seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Saturday, June 11, 2011

2 bulan lamanya...

2 bulan lamanya aku mencari siapa aku sebenarnya
apa yang aku mahukan dalam hidup ini
apa yang aku cari
dan yang pasti untuk apa aku disini?

Aku bersyukur kerana pernah disapa angin
pernah digigit mentari
bermain dengan hujan
juga bersatu dalam kegelapan malan...
untuk apa aku disini?

Terlalu banyak yang aku fikirkan....

Dimana harus ku mulakan
di mana pula harus aku akhirkan?
harus kah aku pergi ke kanan?
atau aku harus ke kiri?


Mampukah aku merungkai semuanya dalam satu masa?
atau aku harus mengikut detik masa?....
ikut saat kah?
Minit kah?
Jam kah?
dan bagaimana?
Ahhhh........ Aku semakin tak mengerti...

selagi bumi bergerak mengikut paksinya
selagi ada bulan bintang serta matahari
aku tak pasti bila....
aku tak pasti sampai bila aku diperlukan disini...
sebelum nafas terhenti aku harus mencari dan terus mencari...

Apakah kasih banyak masa yang aku perlukan?






Semangkuk kata:
Apakah kita puas dengan diri kita??
ah aku semakin pening.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...