seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Saturday, February 19, 2011

RiNdU....


Bagaimana harus aku terus diam..
kalau ini semua tak berbalas
Bagaimana harus aku terus diam
Kalu ini semua tergantung

yang ada di sana, yang ada dimana

taukah kau jika aku tulis ini
tulis tentangmu, tentang rindu ku kepada mu



engkau…
pernahkah juga menyambut rinduku
walau hanya dengan senyum
tanpa harus kau ucap kata penyambutan

engkau…
yang ada dimana
ketahuilah aku terus merindumu
ketahuilah aku terus menantimu kembali
kembali bersama sperti waktu itu
waktu yang penuh gurau seda
waktu yang berlalu dengan indah
waktu yang slalu terkenang



Tuhan..
sampaikan padanya
tentang rinduku....
tentang rindunya yang slalu kutunggu
tentang rindunya, Tuhan…







Semangkuk Kata :

Ahhhh.........sampai bila aku nak jadi seorang perindu nie??

Friday, February 18, 2011

Kopi oh kopi

Anda suka kopi??


Tahukah anda jenis kopi dan cara penyediaannya??


Jom!...Aku adalah penggemar kopi... Selain Teh kopi adalah salah satu perkara yang wajib dalam hidup aku..


Info ini aku ambil dari Cik Google so aku berbesar hati nak kongsi ngan korang




Espresso

Espresso dibuat dengan mesin brewing khusus. Biji kopi diletakkan di dalam mesin kemudian air dialirkan dengan tekanan sangat tinggi. Akibatnya ekstrak kopi turut keluar bersama air. Hasilnya keluar dari lubang kecil pada bagian bawah mesin tersebut. Seluruh biji kopi yang tersisa di dalam mesin harus dibuang dan diganti dengan yang baru jika ingin membuat kopi yang berikutnya.
Trivia : mesin pembuat espresso tersebut pertama ditemukan oleh Luigi Bezzera dari Italia pada tahun 1901. Di Italia, espresso diminum dalam cawan kecil setelah makan siang atau malam.

Cappuccino

Cappuccino merupakan resepi yang sangat popular. Kopi ini mempunyai tiga peringkat utama : espresso, susu (steamed milk), dan foam. Cappuccino merupakan salah satu jenis hidangan kopi paling popular di dunia yang mempunyai ciri khas adanya buih setebal kurang lebih 2 cm pada bahagian permukaan. Menurut sumber, kopi ini adalah jenis yang paling susah dihidangkan dengan betul.
Trivia : orang Italia hanya minum cappuccino pada pagi hari, sebelum pukul sebelas. Sementara di sesetengah tempat lain, cappuccino biasanya diminum pada bila-bila masa saja.

Macchiato

Macchiato adalah espresso yang ditambah dengan sedikit susu yang tidak dicampur tetapi kesannya seperti dimendapkan agar membentuk satu lapisan dibahagian atas espresso. Berbeza dengan cappuccino yang memang merupakan campuran espresso dan susu, pada macchiato susu berfungsi untuk melapisi espresso dari atas dengan lapisan nipis.
Trivia : selain mengunakan steamed milk, selain itu milk foam juga boleh dugunakan. Hal ini adalah kerana kopi tersebut mengandung susu. Macchiato ini punya nama lengkap espresso macchiato.

Caffè Latte

Caffè Latte adalah kopi yang popular di Amerika tidak hanya di Itali. Latte berasal dari bahasa Italia yang artinya susu. Jadi andai korang memesan latte di kafe-kafe Italia, anda akan mendapatkan segelas susu. Caffè latte (untuk membezakan dengan susu biasa), terdiri atas sepertiga espresso dan dua per tiga susu, ditambah sedikit foam setebal 5-10 mm di atasnya.
Trivia : minuman ini mungkin cukup disebut ‘kopi susu’ di Malaysia. Di Prancis, namanya café au lait, di Spanyol, namanya café con leche, dan di Portugal, namanya café com leite .

Long Black

Long Black popular di Australia. Kopi ini adalah ‘espresso cair’, yang dibuat dengan cara menuangkan espresso di atas air panas. Air panasnya dulu, baru espresso. Urutan tersebut dimaksudkan supaya tidak merosakkan cream yang terdapat pada espresso. Hidangan kopi jenis ini banyak menggunakan bahan biji kopi yang berasal dari Ethiopia (Arabica) dan Sumatera.
Trivia : jika korang menuang espresso dulu baru air panasnya, maka disebut cafe americano. Yang membezakan antara Long Black dan Americano adalah cara menyediakan.

Frappuccino

Frappuccino adalah kopi ais kegemaran aku. Diciptakan oleh Coffee Connection di Boston, hak cipta frappuccino ini kemudian dibeli oleh Starbucks. Istilah frappuccino berasal dari kombinasi frappe dan cappuccino. Frappe merupakan istilah untuk milk shake yang kental. Di Starbucks sendiri tersedia berbagai jenis pilihan frappuccino, termasuk yag menjadi favorit aku, Java Chip Frappuccino.
Trivia : Jenis frappuccino yang ada di Starbucks meliputi Java Chips, Caramel, Mocha, hingga Raspberry. Yang besar biasa ditawarkan dengan harga ehm… sendiri mau ingat lah.....






