seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Tuesday, October 2, 2012

Selamat Hari Lahir Maa


Salam pembaca yang dikasihi

Semalam 1 Oct. sempena hari lahir Mak.. Tarikh yang sama gak adalah hari lahir Arwah Abah...

Bila kenang balik dulu kalau nak beli hadiah mesti nak carik barang yang sepasang sebab tarikh lahir Mak dan Arwah Abah adalah pada hari yang sama cuma tahun sahaja yang x sama...

Sekarang yang ada hanyalah Mak... 
Apa pon aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat MAK!

Mak..
Sempena hari lahir nie bebeh doakan mak sihat panjang umur dan bertambah rezeki mak 
Bebeh dan adik2 nak ucap jutaan terima kasih kerana sentiasa sabar dalam menangani kita bertiga...
Mak tak akan ada penggantinya... Dalam berjuta mak adalah yang terbaik bagi kami bertiga...
Terima kasih atas didikan dan teguran serta kasih sayang yang tak pernah berbelah bagi buat kami...
Bebeh, Abang,Ipon,Ct,Pink dan Intan sayang sangat mak...

walaupon kami tak sehebat anak orang lain dah mewah tapi kasih sayang kami tak pernah padam buat mak seorang...

Dan...

Buat Abah yang jauh di alam sana....
Abah adalah abah yang terbaik yang tak akan pernah terganti dengan mereka yang lain...
Abah adalah satu2nya manusia yang sangat sempurna dan bertanggungjawab menegur kami dan mendidik kami walaupon kami tidak sehebat anak orang lain...
Tapi.... Kasih sayang yang tersemai dalam diri ini membuat kami tak pernah lupa pada jasa kalian...
Kami sanggup melepaskan segalanya kecuali berada dekat dengan kalian....
Sumpah.....sayang kali terhadap Abah tak pernah berkurangan dan tak pernah hilang sehingga ke hari ini...
Kami sentiasa mendoakan semoga abah tenang dicna dan di tempatkan di tempat orang2 yang beriman di sisi Allah....
Semoga Abah tenang di sana....

Buat Mak dan Abah... 
Kasih mu akan sentiasa kekal dan berkesan di hati kamu...
semoga kami sentiasa tahu dan ingat untuk berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang kami ada..... InsyaAllah...

Jom usha gambar semalam...


Mak dan Intan(cucu)


Sama2 tiup lilin ^__^


Kek comel sponser dari Makcik Dona






Hari tu Aku masak nasi ayam jerr... ^___"





Semangkok Kata:
Aku sentiasa mengingatkan keluarga ku betapa kasih sayang sangat penting saat kita menghadapi apa jua keadaan...
Topic taching lak ahakzz.....

Sunday, September 23, 2012

Tumpang Gembira!




Salam pembaca yang budiman..

Alhamdulilah…

Alhamdulilah….

Syukur kerana ada sepupu yang sekarang sedang merancang untuk melangkah kealam perkahwinan tak lama lagi..

 Apatah lagi sekarang melihat pasangan ini sedang memilih tarikh untuk menghantar orang tuanya berbincang tentang perkara ini..

 Aku hanya tumpang merasai kegembiraan itu..semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan.

Semua ini dikatakan jodoh.. 

Alhamdulilah semoga semuanya menjadi kenyataan seperti yang di impikan.

Malah kalau jadi ada lah aku sedikit pendapatan tambahan nanti…

Alhamdulilah…


Semangkok Kata:
Syukurlah…. Semoga sampai ke jinjang pelamin…
Aku…tumpang gembira… ^____^


Thursday, September 20, 2012

Sikap Kita



Salam pembaca yang disayangi…

Maaf andainya blog ini agak bersawang terbiar begitu saja…

Semenjak lappy kesayangan aku rosak aku hanya menulis di note aku sahaja.. Minat menulis aku harus aku teruskan walaupon aku sekarang hanya menulis di ms.word ataupon ms.onenote tapi aku puas kerana aku dapat bercerita tentan apa pon yang aku mahu.

Baru2 ini ada antara keluarga aku menghadapi musibah…

 Semoga Allah memberi kami semua kesabaran dalam menghadapinya..

Semua ini bukan hayalan tapi inilah kenyataan hidup. Tak percaya kan? Dalam zaman serba maju masih ada yang mengamalkan ilmu2 kotor dan syirik ini menjadi teman pedamping mereka..

Zaman sudah sampai dipenghujungnya… 

Kita menegakkan sesuatu perkara tanpa lagi berfikir panjang..

Masih adakan keadilan andainya kita membuat sebarang keputusan sendiri tanpa memikirkan mbaik buruknya malah suka menjadi kerbau yang dicucuk hidungnya dengan tali mengikut kesana kemari tanpa memikirkan apakah apa yang kita buat ini betul? Atau salah?

Sifat kita.. 

Manusia yang mempunyai keinginan untuk tahu tanpa memikirkan baik buruknya tindakan kita..

