seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Friday, October 29, 2010

Windoo Anna!

Pemergian Allahyarhammah pada tanggal 26 dec 06 

Teratak Anna Abadi adalah sebuah forum yang popular disekitar tahun 2002 sehinggalah 2006 kalau tak silap. Ianya dihasilkan oleh Allahyarhamah saudari Anna. Aku sendiri tidak mengenal arwah kerana aku lebih kepada pelawat dan pemerhati di forum berkenaan. 

Forum itu lebih kepada cerita cinta, madah dan puisi. Forum itu memang popular dan mempunyai peminat tersendiri. Malah aku juga tidak terkecuali. Aku dahulu sering mengambil madah cinta dari sana dan publishkan disini. Ini antara madah yang ku ambil 

Mungkin Tuhan menginginkan 
kita bertemu dan bercinta dengan orang 
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti 
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. 

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan 
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. 
Cinta 
bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta 
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta 
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka 

Sungguh menyakitkan 
mencintai seseorang 
yang tidak mencintaimu, 
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang 
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. 

Rupanya laman yang aku cari selama ini telah ditutup sejak Arwah Anna pergi menemui penciptanya... 
Forum Teratak Anna Abadi ditutup sebaik kematian pemiliknya. Penutupan forum dilakukan oleh rakan rakannya diatas permintaan arwah sendiri 

Kerana itu anna telah meninggalkan pesanan kepada kawan-kawan anna. Nak dikatakan wasiat agak kelakar pula, tetapi ia tetap pesanan yang wajib ditunaikan oleh kawan-kawan anna jika anna ditakdirkan pergi dahulu. 

Pesanan anna…tutuplah hompej anna. ..tutuplah blog anna…tutuplah Teratak dan segala-gala perkara yg melibatkan anna di internet. Buanglah semua gambar-gambar anna yg tersimpan di chamber rahsia yg hanya diketahui teman-teman rapat. Buanglah puisi-puisi anna kerana anna tidak mahu kawan-kawan anna bersedih dgn apa yg anna tinggal. Hilangkan semua jejak anna di alam maya yang tidak bertepi ini. Mereka tahu password anna. Password anna hanya satu utk semua perkara. Anna tidak pernah mengubahnya sejak pertama kali anna mengenali apa itu password di alam maya. Password itu tetap sama dan ada makna tersendiri. Mereka adalah kawan-kawan anna yang anna percayai dan anna tahu mereka tidak akan mengecewakan permintaan anna. 

Anna tidak mahu website anna tergantung-gantung di maya selepas ketiadaan anna. Anna telah banyak melihat website dan blog yang ditinggalkan sepi oleh pemiliknya yang sudah kembali kepada Tuhannya. Dan tahun ini saja sudah ada 2 teman blog anna yg deceased. Salah satunya blog teman blogger anna, misznana yg telah kembali ke rahmatullah. Blognya tergantung begitu saja tanpa ada sesiapa menutupnya. 
Al-Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman... Amin.... 


Mengapa aku masih merinduinya?..... Aku pon tak pasti...
Semoga tenang di sana nanti....

sebak rasanya hati ini..... 
mUcH lOvE bEbEh! 




2 comments:

eyqaaman said...

sedihnyaa..al fatihah buat arwah.. ;)

DiNaZ said...

Al-fatihah....mmg sedih...dulu masa aku lom kenal blog nie aku selalu bertandang kat web dia...dia baik sangat tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...