Semangkuk Kata :

huh.....ok lah korang aku nak buat kopi jap lah ...hikhik...kopi-o jerk boh ais yumm.......

Wednesday, February 16, 2011

Manik oh manik!

Ada orang suka jalan2 
ada orang suka bekerja
ada orang suka membaca 
ada orang suka menyanyi untuk mengisi masa lapangnya...

Bagi aku pulak aku suka jalan2 tapi bila patah kaki (tak ada transport) so aku lebih suka buat ini kat umah...

Menjahit manik atau menjahit kraft dari kain felt

Jahit manik sebenarnya banyak tapi kebanyakannya baju2 kawan2 aku dan yang aku tunjuk nie adalah first jahitan serabut aku pada baju kurung aku... 













Banyaknya gambo sampai terlelap2 aku menguploadkannya... 

korang boleh la comment apa2 yang patut ek....

nanti aku buat n3 lagik ok! dah aku nak keluar jap beli benang nie...










Semangkuk Kata:

walaupon panas terik 2-3 hari nie sampai basah ketiak aku tapi tetap gagahkan diri berjalan kaki dibawah teriknya matahari semata2 kerana benang dan manik dah habis

Tuesday, February 15, 2011

Apa itu Felt??

Ok....

Sebenarnya aku tengah menjahit keychin yang dioder oleh kawan-kawan adik2 aku...

Niat sebenar nak cek mail jerk n jengah2 blog so ada lah beberapa kawan2 yang tanya apa itu felt...

Ini adalah apa yang aku tahu...so aku harap korang semua faham ek....apa itu Felt...:)

Kain flanel atau lebih dikenali sebagai felt adalah jenis kain yang dibuat dari serat wol, tanpa ditenun. 



Flanel atau felt adalah jenis kain tertua dalam sejarah manusia, lebih tua dari kain tenun dan rajut. 




Kain Flanel atau kain felt dapat digunakan untuk membuat aneka kreasi menarik seperti dompet, gantungan kunci... seperti ini ni............ ^_^



8sumber dr cik google

Sekian... :) harap x ada yang tertinggal yek!


Felt merupakan fabrik yang dihasilkan daripada bulu biri-biri (wool). Oleh sebab itu, fabrik jenis ini boleh menarik kehadiran serangga perosak. Sekiranya kain felt yang kita simpan sebagai stok itu diserang serangga perosak ini, rendamkan sahaja di dalam air suam lebih kurang 10 minit bagi membunuh larva yang terdapat di celah-celah fabrik tersebut.

Setelah felt direndam, perah felt dengan lembut untuk mengelakkan felt mengalami regangan yang boleh menyebabkan bentuk dan kualiti felt berubah. Antara tips memerah felt adalah dengan menggunakan tangkupan tuala di atas dan di bawah felt seterusnya digulung perlahan-lahan untuk mengeringkan airnya.


Sekiranya felt terkena kotoran, basuh dengan menggunakan air suam dan gunakanlah pencuci atau detergen seminima mungkin. Jangan sekali-kali menggunakan air panas kerana boleh menyebabkan kain felt mengecut.


Felt juga haruslah dikendalikan dengan teliti kerana fabrik jenis ini mudah regang dan berbulu. Oleh itu, sekiranya kita hendak menghasilkan produk felt untuk kegunaan sehari-hari gunakanlah felt yang lebih tebal. Felt yang telah regang sukar untuk dipulihkan. Tetapi sekiranya produk felt itu fabriknya mulai berbulu dan menggumpal, rapikan sahaja dengan menggunakan gunting yang tajam.

Felt sebenarnya lebih mesra dan mudah dikendalikan dengan jahitan tangan berbanding mesin. Apabila kita hendak menjahit felt, pastikan jarum yang digunakan tidak terlalu besar dan tidak terlalu halus. Apabila kita menggunakan jarum yang terlalu besar, lubang-lubang jarum akan jelas kelihatan pada jahitan kita dan ini akan menjejaskan rupa jahitan. Sebaliknya, apabila jarum yang digunakan terlalu halus, jarum tersebut berkemungkinan besar akan patah. Oleh itu gunakanlah jarum yang sederhana besar.

Antara gam dengan jahitan mana yang lebih baik? Kedua-duanya boleh digunakan. Tetapi sekiranya produk yang digunakan itu digunakan dengan kerap maka lebih baiklah dijahit. Kerana dengan penggunaan gam, lama-kelamaan gam tersebut akan mengeras, rapuh dan fabrik tersebut akan tertanggal. Gam lebih sesuai digunakan untuk menghasilkan produk felt yang digunakan sebagai hiasan semata-mata. 




