seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Sunday, February 27, 2011

Join Jantung Sihat Malaysia! Weeee....

Tergerak hati nak join Jantung sihat nie...Tah lah apasal la tetiba terpanggil untuk menjoinkan diri ( konon baru nak sedar diri haha *dush kasik lempang sekali....)

Meh...Meh....kita tengok apa yang aku dapat hasil dari diuji kaji nieh....

Layannn......






 Bagus gak kan ada nasihat dan tips2 yang baik untuk diikuti kan?? kan?? kan??






Semangkuk Kata :

Terlalu sayangkan nyawa.......

Friday, February 25, 2011

Besday Intan (sambutan)

Hari tu aku ada cerita pasal Besday anak buah aku Intan so kat cni aku just nak tunjuk jerr gambar birthday girl yang sudah pon berusia 2 tahun...

Aku doakan agar Intan menjadi orang yang berguna dan membalas jasa mama serta ayahnya...Amin...

so korang layan la gambar tak sebeberapa nie yek...










Semangkuk Kata:

Lama aku x sambut besday kekadang teringin gak nak sambut tiap2 bulan...Erk..... tiap2 bulan???erm......

Thursday, February 24, 2011

Lulu caldina 1st GiveAway

Aku telah di tag oleh Norliza. terima kaseh sebab tag Dinaz...


Jom sama2 join GA nie sambil2 memeriahkan lagi GA yang dianjurkan...

kalau korang yang lain2 nak join korang cuma KLIK Sini atau klik banner kat atas tu  yek!

Aku nak tag


  1. Lieza
  2. Dni


Tarikh Tutupnya adalah 29 FEB 2011






Semangkuk Kata : 

Harap2 kali nie menang laa nak kena mandi air bunga kerr apa nie???adyik x menang jer??

Petua Kalau Batuk2

Korang pernah batuk2 mengokol-ngokol tak henti-henti

Kalau yang dah berumur tu selalu sampai terkencing-kencing kan? Nampak mcm kelakar kan?

Bila dah kena, (Alhamdulilah) syukur sebab ada hikmah bila datang penyakit tu, tapi menyakitkan hati x boleh nak buat keje dan aktiviti harian betul tak??

Dalam keluarga aku semua susah nak dapat sakit, Alhamdulilah... Demam dan selsema nie jarang tapi kalau kena berminggu-minggu pulak nak baiknya...terbaring jerk kat katil..... so kena lah cegah awal2

Dan dalam keluarga aku, kami mengamalkan satu petua... Malah aku sangat berbesar hati nak kongsi ngan korang petua turun temurun dari nenek moyang aku...

Korang boleh amalkan petua ini saat nafas korang terasa panas dan korang nak kena selsema malah batuk dah mula terbit dan tekak rasa perit..
(untk perhatian yek...ini petua untuk meredakan batuk sahaja.)





  • Sediakan Limau Kasturi atau limau sambal ikut suka korang nak berapa banyak tapi aku syorkan 4 biji jerr, Kicap Manis atau Masin ikut suka korang tapi aku pakai Kicap Masin sebab kat umah cima ada kicap nie jerk keluarga aku x suka kicap manis.




  • Then limau kena lah belah 2 jadik mcm dalam gambar sebelah tu dan kena ingat tau buang bujunya kanrang tertelan ssh lak aku nak tolong..





  • Buat macam aku lepas tu tuangkan kicap satu sudu besar dan tuang dalam cawan atau mangkuk macam kat sebelah tu aku pakai cawan jerk...





  • Then perahkan kesemua limau tadi kedalam cawan yang berisi kicap yek...






  • Last korang kacau sampai sebati air limau dan kicap tu ok







  • Dah tu apa lagi?? minum perlahan2 Haip!!!! no air2 ok.... selepas 10 minit barulah minum air kosong kalau nak elok minum air suam lebih mujarab..InsyaAllah kalau korang amalkan 3-4 hari berturut2 insyaAllah dengan izin Allah akan beransur lah batuk itu . Jangan lupa selawat dulu sebelum minum...

Ini adalah persediaan tradisional sekiranga batuk2 anda berlarutan sila berjumpa dengan doctor yek....





Semangkuk Kata:

Kalau korang takut jangan cuba yek!!! ngeeeee!!

Saturday, February 19, 2011

RiNdU....


Bagaimana harus aku terus diam..
kalau ini semua tak berbalas
Bagaimana harus aku terus diam
Kalu ini semua tergantung

yang ada di sana, yang ada dimana

taukah kau jika aku tulis ini
tulis tentangmu, tentang rindu ku kepada mu



engkau…
pernahkah juga menyambut rinduku
walau hanya dengan senyum
tanpa harus kau ucap kata penyambutan

engkau…
yang ada dimana
ketahuilah aku terus merindumu
ketahuilah aku terus menantimu kembali
kembali bersama sperti waktu itu
waktu yang penuh gurau seda
waktu yang berlalu dengan indah
waktu yang slalu terkenang



Tuhan..
sampaikan padanya
tentang rinduku....
tentang rindunya yang slalu kutunggu
tentang rindunya, Tuhan…







Semangkuk Kata :

Ahhhh.........sampai bila aku nak jadi seorang perindu nie??