 Aku jadi kesal sendiri bila melihat sikap sesetengah orang yang pantang ditegur kesalahannya mula lah melatah marah sesuka hati tanpa memikirkan teguran itu pantas untuknya atau tidak..

 Yang tak mahu terima kalau itu adalah kesalahan diri sendiri..


Semangkok Kata:
Emosi yang tak sudah…


Wednesday, September 19, 2012

Bantal Kucing

Salam pembaca yang setia...

Mungkin ini yang dinamakan rezeki kan?? 

Lepas bantal pengantin aku dapat job lagi tapi kali nie bantal untuk Hari Lahir

Terima kasih Noraini Abdullah sebab sudi gak ko menempah bantal ngan aku walaupon aku tau ko pon boleh buat mcm aku....

Jom usha!






Thanks sebab sudi order....


Semangkok Kata:
Apasal bantal kali nie nampak kosong kerr ek??

Tuesday, September 18, 2012

Bantal Oh Bantal

Salam pembaca yang disegani

Baru2 nie dapat job ckit.. Alhamdulilah aku bersyukur walaupon dalam kuantiti yang sangat sedikit tapi kerana minat aku jadi seronok pula bila membuatnya...

Apa pon nak say terima kasih buat Adlina Adnan sebab sentiasa percaya dengan aku...

Dah aku malas nak cakap panjang lebar jom tengok ciptaan yang serba comot ini untuk 2 pasangan pengantin yang telah pon selamat di ijab kabulkan baru2 ini...

Doa aku semoga korang bahagia hingga ke anak cucu...Amin...

SELAMAT PENGANTIN BARU
BUAT 
ARIF & REAN






SELAMAT PENGANTIN BARU
BUAT
AIEZ & SUE










Istimewa buat kamu berdua...

Terima kasih buat Adlina&Aman kerana sudi membuat tempahan disaat2 terakhir...
hahahaha....
Terima kasih sebab percaya aku mampu menyiapkan dalam masa kurang dari 1 minggu... Terbaik!!


Semangkok Kata:
Walaupon dah mula tunggang tebalik amik masa 1 hari pk nak macingkan bj pengantin bantal nie.....Akhirnya....

Tuesday, August 14, 2012

Salam Ramadhan...

Salam pembaca yang sangat mulia....
Salam Ramadhan...

Bulan yang mulia kita banyak belajar mendekatkan diri pada yang Esa...
Begitu juga aku... Seakan takut masa yang berlalu tak sempat untuk dipeuhkan dengan perkara2 yang berfaedah....

Sejak permintaan tempahan berkurangan aku cuba menmenuhkan aktiviti kosong dengan aktiviti yang lebih berfaedah...

Maaf teman2 sekalian kerana aku tak sempat untuk berbual lama dan bersama kalian lama2 seperti hari2 yang kemarin... Akan datang aku akan cuba lebih lama bersama2 kalian...

Rindu pada kalian..teman berbual yang selama ini menemani aku...

Sementara ini aku mungkin agak lama menyepi kerana lappy aku dah pon tak boleh digunakan lagi..dan kepada teman2 yang setia menanti bicara sepi ini...Insyaalah aku akan cuba mengambil masa untuk bersama kalian nanti...

Salam ramadhan...
sSemoga kalian sentiasa diberikan rahmat yang melimpah ruah dari Nya.... InsyaAllah...



Semangkok Kata:
Hilanglah kata2......

Tuesday, June 5, 2012

Hand Made Aiskrim


Hari tu aku ada bg tau yang aku sedang mencuba buat aiskrim kan??
Hari nie aku nak tunjuk hasilnya

Selamat menjamu mata..



Peh sedap sampai tak ingat 2 keping sekali layan hahaha....



Semangkok Kata:
sendiri upload sendiri terasa nak makan kikiki...x senonoh btl laaa

Sunday, June 3, 2012

Set Gelang ini aku nak jual...
Ada siapa2 nak beli?? kalau ada korang boleh terus PM aku kat FB aku atau contect no 0172920068(SMS ONLY) aku tapi hanya sms ok aku x kan angkat panggilan dari no yang aku tak kenal n, sesiapa yang berminat dengan barang2 aku boleh la kiranya kenalkan diri serta mintak harga or apa2 yang korang nak tanya berkenaan Set rantai ini.. Selain itu aku tak layan dan aku hanya berurusan dengan pembeli yang betul2 serius SAHAJA!!!

Dah malas nak cakap panjang2 jom layan..


Set Hati Kalbu ( Code No : 0001 )
Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar yerr...


Set Hati Bertaut ( Code No : 0002 )


Set Cinta Hati ( Code No : 0003 )


Set Mustika Permata ( Code No : 0004 )


Set Permata Hati ( Code No : 0005 )

Kepada sesiapa yang nak sangat berminat sila hubungi aku secepatnya yek :-)
sebab aku tak jamin kalau barang cepat habis ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...