Akhir sekali, jauhkan felt daripada haba yang tinggi kerana felt boleh mencair dan hilang bentuk asalnya.











Semangkuk Kata :

nak tunjuk sendiri punya lom siap lagik...helo apasal aku nya x cantik nie?? kalu nak jual pon owang kata buat malu jerk hikhikhik....

Saturday, February 12, 2011

Kain Felt

Maaf yek kak Asma Dinaz bz la nak update blog nie

Kain Felt yang aku oder minggu lepas dah selamat sampai hari Isnin kol 1:23PM

jom jenguk2 apa yang aku beli...








Terima kaseh Kak Asma

Kepada yang nak beli kain2 felt nie boleh la jenguk kat blog kak asma yek.....

Selamat bershopping!





Semangkuk Kata : 

Dok pk lak nak buat apa ek ngan kain2 nie?? erm.....

Friday, February 11, 2011

GA PERTAMA PONDOKKECILKU

Jom!

Aku tengah mencari2 barang untuk dihadiahkan kepada mak aku sempena hari ibu nanti...

Alah aku tau hari ibu tu memang lama lagik tapi aku tak nak hayal2 nanti2 sekali time hari ibu aku langsung tak dapat nak bagi sesuatu yang istimewa kat mak aku......

Baru2 nie aku ada la jalan2 shopping so mak aku ada berkenan ngan kebanyakan baju2 kat butik2 tu...

So aku mula simpan sen sikit2 hikhik...aku ingat nak bagi hadiah paling istimewa kat dia...sekali....ada lak GA yang menawarkan baju2 yang men=mang mak aku sangat minat so...

Sempena Hari ibu kalau aku menang aku nak hadiahkan salah satu baju nie kat mak aku..tapi kiranya kalau aku tak berpeluang aku akan beli gak sepasang untuk mak yang paling aku sayang dalam dunia ni....

Pada siapa yang minat baju jom KLIK SINI atau korang boleh klik banner atas tu untuk teruk ke blog tuan yang punya GA nie yek.........

Good luck all!!!




Semangkuk Kata :

Kalau la dapat yang biru tu....hikhik...nie nak bg mak kerr nak pakai sendiri ni?? (muat kerr??)hikhikhik...

Thursday, February 10, 2011

20 Fakta Gile?

Aku telah di tag oleh sahabat aku yang dulu aku kenali di YM-Room Melaka 1.

Tag ni senang je, korang buat entry pasal 20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling korang..Hmm..banyak sangat? Tak banyak la…Sebab korang hanya buat fakta ni untuk 4 orang n divide kepada 20 fakta, baru 5 fakta untuk tiap seorang..Hehehe~ Sooo…Korang kena buat 5 fakta tentang diri korang, 5 fakta tentang ibu/bapa korang, 5 fakta tentang sahabat karib/best frenz/buddy/BFF korang, n 5 fakta tentang pakwe/makwe/suami/isteri korang..Pastu tag la 5 orang kawan2/sedar mare/sahabat blogger korang..Senang kan?

Adoi ai..... (menggaru-garu kepala dok fikir nak tulis apa....)

Cik Epal!... why u!!!!



5 fakta tentang Aku!

1. Aku suka air sirap
2. Aku suka makan
3. Aku suka tido, tido, dan tido!
4. Aku suka berjalan tanpa mengingatkan rumah (tak reti nak balik :P)
5. Aku suka bilik aku (walaupon aku hari2 tido kat ruang tamu hahaha)

5 Fakta tentang Maa aku:

1. Mak aku cantik dari aku
2. Mak aku sporting
3. Mak aku masak sedap!!
4. Mak aku takut doctor.
5. Mak ngan Arwah Abah aku lahir pada 01 October

5 fakta tentang kawan aku Zuraini (my BFF):

1. Dia suka shopping.
2. Dia suka duit.
3. Dia suka gelak bila ngan aku jerk! (Gelak kuat tau!!)
4. Dia suka high heel
5. Dia hantu F1 (sanggup ponteng kelas nak pi tgk F1 tau!)

5 fakta My Hero (my BF):

1. Dia Hensom!
2. Dia suka buat lawak.
3. Dia suka nyanyi. ( walaupon time tu orang semua nak tidur dah...:P)
4. Dia sangat menyenangkan
5. Dia sayang sangat kat aku hehehehe. =p

Ok sudah kiranya aku menjawab sengan penuh hemah yak cik epal!

So aku akan tag:


  1. Nazlieza
  2. Cik Juliet
  3. Cik Dni
  4. En. Hasrul
  5. Cik Yana



Sila lah menjawab yek!!.... 

Sudi-sudikan lah meluangkan masa yang ada :P





Semangkuk Kata :

Berpeluh-peluh dok pk nak tulis apa :P

Monday, February 7, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

JOM!!! 

GEGAR 1,000 BLOG !!



SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Untuk join sama2 klik banner atas tu ok!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...