alhamdulilah aku dah mampu tersenyum.....ketawa...
Terima Kasih Maa...Ipon...Abang....CT....
selama aku sakit dorang mmg rajin melayan kerenah aku yang sakit mengalahkan budak kecik...
Aku sayang korang semua....
Buat BosS En. Marwan..
Terima kasih kerana memahami situasi saya....
semoga lepas ni sy ssh nak sakit lagi mcm sebelum2nya ssh nak sakit dan bila sakit ssh nak baik...kekekeke...
Buat A
Terima kasih kerana walaupon keadaan x mengizinkan untuk kita berbicara lama kerana tahap kesihatan ku yang sangat teruk kau mampu menghiburkan hati ku setiap saat....
Thanks Sayang seba memahaminya..

Inilah ujian yang benar2 menguji kesabaran aku....
ujian yang Allah turunkan untuk ku...dan Alhamdulilah aku masih tetap mampu menghadapinya dengan bantuan Maa serta adik beradik aku....
Terima Kasih semua...





Semangkok Kata:
Semoga aku mampu menghadapinya nanti lagi.....

Monday, November 7, 2011

Santan Kelapa Sawit


Salam Aidiladha buat para pembaca....
Setiap kali aku menulis aku kadang kala menjadi binggung apa yang seharusnya aku tuliskan kat cni dan aku tau hanya beberapa ciput jerr yang membaca dan yang lainnya hanya singgah meninggalkan tapak yang kadang kala aku sangat pasti tapa itu hanyalah untuk mengabuli mata aku kerana ianya adalah palsu.....
Apa pun terima kasih sebab masih setia men follow aku insan yang langsung tak ada istimewanya..Ahu hanya menjalani kehidupan yang aku sendiri tak pasti entah kemana li tidak seperti orang lain punyai tujuan dihadapannya...
So hari nie aku nak bercerita tentang SANTAN KELAPA SAWIT.
Tentu korang pernah mendengar tentang santan kelapa sawit ini dimana2 media atau akbar tempatan bukan??


Inilah rupanya bungkusan santan kelapa sawit dan sebagai pengguna setia santan ini satu peket santan ini  dengan harga hanya RM7.90 atau mungkin kat area korang harga agak berbeza atau aku pon tau kau...santan ini sangat bagus untuk pengamal hidup yang sihat.... sebabnya kurang kolestrol.
Malah kalau biasa kita masak lemak kita menggunakan 1 cawan santan untuk satu2 hidangan tapi bila menggunakan santan kelapa sawit kita hanya menggunakan setengah cawan sahaja.....rasanya???
Pada aku sangat sedap....
Jangan kata tak sedap sebab kalau biasa sangat dengan sesuatu rasa tu ssh kita...zaman makin maju dan permakanan kita harus lebih berhasiat agar kita dapat menjalani kehidupan yang leih bermakna dimasa akan datang....
Bukan kita nak melupakan makanan2 tradisi tapi kita ubah supaya hidup kita lebih sihat...bukankah itu amalan yang baik?? Wah......terasa mcm pakar permakanan saka aku nie hahaha.....
Aku hanya ingin berkongsi benda baik ini bersama2 pembaca yang setia kekadang dok bukak blog tak ada yang berfaedah pon yang dorang dapat...dapat info tentang permakanan sihat kan suatu ilmu....
Ok tentu ada yang dh menguap sekarangkan??
Disebabkan beberapa hari yang lepas kita baru saja menyambut raya haji jom tengok juadah aku masak bersama2 bonda kesayangan aku...

Daging masak rendang cilipadi


Dan

Ayam masak kurma...



Maka kalau x ada nasi impit adalah rasanya tak sedap kan nak anyam ketupat aku tak pandai cian kat mak nanti kena anyam sengsowang so hamik jerr mcm nie sama gak masuk mulut hahahaaa.....



Selamat Hari Raya Qurban buat semua dan raya haji kepada para jemaah haji kita.....





