seLaMaT DAtAnG kE bLog SayA!

Untuk Sebarang pertanyaan tentang barang kraft felt sy atau membuat order anda boleh SMS Dinaz di 0196308894

Followers

Tuesday, October 16, 2012

Diam....

Salam pembaca...
Tajuk hari nie D.I.A.M

Kenapa kita mesti diam?
Dulu aku selalu fikir kenapa arwah abah selalu diam... Sedangkan saat itu kita menghadapi masalah...

Kenapa diam?

Saat aku masih mentah aku rasa tak masuk akan bila menghadapi sesuatu masalah itu mesti diam...
Bukankah jika berbicara nanti pasti ada penyelesaiannya?
Seperti aku yang sentiasa bising dengan sesuatu keadaan yang pada aku adakalanya harus saat aku menghadapi masalah...

Tapi sekarang aku faham mengapa kita mesti diam dan aku faham kenapa abah selalu diam...
Kerana diam itu lebih baik dari berbicara..
kita tak menyusahkan sesiapa...
Bila kita diam..
bukan bermakna kita tak memperdulikannya
Tapi diam kerana kita perlu masa untuk berfikir bagaimana harus menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan tenang ....
Dan diam itu lebih baik dari kita berbicara pada orang akan masaalah kita.....



Semangkok Kata :
Diam ku ini bukan bermakna aku tak sudi.....

Friday, October 5, 2012

Bunga tangan untuk pengantin....


Salam pembaca yang setia…

Hari nie aku nak ajak layan bunga tangan yang aku buat 3 hari lapas… konon berangan nak pamerkan bunga2 ini kat PAMERAN BUDJET PERKAHWINAN pada 5,6,7 hari bulan nie tapi apa kan daya aku bukan pandai memandu kereta malah nak bawak motor pon aku x pandai… so aku pendamkan la semuanya dalam lubuk hati yang paling dalam nie…. 

Dalam hati nangis meraung2 modal dah berpuluh habis tapi mungkin belum rezeki aku lagi kot??

Apa pon aku percaya rezeki tu datangnya dari Allah dan Allah tak pernah lupa pada hambanya….
Dah lah aku pulak rasa sedih padahal ni nak tunjuk kat korang hasil kerja aku yang tak la berapa kemas sangat tapi….

ok laaa….
Kalau kawan2 ada yang sudi nak tempah atau nak beli yang dah siap nie boleh apa salahnya….

Just sms aku di no ini 0172920068 (sms jerr ok)

Serious buyer sahaja yang akan dilayan ok..

Jom cuci mata jom!












Semangkok Kata:
Rezeki pasti ada di mana2 kan??

Tuesday, October 2, 2012

Selamat Hari Lahir Maa


Salam pembaca yang dikasihi

Semalam 1 Oct. sempena hari lahir Mak.. Tarikh yang sama gak adalah hari lahir Arwah Abah...

Bila kenang balik dulu kalau nak beli hadiah mesti nak carik barang yang sepasang sebab tarikh lahir Mak dan Arwah Abah adalah pada hari yang sama cuma tahun sahaja yang x sama...

Sekarang yang ada hanyalah Mak... 
Apa pon aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat MAK!

Mak..
Sempena hari lahir nie bebeh doakan mak sihat panjang umur dan bertambah rezeki mak 
Bebeh dan adik2 nak ucap jutaan terima kasih kerana sentiasa sabar dalam menangani kita bertiga...
Mak tak akan ada penggantinya... Dalam berjuta mak adalah yang terbaik bagi kami bertiga...
Terima kasih atas didikan dan teguran serta kasih sayang yang tak pernah berbelah bagi buat kami...
Bebeh, Abang,Ipon,Ct,Pink dan Intan sayang sangat mak...

walaupon kami tak sehebat anak orang lain dah mewah tapi kasih sayang kami tak pernah padam buat mak seorang...

Dan...

Buat Abah yang jauh di alam sana....
Abah adalah abah yang terbaik yang tak akan pernah terganti dengan mereka yang lain...
Abah adalah satu2nya manusia yang sangat sempurna dan bertanggungjawab menegur kami dan mendidik kami walaupon kami tidak sehebat anak orang lain...
Tapi.... Kasih sayang yang tersemai dalam diri ini membuat kami tak pernah lupa pada jasa kalian...
Kami sanggup melepaskan segalanya kecuali berada dekat dengan kalian....
Sumpah.....sayang kali terhadap Abah tak pernah berkurangan dan tak pernah hilang sehingga ke hari ini...
Kami sentiasa mendoakan semoga abah tenang dicna dan di tempatkan di tempat orang2 yang beriman di sisi Allah....
Semoga Abah tenang di sana....

Buat Mak dan Abah... 
Kasih mu akan sentiasa kekal dan berkesan di hati kamu...
semoga kami sentiasa tahu dan ingat untuk berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang kami ada..... InsyaAllah...

Jom usha gambar semalam...


Mak dan Intan(cucu)


Sama2 tiup lilin ^__^


Kek comel sponser dari Makcik Dona






Hari tu Aku masak nasi ayam jerr... ^___"





Semangkok Kata:
Aku sentiasa mengingatkan keluarga ku betapa kasih sayang sangat penting saat kita menghadapi apa jua keadaan...
Topic taching lak ahakzz.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...