Friday, February 18, 2011

Kopi oh kopi

Anda suka kopi??


Tahukah anda jenis kopi dan cara penyediaannya??


Jom!...Aku adalah penggemar kopi... Selain Teh kopi adalah salah satu perkara yang wajib dalam hidup aku..


Info ini aku ambil dari Cik Google so aku berbesar hati nak kongsi ngan korang




Espresso

Espresso dibuat dengan mesin brewing khusus. Biji kopi diletakkan di dalam mesin kemudian air dialirkan dengan tekanan sangat tinggi. Akibatnya ekstrak kopi turut keluar bersama air. Hasilnya keluar dari lubang kecil pada bagian bawah mesin tersebut. Seluruh biji kopi yang tersisa di dalam mesin harus dibuang dan diganti dengan yang baru jika ingin membuat kopi yang berikutnya.
Trivia : mesin pembuat espresso tersebut pertama ditemukan oleh Luigi Bezzera dari Italia pada tahun 1901. Di Italia, espresso diminum dalam cawan kecil setelah makan siang atau malam.

Cappuccino

Cappuccino merupakan resepi yang sangat popular. Kopi ini mempunyai tiga peringkat utama : espresso, susu (steamed milk), dan foam. Cappuccino merupakan salah satu jenis hidangan kopi paling popular di dunia yang mempunyai ciri khas adanya buih setebal kurang lebih 2 cm pada bahagian permukaan. Menurut sumber, kopi ini adalah jenis yang paling susah dihidangkan dengan betul.
Trivia : orang Italia hanya minum cappuccino pada pagi hari, sebelum pukul sebelas. Sementara di sesetengah tempat lain, cappuccino biasanya diminum pada bila-bila masa saja.

Macchiato

Macchiato adalah espresso yang ditambah dengan sedikit susu yang tidak dicampur tetapi kesannya seperti dimendapkan agar membentuk satu lapisan dibahagian atas espresso. Berbeza dengan cappuccino yang memang merupakan campuran espresso dan susu, pada macchiato susu berfungsi untuk melapisi espresso dari atas dengan lapisan nipis.
Trivia : selain mengunakan steamed milk, selain itu milk foam juga boleh dugunakan. Hal ini adalah kerana kopi tersebut mengandung susu. Macchiato ini punya nama lengkap espresso macchiato.

Caffè Latte

Caffè Latte adalah kopi yang popular di Amerika tidak hanya di Itali. Latte berasal dari bahasa Italia yang artinya susu. Jadi andai korang memesan latte di kafe-kafe Italia, anda akan mendapatkan segelas susu. Caffè latte (untuk membezakan dengan susu biasa), terdiri atas sepertiga espresso dan dua per tiga susu, ditambah sedikit foam setebal 5-10 mm di atasnya.
Trivia : minuman ini mungkin cukup disebut ‘kopi susu’ di Malaysia. Di Prancis, namanya café au lait, di Spanyol, namanya café con leche, dan di Portugal, namanya café com leite .

Long Black

Long Black popular di Australia. Kopi ini adalah ‘espresso cair’, yang dibuat dengan cara menuangkan espresso di atas air panas. Air panasnya dulu, baru espresso. Urutan tersebut dimaksudkan supaya tidak merosakkan cream yang terdapat pada espresso. Hidangan kopi jenis ini banyak menggunakan bahan biji kopi yang berasal dari Ethiopia (Arabica) dan Sumatera.
Trivia : jika korang menuang espresso dulu baru air panasnya, maka disebut cafe americano. Yang membezakan antara Long Black dan Americano adalah cara menyediakan.

Frappuccino

Frappuccino adalah kopi ais kegemaran aku. Diciptakan oleh Coffee Connection di Boston, hak cipta frappuccino ini kemudian dibeli oleh Starbucks. Istilah frappuccino berasal dari kombinasi frappe dan cappuccino. Frappe merupakan istilah untuk milk shake yang kental. Di Starbucks sendiri tersedia berbagai jenis pilihan frappuccino, termasuk yag menjadi favorit aku, Java Chip Frappuccino.
Trivia : Jenis frappuccino yang ada di Starbucks meliputi Java Chips, Caramel, Mocha, hingga Raspberry. Yang besar biasa ditawarkan dengan harga ehm… sendiri mau ingat lah.....






Semangkuk Kata :

huh.....ok lah korang aku nak buat kopi jap lah ...hikhik...kopi-o jerk boh ais yumm.......

Wednesday, February 16, 2011

Manik oh manik!

Ada orang suka jalan2 
ada orang suka bekerja
ada orang suka membaca 
ada orang suka menyanyi untuk mengisi masa lapangnya...

Bagi aku pulak aku suka jalan2 tapi bila patah kaki (tak ada transport) so aku lebih suka buat ini kat umah...