Semangkuk Kata:
Apalah erti raya jika tiada sanak saudara....... ^_____^

Sunday, October 30, 2011

Hadiah Tak Ternilai

Salam Sayang para pembaca...
Selalunya kalau aku bukak blog aku akan teris memaca rakan2 bloger yang punyai cerita yang menghiburkan malah aku suka membaca cerita tentang kebahagian mereka....
Cemburu?
Tentu saja aku cemburu...tapi aku selalu berdoa akan ada bahagia dalam dunia cinta aku...
Dan Alhamdulilah aku bersyukur walaupon cinta aku dihalang orang tua tapi dia tak pernah abaikan aku..
baru2 nie hari lahir aku yang ke-30.. Tua kan?? Jangan tanya bila aku nak kawen dengan keadaan yang meruncing malah cinta tak direstui ini membuat aku malas dah nak fikir apa lagi yang aku harus lakukan...

Dsebabkan cinta tidak direstui kami sangat sukar berjumpa dengan masa kerja masing2 tak menentu...dan sekarang boleh kira sebulan hanya sekali saja kami boleh berjumpa itu pon si dia terpaksa menipu untuk datang ke melaka berjumpa aku..Maafkan sy makcik...sebab saya tak bisa melupakan dan melepaskan anak makcik sebab sy terlanjur sangat menyintai anak makcik.....

Aku tak pernah putus berdoa agar Mak dia terbuka hati menerima aku yang tua 4 tahun dari dia...Janganlah kerana umur saja menjadikan hubungan ini terus tak direstui....

28-OCT-2011 JUMAAT
Aku dan dia bertemu...
Alhamdulilah tak terjadi apa2 yang tak diingini...
Maafkan sy kerana tak pernah beritahu cerita kita ada diceritakan dalam blog peribadi sy yang sy tak pernah beritahu alamatnya...

Di sebabkan aku tak mahu keluarganya tahu dia ke melaka untuk bertemu aku jadi kami berjanji jumpa pagi itu...Dia datang ke rumah mengambil aku dan dengan doa dan restu dari mak (mak aku) kami keluar jalan2 di sepanjang taman rempah bercerita saling mengisi hati masing2 dengan cinta yang tak berbelah bagi

Selepas solat jumaat

Kami ke Aeon Jaya jusco bandaraya melaka.
First time seumur hirup aku umur dah 30 gi makan PIZZA HUTT.... (ok sekarang korang boleh gelak ....serius aku mmg tak pernah makan pizza hut nie....
Sedap...sedap sangat lebih2 lagi ada sup...muka x malu aku mintak dia punya sup hahaha punya la mcm orang tak pernah jumpa sup kan?? Aku peduli apa...
Tiba2 sampai kek aiskrim volcano.... sempena hari lahir aku yang ke 30...
Rasanya aku asyik betulkan tudung dan gosok mata...Takut dia perasan aku dah nak mengalir air mata... dah lama rasanya aku tak sambut besday sejak Arwah abah pergi...
ini sebahagiaan kek aku yang aiskrimnya aku ngan dia dah kacau....hahaha




Lepas makan kami jalan2....
Windo shopping kekononnya....
Tengok minyak wangi....semua minyak wangi kat sana aku dok pancit kat badan dia.....
Hahahaha..... sampai kat part anak2 patung aku yang x sedar diri kalu tgk anak patung nie pon sibuk la dok peluk dari satu ke satu teddy bear yang ada kat cna....
Tiba2 dia tanya..
......"ayang nak yang mana satu?"......
Sebab dia selalu bergurau so aku tunjuk yang besar tu...
....."ayg nak yang nie b".....
dia amik dan bg pada aku....dia ckp "....jom kita bayar......."

ada lah adegan2 yang mengada2 yang aku malu nak cerita kat cni...

........Tapi dengan mata dah mula berair aku letak teddy bear tu kat kaunter walaupon aku senyum tapi aku rasa chasher kat jj tu perasan aku dh nak nangis.....
Bukan sebab sedih...ini adalah hadiah pertama dari orang yang sangat aku sayang
Anak patung tu mahal tapi dia sanggup belikan untuk aku...
dan terjadilah adegan Terima kasih sampai la ke balik.....
Sampai umah aku senyum sampai ke telinga..... Tapi mak bising dia ckp aku x patut terima barang semahal tu...

