seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Sunday, October 30, 2011

Hadiah Tak Ternilai

Salam Sayang para pembaca...
Selalunya kalau aku bukak blog aku akan teris memaca rakan2 bloger yang punyai cerita yang menghiburkan malah aku suka membaca cerita tentang kebahagian mereka....
Cemburu?
Tentu saja aku cemburu...tapi aku selalu berdoa akan ada bahagia dalam dunia cinta aku...
Dan Alhamdulilah aku bersyukur walaupon cinta aku dihalang orang tua tapi dia tak pernah abaikan aku..
baru2 nie hari lahir aku yang ke-30.. Tua kan?? Jangan tanya bila aku nak kawen dengan keadaan yang meruncing malah cinta tak direstui ini membuat aku malas dah nak fikir apa lagi yang aku harus lakukan...

Dsebabkan cinta tidak direstui kami sangat sukar berjumpa dengan masa kerja masing2 tak menentu...dan sekarang boleh kira sebulan hanya sekali saja kami boleh berjumpa itu pon si dia terpaksa menipu untuk datang ke melaka berjumpa aku..Maafkan sy makcik...sebab saya tak bisa melupakan dan melepaskan anak makcik sebab sy terlanjur sangat menyintai anak makcik.....

Aku tak pernah putus berdoa agar Mak dia terbuka hati menerima aku yang tua 4 tahun dari dia...Janganlah kerana umur saja menjadikan hubungan ini terus tak direstui....

28-OCT-2011 JUMAAT
Aku dan dia bertemu...
Alhamdulilah tak terjadi apa2 yang tak diingini...
Maafkan sy kerana tak pernah beritahu cerita kita ada diceritakan dalam blog peribadi sy yang sy tak pernah beritahu alamatnya...

Di sebabkan aku tak mahu keluarganya tahu dia ke melaka untuk bertemu aku jadi kami berjanji jumpa pagi itu...Dia datang ke rumah mengambil aku dan dengan doa dan restu dari mak (mak aku) kami keluar jalan2 di sepanjang taman rempah bercerita saling mengisi hati masing2 dengan cinta yang tak berbelah bagi

Selepas solat jumaat

Kami ke Aeon Jaya jusco bandaraya melaka.
First time seumur hirup aku umur dah 30 gi makan PIZZA HUTT.... (ok sekarang korang boleh gelak ....serius aku mmg tak pernah makan pizza hut nie....
Sedap...sedap sangat lebih2 lagi ada sup...muka x malu aku mintak dia punya sup hahaha punya la mcm orang tak pernah jumpa sup kan?? Aku peduli apa...
Tiba2 sampai kek aiskrim volcano.... sempena hari lahir aku yang ke 30...
Rasanya aku asyik betulkan tudung dan gosok mata...Takut dia perasan aku dah nak mengalir air mata... dah lama rasanya aku tak sambut besday sejak Arwah abah pergi...
ini sebahagiaan kek aku yang aiskrimnya aku ngan dia dah kacau....hahaha




Lepas makan kami jalan2....
Windo shopping kekononnya....
Tengok minyak wangi....semua minyak wangi kat sana aku dok pancit kat badan dia.....
Hahahaha..... sampai kat part anak2 patung aku yang x sedar diri kalu tgk anak patung nie pon sibuk la dok peluk dari satu ke satu teddy bear yang ada kat cna....
Tiba2 dia tanya..
......"ayang nak yang mana satu?"......
Sebab dia selalu bergurau so aku tunjuk yang besar tu...
....."ayg nak yang nie b".....
dia amik dan bg pada aku....dia ckp "....jom kita bayar......."

ada lah adegan2 yang mengada2 yang aku malu nak cerita kat cni...

........Tapi dengan mata dah mula berair aku letak teddy bear tu kat kaunter walaupon aku senyum tapi aku rasa chasher kat jj tu perasan aku dh nak nangis.....
Bukan sebab sedih...ini adalah hadiah pertama dari orang yang sangat aku sayang
Anak patung tu mahal tapi dia sanggup belikan untuk aku...
dan terjadilah adegan Terima kasih sampai la ke balik.....
Sampai umah aku senyum sampai ke telinga..... Tapi mak bising dia ckp aku x patut terima barang semahal tu...

Jawapan si dia ..... Sempena hari lahir ayang b hadiahkan ayg Teddy bear nie, dan b ikhlas atas pemberian ini tak ada paksa2 punya....khas untuk ayang....

maka adalah sesi berposing bila dh sampai umah...sampaikan aku pon lupa nak pakai tudung wakakaka....


Aku tau walaupon dah selang beberapa hari tapi aku masih mahu mengucpkan Terima Kasih sayang atah hadiah yang tak disangka dalam usia 30 ini....semoga Allah bukakan hati orang tua b menerima kehadiran ayang dalam hidup meraka dan b....

Sebelum sampai rumah aku tinggalkan kejchain ini di kunci kereta dia...semoga dia menjaga ia sebaik2nyaaa.....




Teman-teman para pembaca.....doakan diNaz ye... Semoga Cinta kali ini direstui dan diberkati..... 







Semangkok Kata:
Sampai bila aku punyai cinta yang tak berkesudahan? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...