Menjahit manik atau menjahit kraft dari kain felt

Jahit manik sebenarnya banyak tapi kebanyakannya baju2 kawan2 aku dan yang aku tunjuk nie adalah first jahitan serabut aku pada baju kurung aku... 













Banyaknya gambo sampai terlelap2 aku menguploadkannya... 

korang boleh la comment apa2 yang patut ek....

nanti aku buat n3 lagik ok! dah aku nak keluar jap beli benang nie...










Semangkuk Kata:

walaupon panas terik 2-3 hari nie sampai basah ketiak aku tapi tetap gagahkan diri berjalan kaki dibawah teriknya matahari semata2 kerana benang dan manik dah habis

Tuesday, February 15, 2011

Apa itu Felt??

Ok....

Sebenarnya aku tengah menjahit keychin yang dioder oleh kawan-kawan adik2 aku...

Niat sebenar nak cek mail jerk n jengah2 blog so ada lah beberapa kawan2 yang tanya apa itu felt...

Ini adalah apa yang aku tahu...so aku harap korang semua faham ek....apa itu Felt...:)

Kain flanel atau lebih dikenali sebagai felt adalah jenis kain yang dibuat dari serat wol, tanpa ditenun. 



Flanel atau felt adalah jenis kain tertua dalam sejarah manusia, lebih tua dari kain tenun dan rajut. 




Kain Flanel atau kain felt dapat digunakan untuk membuat aneka kreasi menarik seperti dompet, gantungan kunci... seperti ini ni............ ^_^



8sumber dr cik google

Sekian... :) harap x ada yang tertinggal yek!


Felt merupakan fabrik yang dihasilkan daripada bulu biri-biri (wool). Oleh sebab itu, fabrik jenis ini boleh menarik kehadiran serangga perosak. Sekiranya kain felt yang kita simpan sebagai stok itu diserang serangga perosak ini, rendamkan sahaja di dalam air suam lebih kurang 10 minit bagi membunuh larva yang terdapat di celah-celah fabrik tersebut.

Setelah felt direndam, perah felt dengan lembut untuk mengelakkan felt mengalami regangan yang boleh menyebabkan bentuk dan kualiti felt berubah. Antara tips memerah felt adalah dengan menggunakan tangkupan tuala di atas dan di bawah felt seterusnya digulung perlahan-lahan untuk mengeringkan airnya.


Sekiranya felt terkena kotoran, basuh dengan menggunakan air suam dan gunakanlah pencuci atau detergen seminima mungkin. Jangan sekali-kali menggunakan air panas kerana boleh menyebabkan kain felt mengecut.


Felt juga haruslah dikendalikan dengan teliti kerana fabrik jenis ini mudah regang dan berbulu. Oleh itu, sekiranya kita hendak menghasilkan produk felt untuk kegunaan sehari-hari gunakanlah felt yang lebih tebal. Felt yang telah regang sukar untuk dipulihkan. Tetapi sekiranya produk felt itu fabriknya mulai berbulu dan menggumpal, rapikan sahaja dengan menggunakan gunting yang tajam.

Felt sebenarnya lebih mesra dan mudah dikendalikan dengan jahitan tangan berbanding mesin. Apabila kita hendak menjahit felt, pastikan jarum yang digunakan tidak terlalu besar dan tidak terlalu halus. Apabila kita menggunakan jarum yang terlalu besar, lubang-lubang jarum akan jelas kelihatan pada jahitan kita dan ini akan menjejaskan rupa jahitan. Sebaliknya, apabila jarum yang digunakan terlalu halus, jarum tersebut berkemungkinan besar akan patah. Oleh itu gunakanlah jarum yang sederhana besar.

Antara gam dengan jahitan mana yang lebih baik? Kedua-duanya boleh digunakan. Tetapi sekiranya produk yang digunakan itu digunakan dengan kerap maka lebih baiklah dijahit. Kerana dengan penggunaan gam, lama-kelamaan gam tersebut akan mengeras, rapuh dan fabrik tersebut akan tertanggal. Gam lebih sesuai digunakan untuk menghasilkan produk felt yang digunakan sebagai hiasan semata-mata. 




Akhir sekali, jauhkan felt daripada haba yang tinggi kerana felt boleh mencair dan hilang bentuk asalnya.











Semangkuk Kata :

nak tunjuk sendiri punya lom siap lagik...helo apasal aku nya x cantik nie?? kalu nak jual pon owang kata buat malu jerk hikhikhik....

Saturday, February 12, 2011

Kain Felt

Maaf yek kak Asma Dinaz bz la nak update blog nie

Kain Felt yang aku oder minggu lepas dah selamat sampai hari Isnin kol 1:23PM

jom jenguk2 apa yang aku beli...








Terima kaseh Kak Asma

Kepada yang nak beli kain2 felt nie boleh la jenguk kat blog kak asma yek.....

Selamat bershopping!





Semangkuk Kata : 

Dok pk lak nak buat apa ek ngan kain2 nie?? erm.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...