Jawapan si dia ..... Sempena hari lahir ayang b hadiahkan ayg Teddy bear nie, dan b ikhlas atas pemberian ini tak ada paksa2 punya....khas untuk ayang....

maka adalah sesi berposing bila dh sampai umah...sampaikan aku pon lupa nak pakai tudung wakakaka....


Aku tau walaupon dah selang beberapa hari tapi aku masih mahu mengucpkan Terima Kasih sayang atah hadiah yang tak disangka dalam usia 30 ini....semoga Allah bukakan hati orang tua b menerima kehadiran ayang dalam hidup meraka dan b....

Sebelum sampai rumah aku tinggalkan kejchain ini di kunci kereta dia...semoga dia menjaga ia sebaik2nyaaa.....




Teman-teman para pembaca.....doakan diNaz ye... Semoga Cinta kali ini direstui dan diberkati..... 







Semangkok Kata:
Sampai bila aku punyai cinta yang tak berkesudahan? 

Friday, October 21, 2011

Barang baru masok oiii........

Hari2 dok update blog pasal hati dan perasaan...naik muak agaknya korang membaca kan??kan??

So untuk hari nie aku nak update barang2 kraft yang dh selamat sampai ke pangkuat tuan2 nyerr... 
Tapi untuk kali nie aku nak tunjuk barang baru yang semalam masuk....hiuhiuh....

Malas nak cerita panjang2 nama kain nie velboa.... aku panggil  kain bulu2 sebab kain nie jenis berbulu2 ah x kisah la tapi hari nie senang sebab barang dh sampai....
Jom kita usha...


Alamak terang pulak


ish...terang lagik lak.....jap...


tadaaa....!!!


cantik kan..kan..kan.... ;-)


Thanks asma barang telah pon sampai semalam cumanya tak puas hati sebab barangnya sampai dah terkoyang..dan pelastik fiber sy spt dibuka orang.....
so Fiber tak dapat ditunjuk seba rupanya menyedihkan...

untuk sesiapa yang perlukan supply barang2 kraf sila lah berkunjung di
atau

ok lah aku nak keluar jalan2 cari makan walaupon hari nie aku demam.....tetiba teringat buah tembikai lak nak pi makan sat ea.....

muah...muah....sayang korang...





Semangkok kata:
Bila dqah tiba saat demam aku akan menjadi seorang yang lebih gila dari orang meroyan....kekekeke...... rasa nak mamam piza laaa....korang...jom.....

Tuesday, October 18, 2011

Cinta tidak di restui....

Dulu aku hanya membaca cerita cinta tidak direstui hanya di novel2 serta surat kabar....
Aku pernah berkata dalah hati...semoga aku tidak berada dalam kemelut ini...
Aku yakin aku mampu dn cuba jadi yang terbaik dn kiranya ada kekurangan aku hanya mahu dibetulkan bukan mahu ia jadi penghalang hubungan aku dan bbakal mertua aku....
Tapi aku terlupa...
Terlupa pada fitrah manusi...
Tak semua yang kita suka itu orang akan suk.....itu adalah kesilapan besar aku....
Saat perkara itu ku anggap enteng rupanya telah menjadikan hubungan ini terhalang....

Cinta ku terhalang kerana umurku yang lebuh tua 4 tahun dari dia.....
Damn!......
Kini aku di persimpangan....
pihak lelaki belum mengenali aku lagi...hanya tahu umur aku.....Lantas aku ditolak.....
Adilkah buat ku?.....
Ada apakah dengan umur itu?
Aku buntu memikirkannya......
Dimanakah sudahnya hubungan cinta untukku?
Apakah rencananya Tuhan untukku??
Oh Tuhan... Aku pasrah dengan kehendak mu....





Semangkuk Kata
Apakah aku mampu meraih sebuah cinta suci untuk diri ku?? Ya Tuhan...Kau berikan aku sejuta kesabaran untuk terus menyintai Mu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...